30 November 2010

Mencari Cinta....


Cinta. Semua orang mendambakan cinta. Jangan pesimis terhadap cinta. Sesungguhnya bijak pandai bersetuju bumi ini pun berputar kerana cinta...Semua orang inginkan bahagia. Semua orang mengakui cinta itu indah dan mengasyikkan. Dalam bebanyak kisah cinta di dunia, aku sangat tertarik dengan cinta Zulaikha...Zulaikha ialah isteri pembesar Mesir, Al Aziz. Beliau seorang yang sangat cantik dan memiliki sifat-sifat kemuliaan, tetapi, tidak mempunyai anak.Suatu hari, Al Aziz membawa khabar gembira iaitu terdapat seorang budak yang dibelinya dari seorang saudagar yang menemukan budak itu dalam sebuah perigi. Demi terpandang sahaja Zulaikha kepada anak itu, beliau terasa sungguh gembira dan bahagia. Hidupnya gembira dan ceria dengan kehadiran anak angkat mereka, Yusuf.Yusuf membesar dengan wajah yang tampan, bertubuh sasa dan berbudi pekerti. Bertambah-tambah rasa kasih Zulaikha terhadap Yusuf bukan setakat kasih sebagai ibu angkat tapi, telah bertukar kepada c i n t a . Suatu malam dikenakannya pakaian yang indah dan menawan bertujuan memikat hati si Yusuf sementelah si suami menjalankan suatu urusan rasmi lalu si isteri menuju ke bilik Yusuf. Yusuf berkali-kali menolak pelawaan Zulaikha dengan mengingatkan tentang dosa. "Sungguh cantik matamu" puji Zulaikha kepada lelaki yang tertampan di dunia yang dicipta Allah itu. "Mataku akan pertama terkeluar setelah badanku dimamah tanah" demikian jawab Yusuf. Maka terjadilah adegan yang telah kita selalu baca dalam Al Quran. Yusuf berlari dan Zulaikha menyentap baju Yusuf dengan kuat dan terkoyak. Ketika itu si suami pulang dan terlihat apa yang sudah terjadi. Memang Zulaikha didapati bersalah tetapi Al Aziz meminta perkara itu dirahsiakan.Tetapi, peristiwa itu tersebar luas di bumi Mesir sehingga para wanita sibuk menceritakan hal itu. Zulaikha berasa marah lalu menjemput banyak kaum wanita ke kediaman mereka dan menjamu mereka. Ketika itulah Yusuf disuruh keluar, dan demi terpandang sahaja wajah Yusuf, maka, kaum wanita itu tidak terasa memotong jari jemari sendiri oleh ketampanan si Yusuf.Keengganan Yusuf menyahut seruan Zulaikha menjadikan Zulaikha meminta suaminya memenjarakan Yusuf. Sebenarnya Zulaikha sangat sedih dan berdukacita setelah Yusuf dipenjarakan kerana rasa cintanya terhadap Yusuf begitu mendalam. Zulaikha berdukacita sepanjang Yusuf di penjara.Masa berlalu (ringkaskan cerita), Yusuf dilantik menjadi raja Mesir kerana kebijakannya mengurus masalah ekonomi Negara Mesir dan baginda juga dilantik sebagai seorang Rasul. Zulaikha sudah menjadi wanita tua, buta dan ada riwayat mengatakan beliau telah hilang fikiran. Ada juga syair yang menulis Zulaikha sentiasa mengharapkan walaupun debu-debu berterbangan dari Yusuf singgah kepadanya, dan sentiasa menyebut-nyebut nama Yusuf. Nabi Yusuf tidak mengenalinya dan merasa malu namanya disebut-sebut begitu. Tapi, malaikat Jibril memberitahu, dia sendiri menyintai wanita itu kerana dalam diri wanita itu mengandungi cinta yang amat besar kepada Nabi yang sangat dicintai olehnya (Jibril) Kerana cinta Zulaikha yang agung itu menjadi malaikatpun mengasihi Zulaikha. Dengan mukjizat Nabi Yusuf alaihissalam, Zulaikha menjadi muda kembali, dan baginda mengahwini Zulaikha...Wah, syahdunya kisah Zulaikha. Aku ingin sangat membaca kisah Zulaikha dan pertemuan beliau kembali dengan Nabi Yusuf. Tentu banyak keistimewaan Zulaikha hingga beliau terpilih untuk menjadi pasangan Nabi Yusuf. Sesuai dengan blog aku ni, jadi moral di sini ialah, be optimist! Jangan terlalu kecewa atau bersedih. Yakin dan berusaha kerana, mungkin tidak diberinya kita kebahagiaan sekarang tetapi akan diberinya kita kebahagiaan suatu hari nanti...kucari kebahagiaan walaupun hingga ke hujung nyawa..

