25 September 2014

MASTER SAINS KAUNSELING UUM

Assalamualaikum kawan-kawan.... apa khabar??? Harapan saya kalian semua sihat... alhamdulillah... hari ini cikgu ada masa untuk menghantar post tentang Master Sains Kaunseling UUM.. Untuk pengetahuan pelajar saya, pembaca dan rakan rakan yang disayangi... Cikgu Aisyah sekarang sudah menjadi student Universiti balik dahhh.... masuk kuliah untuk sambung pengajian dalam bidang kaunseling... Ermm Tujuan Utama saya sambung master nie kenapa yer.. ermmm mestilah mahu Meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang kaunseling.. kenapa nak tambah lagi ?? hal ini kerana Kepakaran seseorang kaunselor merupakan elemen penting dalam keberkesanan sesi kaunseling ( Witson & Coker, 2000). Selama 4 tahun saya telah berjuang dan berhijrah ke Tanjong Malim untuk menuntut ilmu dalam bidang pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Bermacam ilmu yang saya perolehi, bukan setakat ilmu dan kemahiran kaunseling malah ilmu pengurusan diri, psikologi perkembangan, personaliti manusia,  ilmu komunikasi, (soft-skill) dan ilmu bermusafir huhuhu.... Sekarang saya masih lagi bertugas sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah. Jadi, ilmu yang cikgu belajar dulu sudah pun cikgu terapkan di sekolah malah diterapkan juga dalam kehidupan... Alhamdulillah... sekarang cikgu merasakan untuk menjadi Guru Kaunseling yang baik.. malah insan yang terbaik terutamanya untuk anak-anak didik, cikgu perlu mempunyai 3 perkara penting dalam hidup..iaituuu  ILMU PENGETAHUAN, KEMAHIRAN  DAN KREATIVITI ( Treasury Board Of Canada ,2000).  Secara Umum kecemerlangan seseorang individu amat bergantung kepada 3 perkara diatas. Tambah-tambah lagi untuk cikgu aisyah berhadapan dengan dunia yang moden tanpa sempadan, anak-anak murid yang hidup dalam era globalisasi kini.. Jadi, pendekatan kaunseling dan kemahiran mestilah up dan mengikut arus kemodenan gituuuu kikiki...

Ermmm satu lagi. selain ilmu pengetahuan, kemahiran dan kreativiti... kesepaduan antara ketiga3 ciri ini dengan aspek personaliti turut menjadi aspek penting bagi seseorang kaunselor itu kompeten kerana menurut Boyatzis (1982), aspek- aspek seperti kebolehan, keupayaan, tret personaliti, dan sikap juga merupakan faktor- faktor yang menentukan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas.

Dengan itu, cikgu berharap usaha murni cikgu ini berjaya dengan baik dan dipermudahkan Allah dalam segala urusan pembelajaran... Doakan cikgu yer anak-anak... 


Satu lagi hasrat dan impian cikgu sambung master adalah kerana ingin memberikan sumber inspirasi kepada anak cikgu Nur Alya Maisara yang kini berumur 2 tahun 6 bulan... Semoga anak kecil ini juga akan menghargai ilmu dalam kehidupannya.. Insyaallah 2016 sekali lagi saya ingin memakai pakaian rasmi Majlis Konvokesyen sekali lagi dalam hidup.. Bersama keluarga pula tuu...hahaha...
k Jumpa lain post..wassalamm

21 September 2014

Bilik Bimbingan Dan Kaunseling SMK Kampung Dangar

Salam...

Apa khaba rakan rakan... sudah lama cikgu chah nak masukkan gambar projek bilik sesi individu nie..... tapi x sempat....  untuk pengetahuan semua, projek keceriaan bilik kaunseling adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan dan perkhidmatan kaunseling tak kira samada di seting sekolah, IPTa/ IPTS, Jabatan kerajaan mahupun swasta.... hal ini kerana sesi kaunseling yang berkesan perlu adanya aspek teraputik, penyembuhan dan keselesaan. Oleh lerana sekolah saya nie agak baru dan jumlah pelajar pula 600 orang sahaja... peruntukan pula sedikit.. maka agak lambat la saya nak siapkan bab bab keceriaan bilik UBK nie.. Namun, yang wajib ada tu saya sudah usahakan bersama rakan kaunselor yg berpengalaman iaitu Pn Jawahir Abdullah....


09 September 2014

PROGRAM ANTI DADAH ANJURAN PRS SMK KAMPUNG DANGAR

Slm.... 
Hari ini cikgu aisyah nak share tentang pelaksanaan program pencegaha dadah/HIV dan AIDS peringkat sekolah kami. Pelbagai pengisian diatur oleh PRS saya untuk menjayakan program..




