27 February 2011

Malam Pertama Di Syurga 2

B Syurga Menurut Pelbagai Agama

Syurga ( Heaven dlm Omputih dan Jannah dlm Bahas Arab) merupakan satu konsep hidup selepas mati dalam banyak agama dan falsafah kerohanian. Mereka percaya tentang syurga umumnya berpendapat bahawa syurga atau negaka adalah destinasi bagi kebanyakan atau semua manusia selepas kematian.

Berbagai-bagai agama telah memerihalkan syurga sbg tempat yang diduduki oleh Malaikat, syaitan, dewa-dewi atau pahlawan (Khususnya dlm Zoroastrianisme Parsi dan kemusiannya Motlogi Yunani.) Syurga umumnya ditafsirkan sbg tempat kebehagiaan abadi.

Dalam agama Yunani Kuno, kepercayaan kepada syurga dan kehidupan selepas mati dikaitkan dengan Sheol ( Disebut dlama Isaiah 38: Psal ms 6:5 dan Job 7:7-10). Sesetengah cendikiawan menegaskan bahawa Sheol merupakan konsep yang lebih awal , tetapi teori itu tidak diterima sejagat. Farisi, salah satu mazahab Yahudi yang dikemudian mempercayai tentang kebangkitan semula , tetapi mazahab ini dietantang oleh Mazahab Sadducess yang menolak doktrin kebangkitan semula. (Matt 22:23)

Dalam kebanyakan agama Kristian, Syurga adalah kepulangan kepda keadaan manusia sebelum kejatuhan dan msrupan Syurga Aden kedua yang baru, dengan manusia disatukan dengan Tuhan dalam kewujudan semulajadi dan sempurna yang abadi. Penganut Kristian percaya bahawa penyatuan semula ini dibolehkan melalui usaha penyelamatan Jesus Christ yang mati di atas salib untuk menebus dosa manusia.

Syurga dalam Pandangan Islam
Menurtu Agama Islam, Syurga adalah tempat anugerah pada manusia yang telah berbuat baik dan menhikut perintah Allag swt dan mereka diletak dikebun luas dimana mereka semua hidup dalam kesenangan dan kemewahan. ".. dan berangsiapa taat kepada Allah dan rasul Nya, niscaya Allah memasukkan nya ke dalam Syurga yang mengalir dlamanya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan sutulah kemenangan yang besar , "



C Indahnya Syurga

Sungai-sungai dalam syurga :-
Sungai-sungai dalam syurga adalah sesuatu yang pasti, ia terus mengalir dan tidak pernah berhenti , terletak dibawah Ghuraf (Mahligai), istana2, dan taman-taman penghuni syurga. Sungai2 tersebut berupa sungai madu, sungai khamar tang tidak memanukkan, sungai susu dan sungai air yg jernih yang tidak pernah berubah rasa. Sungai-sungai syurga memabcar menuju ke semua tingkat-tingkat syugra seperti dlm hadis bermaksud : Sesungguhnya Firdaus irulah temapt terbaik dan tertinggi darjatnya. Diatas Firdaus terdapat 'Arsy Allah swt dan dari situ mengalir sungai-sungai syurga" Hr Bukhari.Mata air Syurga adalah bernama Salsabila, yang akan diberiakn kepada orang -orang yang mendekatkan diri kepada Allah (muqarabbin), sedang para abrar (orang yang bebuat baik), maka Allah meneri mereka air dan diberi campuran kafur (air dingin yang baunya wangi) dan Zanzila (Air halia yang segar dan wangi)."Sesungguhnya orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas berisi minuman yang campurannya kafur, iaitu mata air (dlm syurga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirnya dengan sebiak-baiknya"

Mahliga Istana Syurga:
Mahligai Istana Syurga terbuat dari emas dan mutiaras terbaik yang disediakan bagi hamba-hambanya yang beriman, Sabda Rasullullah yg bermaksud : " Sesungguhnya orang beriman disediakan di Syurga istana dari Mutiara yang berongga. Panjangnya adalah 60 mil. Didalamnya terdapat pelayan-pelayan.

