16 June 2010

Sebab-sebab Yang Memasukkan wanita Ke Syurga

Dari Abu Hurairah Radiyaaallhu'anhu dia berkata: Rasullullah saw berkata ' Apabila wanita mendirikan solatnya yang 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan , memelihara kemaluannya dan mentaati suami, maka dia masuk syurga dari pintu-pintu syurga manapun yang dikhendakinya'.


ketahui wahai saudari Muslimahku sesungguhnya Allah mewajibkan kepadamu agar engkau bersuci, mengadap kiblat, dan lalu solat. solat merupakan tiang agama , siapa yang menegakkannya bererti dia menegakkan agama dan siapa yang meninggalkannay bererti dia telah merobohkan agama. Allah telah memperingatkan kita agar tidak menyia-nyiakan solat sebagaimana Firman: Ibnu Abbas: "Makna menyia-nyiakan disini bukan meninggalkan secara total , tetapi mengahkhirkannya waktu".
Kalau ancaman ini dutujukan kepada orang yang mengakhirkan solat, lalu bagaimana pendapatmu dengan orang yang meninggalkan solat sama sekali kepada Allah, bolah jadi sampai tua? Lalu bagaimana dia harus menghadapi Tuhannya? Bagaimana mungkin dia boleh selamat dari siksaan yang pedih??
Allah juga memperingatkan kamu agar tidak menyibukkan diri dalam penggalian harta atau disibukkan oleh anak hinggakan engkau meninggalkan solat sebagaiaman Firmran surah AL-Munafiqun "Zikrullah yang disebut dalam ayat ialah solat 5 waktu , bererti engkau tidak boleh meninggalkan solat kerana urusan jual beli, harata benda mahupun anak."

Perhatikan Firman Allah dalam surah Al- Muddaththir 42-48 tentang Neraka Sakar dan siksaannya yang pedih, kerana orang-orang yang masuk kedalamnya adalah orang yang mengabaikan hak Allah berupa Solat, memberi makanan, tenggelam dalam kebatilan , pendustaan mereka di hari pembalasan. Maka engkau harus perhatikan syarat-syarat yang diperintahkan Allah dan rasul agar solatmu menjadi SAH. Diantaranya ialah:1. Menutup Aurat
2. Mengadap Kiblat
3. Sucikan badan , pakaian dan tempat dari segalam najis
Solat memerlukan rukun-rukun yang merupakan kewajiban , yang tidak sah kecuali dengannya, dan ada pula hal-hal sunat sebagai penguat. Rukun solat adalah:-
1. Niat
2.Takbirratul-Ihram
3.Membaca Al-Fatihah
4.Rukuk
5.Iktidal
6.Sujud
7.bangun dari Sujud
8.Salam

Sedangkan sunat Muakkad ialah :-
1. Membaca surah-sura atau ayat-ayat Al-quran yang dianggap mudah sesudah surah al-fatihah dalam dua rakaat pertama
2.bacaan tasbih dalam rukuk dan sujud
3Bacaan tasmik dan tahmid sesudah bangun dari rukuk
4. Tasyahud
5Selawat keatas nabi.

Kini kita bicarakan sebab kedua yang memasukkan wanita ke dalam syurga. iaitu Puasan Ramadhan. Ketahuilah wanita saudari Mulimahku, bahawa ALlah telah mewajibkan kamu agar melaksanakan puasa Ramadhan sebulan penuh secara sempurna. Puasa ini merupakan salah satu sendi Islam yang lima.

Rukun-Rukun puasa adalah:-
1. Niat sebelum fajar
2 Menahan diri daripada makan dan minum serta bersetubuh pada siang hari


sebab ketiga yang memasukkan wanita ke syurga ialah memelihara kehormatan diri, memiliki rasa malu, dan memperhatikan hijab. dan sebab yang terakhir ialah mentaati suami. Taat kepada suami termasuk akhlak yang baik, yang menjadi sendi atau dasar kehidupanmu dan inti kebahagiaan, dunia dan akhirat.

Selagi engkau berpegang kepada sebab-sebab yang sudah kami hiraukan ini, nescaya engkau akan mendapat keredhaan Allah. Jika Allah reda kepadamu, bererti Dia mencintaimu, dan jika Dia mencintaimu tentulah dia akan memasukkanmu ke dalam syurga-Nya dan menjauhkanmu dari Neraka.

2 comments:

  1. Salam Ramadhan,
    Blog yang menarik, tapi kenapa berhenti menulis?
    Sila kunjungi http://askamakalikada.blogspot.com dan sudi menjadi follower.
    Sekarang cikgu chah dimana? Lokasi?
    Wassalam

    ReplyDelete
  2. salam ukhwah saudara amirul... thank dengan pujian anda... jika ada masa ajee sy menulis..lokasi skrg pasir mas...

    ReplyDelete