12 January 2012

Rahsia Solat



Salam 2 all...

Ermmmm kali ini cikgu chah nak kongsi ngan rakan-rakan tentang rahsia solat.... Solat merupakan amalan pertama yang akan disoal apabila kita mati nantii... jika solat kita semua tidak lengkap maka ke nerakalah jawabnyaa... aduuhhhh ngerinyaa.... sebagai manusia kita merupakan makhluk yang sempurna Allah jadikan di dunia ini... mempunyai akal dan fikiran , dapat mentadbir dan dapat kelebihan berbanding makluk-makhluk allah yang lain... Setaat-taat para malaikat pun, jarak cahaya diatara para malaikat dengan Allah sebanyak 76 lapis... manusia hanya 70-72 lapis cahaya sahaja... lagi dekat kita sebenarnya kawan-kawan... namun tidak semua orang mencari peluang dan ruang untuk mengetahui rahsia-rahsia Allah... kenapa ? kerana hati mereka tidak selalu mengingati Allah... Jadi, Allah tidak memasukkan hidayahnya kepada mereka-mereka itu.
Bantulah diri.. mohonlah petunjuk..melalui doa.. solat hajat... agar dimasukkan iman yang teguh dalam diri.. diberi hidayah dan petunjuk yang benar.. Ini semua bekal untuk kita lebih khusyuk dalam menunaikan ibadah dalam kehidupan terutamanya solat...

Ok... jom kita tengok dulu rahsia solat...



  • Niat Sembahyang = Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat
  • Berdiri Betul= Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur
  • Takbiratul Ihram= Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur
  • Fatihah = Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur
  • Rukuk =Sebagai tikar kita didalam kubur
  • Iktidal =Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur
  • Sujud= Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotul mustaqim
  • Duduk Antara Dua Sujud= Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
  • Duduk Antara Dua Sujud (akhir)= Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar
  • Tahiyat Akhir =Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir didalam kubur
  • Selawat Nabi=Sebagai pendinding api neraka didalam kubur
  • Salam= Memelihara kita didalam kubur
  • Tertib= Akan pertemuan kita dengan Allah

10 January 2012

Solat Hajat Awal Tahun SMKKD


Tarikh : 3/1/2012
Hari : Ahad
Jam : 9.00 pagi
Tempat : Dataran Iltizam SMK Kampung Dangar

Salam 2all.... Alhamdulillah pembukaan tahun baru di SMK Kampung Dangar dimulakan dengan program Solat Hajat beramai-ramai oleh warga sekolah... Terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat.. terutamanya En Fauzi Bin Yazid iaitu PK HEM kita... Semoga sekolah kita sentiasa dilindungi penghuninya, sejahtera hidupnya dan berkat itu dimasukkan dengan segera. Selain itu, solat hajat ini juga diharapkan dapat menjauhkan semua warga sekolah daripada masalah salahlaku disiplin... dimasukkan iman dan azam yang teguh untuk berjaya di sekolah.. berjaya di dunia dan akhirat hendak-Nya.. amin.. Imam yang mengetua solat hajat adalah Ust Mat Nazri Bin Awang iaitu Guru dan juga tenaga pengajar di Sekolah Kami...





Best Student 2011 SMK Kampung Dangar

Salam ukhwah.... semoga anda semua sihat hendaknya.... ermmm entri saya hari ini bukan untuk bermegah-megah atau menunjuk... namun sebagai pendorong utama kepada pelajar yang lain dalam belajar ... Semoga contoh teladan yang baik dapat dikongsikan bersama-sama... Wahhh gituu... Ermmm oleh kerana usia sekolah cikgu chah ni baru 2 tahun.. maka semuanya ibarat sikit-sikit jadi bukit laaaa dalam segala aspek.... namun saya sebagai guru kaunseling memang bersyukur diatas anugerah yang diberiksan kepada pelajar-pelajar SMKKD... ada yang berjaya walaupun mereka belajar dalam serba kekurangan pada awalnya. Dengar tu rakan-rakan.. kecemerlangan akan datang juga sekiranya seseorang pelajar itu berusaha dengan gigih ... menunjukkan sikap yang baik dan sopan di sekolah... menjaga etika serta disiplin diri dalam kehidupan..
Jom layan gambar dulu yerr...



Harapan: semoga pelajar tingkatan 3 & 5 SMK Kampung Dangar tahun ini mendapat keputusan yang cemerlang serta dapat tempat yang baik dengan usaha gigih mereka selama ini...

28 December 2011

Apa Azammm baruu nehhhh??



Salam u all...


Macam mana dengan persediaan memasuki sekolah? dah beli barang-barang persekolahan.. mesti laaaaa kannn... cikgu memang dah agakkk..kalo bab menyediakan barang persekolahan niee.. mak ayah telah bersedia awal untuk anak-anak... namun.. anak-anak x pernah fikir penat lelah dan pengorbanan mak ayahh... kesian mereka... teringat zaman sekolah dulu.. mak cikgu chah sanggup korbangkan duit nak beli beras untuk bekalan minggu depan sebab cikgu chah minta duit nak beli buku... aduhhh sedihhh... sedihhh sedihhh .... lepas tu terus kita jadi lebih berhati untuk meminta2... Ok... balik citer kita yerr.... Membina azam @ matlamat adalah langkah pertama dalam mencapai kejayaan dalam hidup... so jangan le orang g sekolah awak pun pergi juga... namun tidak tahu apa tujuan ... tak tahu nak belajar apa.. tak tahu nak target mcm mana... sayang la.. buang karenn buang duit mak ayah...