Bangunan Syurga :
Bangunan tersebut dari batu bata emas dan perak adukannya swangi kasturi yang sangat harum, batunya terbuat dari mutiara lu'lu dan yaquth dan tanahnya terbuat dari Za' faran, seperti tepung putih yang bebau kasturi. Di antara bentuk bangunan adalah bentuk kubah indah yang terbuat dari mutiara.Rasulullah menjanjikan , barangsiapa yang solat sunat 12 rakaat sehari semalam, maka Allah akan membangunkan sebuah rumah di syurga untuknya.

Pintu-pintu Syurga:

sambung nanti k








26 February 2011

Malam Pertama Di Syurga 1


2 Kampung Halaman Di akhirat


Gambar Hiasan

Kehidupan ini sama seperti asap yang sebentar sahaja kelihatan lalu ia akan lenyap. Sesungguhnya manusia seperti nafas sahaja semuanya akan sia-sia mengikut En Adil dalam Malam Pertama di Syurga. Ramai yang berharap hanya untuk kehidupan du dunia ini, dan mereka mengaggap inilah kampung halaman yang sebenar. Setiap hari manusia sibuk melakukan urusan dunia seperti kerja, bersama kelaurag, buka facebook dan borak dengan rakan-rakan.. Kemana masa kita semua pergi adalah lebih kepada kehidupan di dunia. Mereka lupa bahawa saat akan tiba apabila segalanya berakhir dan kita semua kembali kepada "Kampung Halaman" yang hakiki iaitu syurga dan melalui neraka.. Bagi ummat islam, mereka akan dipertanggugjawab atas kelakuan buruk semasa didunia dan dicampakkan kedalam neraga sebelum di masukkan kembali ke syurga. Namun bagi penganut agama lain, mereka akan kekal di Neraka Allah swt.

Kehidupan juga penuh dengan penderitaan dan air mata. Ermmm pada pandangan saya laaa... setiap manusia akan mengalami masalah, keadaan ini adalah normal bagi manusia normal. Lain lah kalau dengan pesakit mental yang selalu senyum dan bahagia dengan dunia mereka. Walaubagaimanapun, Allah memberi petunjuk, ajaran dan jalan untuk mengendalikan diri kerana kehidupan sebenar2 adalah bukan di dunia yang sementara ini tetapi di Syurga Kelak. Smoga cikgu chah dan anak murid semua menjadi penghuni Syurga firdausii... Insyaallah...

Jadi.. berwaspadalah supaya jangan mengahanyutkan diri dalam dosa dan kesenangan dunia yang sementara. Ermmm hati-hatilah wahaii rakan semua, dalam hidup ni walau kita cuba menjadi baik n berkelakuan baik... Cubaan dan Dugaan Allah swt selalu menyusli kita. Sedarlah, mengahrungi cubaan dan kesakitan dengan tabah sabar adalah kunci yang melayakkan kita masuk syurga dan diikuti dengan takwa serta taubat nasuha sekiranya pernah melakukan dosa besar dan kecil... Sahabatku... Allah swt telah membei jalan dan panduan untuk kita kembali ke syurga, cuma sekarang kita berada di titian dunia yang penuh liku dan sementara ini untuk melayakkan kita semua kembali ke "Kampung Halaman" di Syurga dan Menemui pencipta sikit masa lagi... Ikuti ajaran dan jalan Allah agar kita hidup selalu dalam rahmatnya dan selamanya iaitu di perkampungan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.. Masyaallahh besarnya kuasa Tuhan yang maha AGONG..

Diakhirat, ada 2 temat tujuan roh manusia iaitu syurga da neraka. Setiap roh akan dihitung dan ditentukan masuk salah satu antara tempat itu. Maka mana yang kita pilih??? tepuk dada tanya selera wahai temankuu...dan saya percaya jikalau ditanya, tiada siapa yang mahu ke neraka.. Sekarang ini kita sedang berjalan ke destinasi yang kita sendiri pilih syurga atau nereka. Allah menyediakan 2 jalan untuk dipilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jalan ke syurga atau ke neraka.