LAPORAN PROGRAM AANTI DADAH SMK KAMPUNG DANGAR
 17000 PASIR MAS KELANTAN

BIL
PERKARA
CATATAN
1
PROGRAM
PROGRAM ANTI DADAH
2
ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DENGAN KERJASAMA PRS TAHUN 2013
3
TARIKH
24 JANUARI 2013 HINGGA 28 FEBUARI 2013
4
TEMPAT
DEWAN TERBUKA SMK KAMPUNG DANGAR
5
MASA/ TENTATIF
PERSEMBAHAN PANTUN/ SAJAK ANTI DADAH
24 FEBUARI 2012
AHAD
7.30AM- 8.15AM
SEMUA PELAJAR
25 FEBUARI 2013
ISNIN
7.30AM-8.15AM
SEMUA PELAJAR
26 FEBUARI 2013
SELASA
7.30AM-8.15AM
SEMUA PELAJAR
PERTANDINGAN SKETSA ANTI DADAH
28FEBUARI 2012
KHAMIS
11.15 AM-1.30 PM
SASARAN SAHAJA

6
SASARAN
SEMUA PELAJAR TERLIBAT UNTUK PERSEMBAHAN PANTUN DAN SAJAK ANTI DADAH
PERTANDINGAN SKETSAN ANTI DADAH HANYA KELAS 5SNS/ 5A/5B/ 4 SNS/4A/3A  SAHAJA
7
OBJEKTIF
§  Memberi  kesedaran kepada semua pelajar tentang bahaya dadah kepada diri dan masa depan pelajar.
§  Memupuk ilmu/ pendidikan tidak formal melalui aktiviti berbentuk pertandingan bertemakan anti dadah.
§  Melatih dan memberi pendedahan kepada PRS menganjurkan program di peringkat sekolah
§  Mendidik pemimpin muda dan semua pelajar   SMKKD  membenci  dan menjauhi najis dadah.
8
AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi              :      Tn. Hj. Mas’ud Bin Daud (Pengetua )
Timbalan Pengerusi :        En. Nor Asharuddin bin Yusoff ( PK KO)
Naib  Pengerusi 1 :    En. Lutfi Bin Omar (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II  :    En. Fauzi Bin Yazid ( PK HEM)
Penyelaras              :     Pn Siti Aisyah Bt Ali ( Kaunselor)
AJK                             :    Fatin Shuhaida  Bt Ghazali 5A
                                 :       Muhd Adam Ikhwan bin Md Saidi  5SNS
                                   :     Nur Aqilah Bt Mazdi 4 SNS
                                   :     Nur Zulaikha bt Che Rahim 5 SNS
                                   :      Siti Nabilah Bt Roslan  5A
                                  :       Nur Hasmaliza Bt Hasbullah  2A
                                  :        Muhd Sazli Bin Che Bakar  3A
                                  :        Noor Effa Mazura Bt Romi 4 Sns
                                  :        Nur Safera  Bt Sabri   5 sns

Pantun
Nur zhulaikha bt che rahim
Mencari peserta dan melatih mereka
Seloka
Siti nabilah bt roslan
Mencari peserta seloka dan melatih mereka
Drama/sketsa
Mohd adam ikhwan bin saidi
Mencari peserta
Pengacara Majlis
Fatin Shuhaida bt Ghazali
Menjadi pengacara sepanjang pertandingan
Hadiah /cendramata
Noor Effa Mazura Bt romi
Nur Safera bt Md Sabri
Menyediakan hadiah dan sijil kepada peserta
Urusetia
Sit Hajar Bt Muhammad
Hasmaliza bt Hasbullah

Menjadi urusetia sepanjang pertandingan
Membantu juri
Mengurus penggiliran peserta
Belakang tabir
Rizalman bin rahim
Ahmad sazli bin che bakar
Mengurus persediaan peserta dan penggiliran
Persiapan tempat
Abdullah bin ismail
Menyediakan keperluan urusetia, juri, pengerusi, urusan tempat penonton sebelum dan selepas program
PA sistem
pengawas
Menyedikan mic dan alatan pertandingan
9
PENUTUP
Program ini telah berjalan seperti yang dirancangkan. Semua ahli Pembimbing  Rakan Sebaya tahun 2013 telah berusaha keras untuk menjayakan pertandingan drama/sketsa anti dadah . Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang menyokong, barisan peserta pertandingan yang berani mencuba.
10
CATATAN
Program ini telah mendapat sambutan yang baik dari pelajar. Sebilangan pelajar memberi cadangan agar mengadakan serta memperluaskan program ini kepada rakan mereka.


Disediakan oleh,                                                                                 Disahkan oleh,


………………………                                                                                   ……………………….
 Pn Siti Aisyah Bt Ali                                                                           Tn Hj Mas'ud Bin Daud





















05 September 2014

Selamat Hari Merdeka Malaysia

Salam...
Apa khabar Malaysia.... Alhamdulillah.... dapat diberi peluang dan nikmat hidup hingga hari ini... dan kita semua sempat menyambut hari kemerdekaan negara kebanggaan kita MALAYSIA yang ke 57.

Tema: Malaysia Disini Lahirnya Sebuah Cinta..
Begitu indah dan puitis tema sambutan merdeka kita pada tahun 2014 ini. diharapkan semua memahami dan mendalami maknanya... Kalau diperhatikan, ianya adalah sepotong ayat yang di petik daripada lagu Allaahyarham Sudirman Hj Arshad a.k.a tokoh dalam  industri seni tanah air... (bukan industri hiburan tau ) . Begitu indah tema dan lagu tema sambutan tahun ini. ianya banyak mengimbau kenangan pada zaman dulu dulu.... 

jom faham dan kenali maksudnya dulu