23 November 2010

Kaunselor Di Hari Pertama

SMK Ayer lanas, Jeli Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan semua... harap sihat kendaknyaa.. masih belum sempat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Korban... Sudah lama saya tidak menulis blog rasanya.. Hari ni adalah hari pertama saya melaporkan diri di SMK Ayer lanas. Saya sangat berbangga kerana dapat memulakan tugas sebagai seorang Kaunselor pelajar di sekolah yang hebat kerana mempunyai guru-guru dan pengetua yang hebat. Namun, untuk sampai ke sekolah tu 2 kali juga saya sesat.. maklumlah guna jalan shot cut last-last, jadi long cut sebab sesat huhuhuhu . Bila sampai kat pintu pagar sekolah.. wahhh besarnya sekolah ini.... dengan bangga saya melangkah ke masuk ke sekolah walaupun lewat sampai..huhuhu... control ayu beb.... Tempat pertama yang saya cari ialah pejabat sekolah, alhamdulillah sampai juga aku di pejabat pentadbiran sekolah ini.. Guru besar menyambut kedatanganku dengan ucapan tahniah kerana dapat ditempatkan di sekolah kesayangan Dato Mustafa Mohammad ini... Setelah melaporkan diri, saya terus jumpa kerani dan berkenalan dengan staf pantadiran sekolah ini.. ermm thanks kepada semua staf yang menyambut kedatangan kami dengan senyuman dan layanan yang baik sekali.

Selepas isi borang, saya mencari bilik yang akan menjadi ofisku nanti iaitu Bilik Bimbingan dan Kaunseling SMK Ayer Lanas... Ermmm kedatanganku dialu-alukan oleh Kaunselor pelajar sekolah ini dengan baik, iaitu Cikgu Fathir... ermmm mula-mula masuk tu rasa segan juga.. saya gagahkan diri untuk beramah mesra dengan guru-guru yang ada di bilik kaunseling... Ermm sesi perkenalan ini hanya diisi dengan bertanya tentang budaya dan cara kerja guru kaunseling sekolah ini yang sangat rajin... Apa pun tahniah kepada Cikgu fathir kerana baru mendapat baby keduanya... Selebihnya saya dan kaunselor bertanyakan tentang urusan pentadbiran dan perkhidmatan BNK di sekolah ini.. Selepas itu.. rehat dan balik .

Ermm sebelum mengundur diri saya ingin menzahirkan ucapan syukur dan terima kasih saya kepada keluarga , rakan-rakan, guru dan pensyarah kerana telah memberi dorongan yang padu dan iringan doa kalian telah membantu saya menjadi guru sekaran ni.... jadi saya ingin berkongsi sedikit hikmah apabila menjadi seorang pendidik kepada anak bangsa... moga anda semua terhibur dan menilai makna secara mendalam ok....

Zaid bin Aslam telah melaporkan daripada bapanya dan daripada beberapa sahabat Rasulullah SAW, katanya:
Golongan hamba Allah yang paling dicintai oleh Allah selepas para Nabi dan para Syuhada ialah para guru, dan tiada suatu tempat di dunia ini yang paling dicintai oleh Allah selepas masjid yang di dalamnya dibacakan Al-Quran.

Daripada Ibrahim An-Nakhie, katanya:
Guru yang mengajar kanak-kanak dimohon keampunan oleh para malaikat di langit, haiwan di bumi, burung-burung di udara dan ikan-ikan di laut.

Dan dikatakan bahawa jika seseorang kanak-kanak diajarkan Al-Quran dan belajar membaca Bismillahir Rahmanir Rahim, Allah akan mengampunkan tiga orang iaitu bapanya, ibunya dan gurunya.

Abu Said Al-Khudri telah berkata:
Sesiapa yang mengajarkan Al-Quran kepada anak lelaki atau anak perempuannya, setiap dirham yang diberikan kepada gurunya itu diumpamakan seberat bukit Uhud.

Apabila seorang kanak-kanak keluar dari rumahnya untuk belajar Al-Quran, maka bertambahlah kebaikan dalam rumah ibubapanya itu dan berkuranglah keburukan dalamnya serta syaitan akan lari dari rumahnya.