Namun begitu, Allah telah menjelaskan kepada kita dalam Al-Quran tentang nikmat kehidupan dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga telah dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi SAW telah menguatkan lagi melalui hadis-hadisnya yang masih segar dibaca dan didengar hingga hari ini. Ingatlah tanda2 kiamat adalah Tuhan akan mengambil nyawa ahli agama, ahli Ilmuan ISLAM.. maka tinggallah mereka yang jahil dalam kesesatan... Apa yang pasti tanda2 kiamat besar sudah dekat skrg seperti berdirinya bagunan pencakar langit, ummat islam memberi salam kepada kenalan mereka sahaja dan pelbagai lagi..

Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran.. makhluk Allah yang peling smpurna kejadiannya di lengkapi dengan akal fikiran berbanding tumbuhan haiwan dan jin, kita semua boleh fikir sebab dan akibat daripada setiap tindakan yang kita lakukan setiap hari. Setiap sesuatu ada sebab dan musababnya. Allah memasukkan seseorang ke syurga kerana dalam kehidupannya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga sebaliknya, terpulang kepada kita hendak mengikut jalan ke syurga atau neraka.


1. Syurga
Inilah tempat yang paling indah, walaupun cikgu tak pernah pergi, tak pernah mimpikan tempat ini selama hayat cikgu.. Namun tuhan memang "baik hati sebab" memberikan kita semua klu tentang syurga dalam kita agong kita iaitu Al-Quran. Dalam Quran dinyatakan Syurag adalah tempat "bersara" yang paling indah di mana taman-taman yang indah dapat dinikmati dan adan kesabaran, kehormatan dan salam. Disini mereka yang dusucikan dari dosa akan hidup bersenang-lenang sambil memuji Allah swt yang menghapus kedukaan mereka bt selamanya.Wahai rakan dan pelajarku sekalian.. Ingatlahh fikiran kita ridak mempu membayangkan bagaiman indahnya Syurga itu. Orang yang menurut ajaran Allah dan mengikut jalan yang ditunjukkan akan berada di tempat ini. Orang yang sudah berada di dalamnya ..maka akan kekal selamanya disana.

Gambar Hiasan

2. Neraka
Ini pula tempat siksaan yang mengerikan dantempat kesedihan serta pembalasan diatasdosa dan kelakuan jahat yang manusia lakukan. Tempat penyesalan dan kesedihan bagi golongan melakukan kejahatan, kejahilan di Dunia. Mereka yang dicampakkan ke dalam Neraka akan berada dalam pakaian , tempat tidur dan selimuti dengan api... Masyaallah, mohon dijauhkan keluargaku, kenalan ku dan generasiku dari tempat ini.. Amin.. Dimana-manapun penuh api, asap hitam, dan kegelapan. Mata menjadi buta, telingan mengadi tuli, dan mulut menjadi bisu. Mereka yang berada di sini mengalami keperitan yang tidak terperi dan tiada henti azabnya. Mereka disiksa hingga mati hidup kembali dan tiada kesudahan.

BALASAN ALLAH SWT
sedutan dari Blog http://miszsnowgurlz.blogspot.com/2010/11/balasannya.html


Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalan ya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit..Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku."Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumahtangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa di azab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..
"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."
"Kakak berazam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.
REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

24 February 2011

Skim Lencana Anti Dadah SMK Ayer Lanas Tahun 2011

logo SLAD

Pengenalan
Skim Lencana Anti Dadah adalah satu usaha terancang untuk melibatkan ahli-ahli persatuan berpakaian seragam sekolah menengah dalam aktiviti anti dadah di sekolah dan akhirnya di masyarakat luar.


Visi
Sistem Pengurusan Skim Lencana Anti Dadah yang sistematik dan berkesan.