Sebagai pelajar.. u all perlu bina matlamat dalam kehidupan ... matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang yang jelas... barulah tindakan kita akan terarah kepada azam dan matlamat seperti yang kita tetapkan .... contohnya azam tahun bar adalah ingin skor dlm setiap ujian di sekolah... tetapkan terusleee berapa A awak nakk.. lepas tu bina jadul belajar... pastikan setiap hari ada subjek yang awak target A ada... Jadual waktu tuu bawa dan tunjuk kepada kaunselor untuk semakan .... biar kaunselor bantu awak dlm belajar... lepas tu dlm pembinaan sahsiah pun sama... cek mana kelakuan yang tidak baik.. buat senarai kelamahan diri... dan sahsian yang anda impikan ... so boleh buat dlm bentuk jadual.. dan tanda azam dan pelakuan itu setiap hari supaya kita sendiri dapat melatih diri untuk membuat perubahan tingkah laku... jumpa ahli agama untuk bantuan ... minta pandangan rakan dan keluarga terdekat... dan jumpa lee kaunselor anda... eeee promosi diri nampakkkk cikgu chah ni.... kikiki





Sebagai ummat islamm cikgu ada step untuk membina azam.. korang baca yerrr

5 Tips Menetapkan Azam Mengikut Ajaran Islam

Ada banyak cara bagaimana untuk menetapkan azam tahun baru. Ada yang kata ia perlu sesuai dengan aliran semasa, perlu ngam dengan kapasiti Anda. Ada orang kata, azam kena realitik, bukan sekadar fantasi.

Bagi kita yang beragama Islam, wajarlah kiranya kita menetapkan azam sesuai dengan ajaran Islam.

Berikut adalah senarai 5 tips ringkas bagaimana menetapkan azam tahun baru, sesuai dengan ajaran Islam yang menjadi pegangan kita.

1. Niatkan Azam Itu Kerana Allah.

Niatkan azam Anda kerana Allah. Anda mahu capai azam yang Anda set kerana Allah. Tanamkan kepercayaan yang DIA mahu melihat Anda menjadi muslim serta muslimah berjaya supaya dengan kejayaan itu, Anda boleh ajak muslim dan dan muslimah lain untuk berjaya seperti Anda. Andalah menjadi bukti bahawa kejayaan adalah possible, bukan impossible. Anda menjadi bukti Allah buka jalan kepada sesiapa saja yang berusaha.

2. Anggap Kerja Keras Ke Arah Pencapaian Azam Sebagai Ibadah.

Usaha memburu kejayaan sebenarnya satu ibadah, yakni ibadah sunat. Tiap kali berusaha, niatkan kerana Allah supaya apa yang Anda buat menjadi ibadah. Moga apa yang Anda lakukan di balas dengan pahala, sebab menjadi ibadah. Moga dengan itu, jalan untuk Anda berjaya dipermudahkan, tanda keredhaan Allah kepada usaha Anda. Bekerja dan berusaha untuk mencapai apa jua azam adalah cara untuk Anda mendekati Tuhan. Tanpa niat, apa yang Anda lakukan tidak menjadi ibadah.

3. Lebihkan Hablum Minannas, Jangan Kurangkan Hamblum Minallah.

Apa yang jua yang Anda capai,pastikan Anda mendahulukan Yang Maha Esa. Berbaktilah kepada orang sekeliling supaya dengan itu Anda mendapat redha Allah. Set azam untuk berbakti kepada insan di sekeliling Anda. Erti takwa yang sebenar adalah rasa terdorong untuk berbakti kepada orang sekeliling sebanyak mungkin (hablum minannas) dalam masa yang sama tetap menjaga hubungan erat dengan Tuhan (hablum minallah). Pastikan azam Anda tu mendorong Anda untuk berbakti kepada orang sekeliling, supaya jalan untuk Anda mencapai azam Anda dibuka serta dipermudahkan.

4. Set Untuk Kebaikan Bersama.

Apa jua yang Anda mahu capai sebagai azam Anda, niatkan untuk kebaikan bersama bukan untuk kepentingan peribadi Anda seorang. Islam galakkan kita buat sesuatu untuk kebaikan bersama Anggap kejayaan yang Anda mahu capai adalah untuk kebaikan bersama. Jika Anda mahu menjadi suami cemerlang, niatkan untuk kebahagiaan isteri Anda dan untuk anak-anak Anda. Jika Anda mahu berjaya dalam perniagaan, niatkan kejayaan itu untuk kebaikan Anda, keluarga Anda dan untuk kebaikan pelanggan-pelanggan Anda. JIka Anda mahu berjaya dalam pekerjaan, niatkan untuk kebaikan Anda bersama rakan-rakan Anda, bukan bangga kerana Anda lebih berjaya daripada mereka.

5. Elak Dikuasai Ego, Elak Merasa Diri Lebih Bagus.

Jangan set azam semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. Jangan set azam semata-mata untuk bermegah. Jangan set azam Anda pada orang simply untuk membuat mereka kagum pada Anda. Amalkan 4 tips di atas langkah demi langkah . Anda akan mempunyai dorongan motivasi untuk bergerak mencapai azam Anda. Tapi jika azam tu di set hanya untuk menunjuk-nunjuk, untuk bermegah, untuk bermewah-mewah, usaha Anda ke arah azam itu akan mengalami kesukaran.