Hasan Al-Basri telah berkata:
Sesiapa yang mengajarkan anaknya Al-Quran, maka Allah akan memakaikan kepadanya pada hari Kiamat kelak dengan tiga jenis pakaian dari syurga yang lebih baik dari dunia dan segala isinya di mana manusia lain (pada ketika itu) berada dalam keadaan telanjang serta Allah akan menambahkan kedudukannya bagi setiap huruf Al-Quran yang diajarkannya.

Abu Abdul Rahman As-Sulami telah melaporkan daripada Uthman bin Affan RA, katanya: bahawasanya Rasulullah SAW telah berkata:
Sebaik-baik kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.

Berkata Abu Badul Rahman: Dengan sebab hadis ini aku duduk dalam majlis ini bagi mengajar orang lain. Beliau juga menjadi guru kepada Hasan dan Husin (cucu Nabi SAW, semoga mereka dirahmati Allah).

Ad-Dahak telah melaporkan daripada Ibnu Abbas daripada Nabi SAW bahawasanya baginda telah berkata semasa Haji Wida’:
Ya Allah, ampunilah para guru dan panjangkanlah umur mereka dan berkatilah usaha dan kehidupan mereka.

Anas bin Malik telah melaporkan dalam hadis yang lain bahawasanya Nabi SAW telah berkata:
Ya Allah, berilah kekayaan kepada para ulama dan fakirkanlah para guru.

Al-Faqih berkata: Yang dimaksudkan dengan kata baginda “fakirkanlah para guru” ialah janganlah engkau perbanyakkan harta mereka kerana dengan sebab banyaknya harta, mereka akan meninggalkan tugas mengajar mereka.
Ok lah sekiaan dulu.. salam.

10 November 2010

Surat Peringatan Dari Allah swt


Surat Sayang (Peringatan) Dari ALLAH SWT
Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kelmarin......Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja.......AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk.. Disatu tempat, engkau duduk disebuah kursi selama lima belas menit tanpa elakukan apapun.Kemudian AKU melihat engkau menggeerakkan kakimu.

AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari ke telephone dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan khabar terbaru. AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU menant dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU. Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu. Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu
berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum menyantap rizki yang AKUberikan, tetapi engkau tidak melakukannya....... masih ada waktu yang tersisa danAKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulangkerumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.
Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV, engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yg ditampilkan. Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepadaKU.........

Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ketempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun namaKU, kau sebut.Engkau menyadari bahwa AKU selalu hadir untukmu. AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sadari. AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU menantikan sepatah kata, do ' a, pikiran atau syukur dari hatimu.


Keesokan harinya...... engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan
penuh kasih bahwa hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk
menyapaKU.......Tapi yang KU tunggu......... tak kunjung tiba...... tak juga kau
menyapaKU

7 Perancangan Yahudi untuk menyesatkan/merosakkan Dunia

  1. Menyebarkan fahaman Ateis dan mazahab songsang bertujuan menimbulkan kekeliruan
  2. Merosakkan masyarakat dengan Seks bebas dan segala kegiatan tidak bernormal
  3. Menguasai politik dunia dan menyempaikan fitnah bertujuan melaga-lagakan antara negara dan rakyat
  4. Menipu masuarakat dengan pertubuhan persatuan yang menaja kebajikan tetapi pada hakikatnya mempuyai agenda gelap seperti Masumuyyah, Roteri, Leones dan lain-lain
  5. Menyediakan satu golongan yang berperanan melahirkan golongan yahudi dimana mereka memeluk agama lain untuk merosakkan agama tersebut dari dalam seperti menganut agama kristian hingga mencapai tahap paderi yang besar. Begitu juga seperti Yahudi Dunama yang mendakwa masuk Islam
  6. Menggalakkan supaya raja , menteri dan pembesar bersikap angkuh terhadap rakyat dan tenggelam dalam suasana yang rosak dan erndah budi pekerti kerana terlibat dengan masalah perempuan, judi, rasuah, berkumpulan dan kekacauan dalam negeri.
  7. Menyalakan api persengketaan dan permusuhan antara kerajaan dan puan-puak dunia iaitu dengan cara menggalakkan kerajaan mencabuli hak asasi rakyat dan dalam masa yang sama membakar semangat orang ramai sepaya bangun menentang kerajaan.Mereka berusaha membantu supaya pihak kerajaan sentiasa kukuh dan kekuatan rakyat juga tetap terjaga, menyebabkan kedua-duany bermusuhan.