Misi
Membentuk dan melahirkan iansan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi,rohani, inteleks dan boleh menjadi diri dan rakan-rakan dari dadah berdasarkan falsafah Skim Lencana Anti Dadah.


Objektif
§ Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menyampaikan mesej anti dadah.
§ Dapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej anti dadah kepada rakan sebaya, ahli keluarga dan sahabat handai.
§ Menolong rakan sebaya yang mempunyai risiko tinggi, supaya berhubung dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling.
§ Memberi khimat sukalera dalam aktiviti anti dadah apabila tamat persekolahan.

Falsafah
“ JADILAH SEBAHAGIAN DARI PENYELESAI KEPADA MASALAH,BUKAN MENJADI MASALAH”

Matlamat
Skim Lencana ini adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar yang menyertai:
§ Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan mesej anti dadah
§ Dapat memainkan peranan sebagai orang berpengaruh (influeneers) dalam menyampaikan mesej anti dadah di kalangan rakan sebaya, ahli keluarga dan masyarakat.
§ Dapat menghayati aktiviti pencegahan dadah melalui amali anti dadah.
§ Menolong rakan-rakan sebaya yang mempunyai “ risiko tinggi ”supaya berhubung dengan guru bimbingan dan menjadi kaunselor rakan sebaya.
§ Berkhidmat secara sukarela dalam aktiviti anti dadah apabila tamat persekolahan/ pengajian.
§ Mata dan telinga.
SENARAI TUGAS GURU SLAD
1. Menyelaras, merancang , melaksana dan menilai aktiviti Skim Lencana Anti dadah (SLAD) di sekolah
2Memilih seramai 30-40 orang pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 daripada unit beruniform sebagai ahli SLAD
3Melaksanakan kurikulum SLAD dengan berpandukan buku log yang dibekalkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
3.1 Teori dan Amali
3.2 Perkhemahan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)
3.3 Aktiviti carnival Seni Pendidikan Pencegahan Dadah
4Mengedarkan buku-buku log SLAD kepada ahli dan menyelaraskan aktiviti SLAD untuk tempok satu hingga dua tahun.
5Menyemak serta menilai buku log dan buku skrap ahli SLAD
menyelaras dan menguirus ujian SLAD
5Mengurus penganugerahan sijil dan lencana kepada ahli SLAD yang layak
7Menebatu setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dalam melaksanakan aktiviti PPDa di peringkata sekolah
8Berkerjasama dengan semua unit di sekolah dalam melaksanakan program SLAD di sekolah
9penyertaan program/ aktiviti SLAD anjuran PPD, JPN dan KPM
10Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pengetua dari masa ke semasa.

KONSEP SLAD
Skim Lencana Anti Dadah adalah merupakan satu langkah jangka panjang untuk memupuk semangat dan sikap bencikan dadah di kalangan penuntut-penuntut sekolah. Skim ini adalah merupakan satu usaha pendidikan pencegahan awal untuk mencegah penularan masalah dadah di kalangan pelajar-pelajar. Walaupun adalah pelajar sekolah yang terlibat dalam perbuatan menyalahgunakan dadah, tetapi penglibatan mereka masih dapat dikawal dan kebanyakan hanya pada peringkat mencuba-cuba dadah sahaja. Oleh itu program ini adalah satu program yang cuba menyekat dan akhirnya menghapuskan perbuatan menyalahgunakan dadah di kalangan pelajar-pelajar. Segala penerangan yang diberikan kepada peserta skim ini adalah untuk menerangkan secara menyeluruh ancaman dan bahaya penggunaan dadah untuk mewujudkan persefahaman yang tinggi di kalangan penuntut-penuntut sekolah terhadap masalah dadah di Malaysia.Skim ini adalah menggunakan pengaruh teman sebaya (peer group influence) untuk menyampaikan mesej anti dadah dan melibatkan murid-murid yang menganggotai Pasukan Pakaian Seragam di sekolah masing-masing. Pengetahuan yang diperoleh menerusi penyertaan dalam skim ini akan membolehkan mereka untuk memainkan peranan yang lebih berkesan dalam mencegah penggunaan dadah di kalangan rakan-rakan sekolah, teman-teman sebaya, keluarga, sahabat-handai dan sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan mereka. Penuntut yang menyertai skim ini akan dapat berinteraksi secara berkesan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah, misalnya dapat memujuk atau meyakinkan pelajar yang bermasalah itu berjumpa dengan guru bimbingan atau sesiapa sahaja yang difikirkan dapat membantu menyelesaikan masalah pelajar berkenaan.Selain itu, anggota pasukan seragam yang telah menerima Lencana atau Sijil Anti Dadah ini boleh terus berkhidmat kepada masyarakat selepas tamat tempoh persekolahan; umpamanya sebagai ahli panel penceramah, kaunselor dalam program seliaan lanjutan bekas penagih atau sebagai sukarelawan dalam aspek tindakan anti dadah yang lain.Aktiviti dalam program Skim Lencana Anti Dadah ini adalah merupakan satu daripada pelbagai aktiviti pasukan pakaian seragam berkenaan. Untuk menimbulkan rasa penglibatan bersungguh-sungguh dalam Program Skim Lencana itu, anggota-anggota Pasukan Pakaian Seragam yang menyertai skim ini dikehendaki lulus dalam ujian-ujian dan melakukan kerja-kerja praktikal, barulah dianugerahkan Lencana Anti Dadah. Lencana Anti Dadah ini adalah merupakan penghargaan kepada penglibatan pelajar-pelajar itu dalam aktiviti anti dadah. Mereka boleh memakai lencana itu sebagai satu daripada lencana-lencana kemahiran.

13 February 2011

Karnival Jom Masuk U di Kota Bharu Centre

Cikgu Chah and student tersayang..

Salam u all,
mcm mana kawan-kawan dan pelajarku sekalian..harap sihat dan sejahtara selalu.. Semalam cikgu hantar pelajar cikgu seramai 42 orang ke karnival Jom Masuk U yang diadakanm di KBC sebelah stadium Mohammad ke-4 KB... Ermm ramai yang datang melawat Karnival Jom Masuk U padakali ini.. Sampiakan laluan keluar masuk pun sesak dengan pelajar, guru-guru dan pengunjung lain. Keadaan ini menunjukkan komitmen dan kesungguhan Jabatan dan Kementerian Pelajaran untuk memastikan anak-anak watan kita mendapat pendadahan awal dalam hala tuju masing-masing. Daripada pihak Universiti pula, mereka juga memberikan kerjasama yang baik dengan menyediakan bahan-bahan yang sesuai untuk pengetahuan Am pelajar dan pelawat seperti ibu bapa dan guru...

Errmmm saya memang la suka datang ke tempat macam ni .. namun kelemahan yang jelas saya dapat lihat ialah, karnival yang gempak macam ni tidak muat untuk menampung pelawat yang ramai... Oleh kerana promosinya hebat maka pengunjung datang berduyung-duyung laaa mak cikkk kiahhh oii.... Alkisahnyaaa... ruangan nyaaa tak muat laaa, sampaikan ada yang bertolak-tolak macam naik bas pula... Ermm tak sanggup pula saya nak berebut dengan pelajar... apa pun saya sempat sampai beberapa gerai sahaja.. Itu pun dah 4 5 bag dapat maklumat.

Ehemmm saya pun tak melepaskan peluang untuk membawa pelajar saya dengan karnival yang berguna seumpama ini.. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Mohd Fathir dan Isteri, Cikgu Nik Norhafizah dan suami kerana mengorbankan masa untuk membawa pelajar ke Kota Bharu demi menyahur seruan Tugas. Oleh kerana kami semua adalah kaunselor yang berjasa dan terajin huhuh dalam kurungan terlebih rajin, maka kami sahut seruan ini..huhu...

Taklimat Kerjaya olah pegawai PTPL

Ermm Cikgu Fathir memang kaunselor yang memahami kehendak pelajar, jadi dalam lawatan ini, dia dah faham yang pelajarnya akan membuat muka tak malu dengan meminta nak g sana laa... nak g sini la... Jadi, Cikgu fathir pun dengan berat hati dan dalam hati bimbang jugak nak melepaskan anak murid kesayangan mereka ke KB MALL selepas lawatan kerjaya ke kolej PTPL Kota Baru. Paling terharu ialah, Puan Irham iaitu pegawai yang incharge lawatan ini menyambut kedatangan pelajar SMK AYer Lanas dan gurunya dengan seuyuman manis dan ada jamuan makan lagii... ewahhh gitu... lain kali boleh datang lagi ni... Bisik cikgu Fathir pada kawan-kawan seangkatan dengannya (saya dan fizah leee hehe)Selepas makan, pegawai memberikan taklimat kerjaya yang berkaitan kepada pelajar tingkatan 6 yang datang ke kolej mereka pada hari ini... Seterusnya, mereka semua dibawa melawat tempat-tempat menarik di Kolej seperti perpustakaan, bilik kuliah, student centre dan lain-lain la... Promosi besar-besarannn laa katakan untuk pelajar kita... mana lah tau kot-kot ada yang tersangkat dengan Kolej tu lepas Tingkatan 5 dan 6 nanti...

Oklah... u all layan gambar dulu k... insyaallah ada masa cikgu akan catat apa yang perlu lagi k.. bye wassalam..

10 February 2011

Minta Dijauhkanlaaa.... Malaysia sudah aman damai.. syukur dengan apa yang ada...


Gerakan rakyat Mesir boleh merebak ke Malaysia- Anwar

Keadilan Daily KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat Malaysia boleh mengambil kaedah yang digunakan di Mesir sebagai pengajaran kepada sebuah rejim yang zalim. Walau bagaimanapun beliau menekankan setiap satu perubahan harus dilakukan dengan apa jua cara sekali pun tanpa campur tangan mana-mana kuasa luar.

">Beliau berkata demikian ketika diwawancara dalam rancangan News Stream yang disiar di saluran CNN International semalam.
“Krisis politik di Mesir membawa satu pemahaman baru bahawa rakyat mahukan perubahan kepada kebebasan dan demokrasi dalam erti kata yang sebenar di sesebuah negara" Kata Anuar


Beliau menambah, gerakan rakyat penting untuk memberi isyarat jelas kepada sesebuah rejim yang korup dan hipokrit. Anwar juga tidak menolak gerakan tersebut mungkin sampai ke negara-negara Islam yang lain kelak di atas faktor Mesir merupakan pusat ilmu terulung di kalangan negara Islam. Anwar juga percaya, peralihan daripada fasa revolusi kepada sebuah negara yang aman mampu berlaku jika perubahan di Mesir merebak ke negara Islam yang lain. Protes menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak untuk melepaskan jawatannya sudah masuk hari ke-16 hari ini. Mubarak dilapor mengerahkan tentera, polis serta pasukan keselamatan mengekang kebangkitan rakyat menuntut kebangkitan beliau. Sehingga ke hari ini, pasukan keselamatan menahan 119 orang secara sewenang-wenangnya dan hampir 300 orang dilaporkan terkorban dalam kebangkitan itu. (Berita penuh boleh didapati dalam Suara KEADILAN 3 yang akan berada di pasaran 15 Februari ini)


Pendapat saya yang cetek ilmu : Minta dijauhkan segala kekocohan, pemberontakan dan perpecahan... Kita masih negara islam tiada kaitan dengan Yahudi... Kenapa perlu mendoakan Malaysia supaya mengikuti jejak Tunisia dan Mesir... Rakyat di sini cukup makan pakai dan kerja pun ada gaji... bukan ditindass... Korupsi ada dimana-mana...PM kita pun manusia, ada buat silap tu biasa tapi dia bukan insan yang menindas rakyat hinggakan perlu wujud ayat '' Gerakan Rakyar Mesir Boleh Merebak Ke Malaysia.'' Kalau setakat ingin berkumpul dan mengadakan demostrasi secara aman menyokong tindakan Pengunduran Hosni Mibarak, saya x kisah... ok lah tu, ada jihad kecil dalam diri kira rakyat Malaysia....Saya bukan membiarkan dan menggalakkan korupsi, cuma kelemahan itu sama2 lah diatasi dari masa ke semuasa, insyaallah.. Mohon Malaysia dijauhkan segala penentangan dan pergaduhan seumpama itu kerana banyak kemudahan dan kelebihan yang kita ada kini akan musnah.. Bimbang keadaan yang lebih buruk sekiranya penentangan berlaku... Malaysia bukannya Negara terdesak dan rakyat Malaysia masih rasional pada pandangan peribadi saya. Bagi saya, keadaan, perjuangan dan kebangkitan di Mesir dan Malaysia, jauh berbeza.. Saya bukan pembangkang Kerajaan, saya bukan penyokong pembangkang tetapi saya adalah rakyat yang mah hidup dalam keadaa aman dan damai.... Aku yang bersyukur di Bumi Malaysia... Bayangkan kalau lee perang sana-sini bukan mudah nak bangkit balik dan jadi sepeti sedia kala... Jom semua doakan keamanan dunia, ummat islam sejagat, kemakmuran dalam Malaysia dan doakan kemakmuran dan kemurnian hati untuk diri sendiri... Bye.. Wassalam.

04 February 2011

Hendaklah kamu beramar ma'ruf dan bernahi munkar

Hukum asal percampuran /pergaulan antara perempuan dgn lelaki adalah HARAM. Maka kita boleh bayangkan sendiri betapa ketat islam menggariskan hukum bila melibatkan kedua-dua kelompok ini.Tetapi dengan kewujudan sebab musabab yg mendesak, maka islam membenarkan percampuran/ pergaulan yg melibatkan mereka tetapi tidaklah bermakna islam senasakhkan/membatalkan hukum asal iaitu haram…cuma islam memberi kelonggaran/rukhsah/ pengecualian memandangkan kepada urusan penting yg patut dibereskan utk tujuan kemaslahatan.

Pun begitu, kelonggaran yg diberi oleh islam ini adalah beserta dengan etika-etika yg ketat yg perlu dipatuhi kerana dengan berlangsungnya pergaulan telah membuka lebih banyak ruang utk berlakunya fitnah dan penyelewengan. Antara etika-etika yg digariskan termasuklah etika berpakaian, menjaga pandangan, tidak melembut-lembutkan suara, bercakap sekadar perlu, berteman tidak hanya berdua-duaan, dll yg kita boleh rujuk drp mana-mana buku berkaitan adabpergaulan antara muslimin dan muslimat. Berlonggar-longgar dengan etika yg telah digariskan ini akan mengundang ujian dan fitnah yg kelak akan memburukkan nama baik dan maruah diri, dan selalunya wanitalah yg sering mendapat title yg buruk. Sebab itu, dalam bab ini, islam menganjurkan kaedah: Prevention is better than cure.

Buktinya, Allah mengariskan di dalam Al-Quran yg suci:” Dan janganlah kamu mendekati zina…” that’s mean… kaedah islam adalah menutup terlebih dahulu jalan-jalan yang menjurus kepada berlakunya zina. Bercakap mengenai cinta, benda cinta ni benda yg tak boleh dibuat-buat….tapi kalau disogok saban hari, ia boleh tumbuh juga, tapi tak naturallah. Cinta adalah anugerah tuhan kepada hambanya dan islam sebenarnya mengiktiraf cinta.islam agama fitrah…dia akan bagi apa-apa yg match dgn fitrah manusia, cumanya dia menggariskan cara.

Cinta adalah suatu perasaan yg sangat berat….Sebab tu kemuncak hubungan antara seorang hamba dgn tuhannya adalah cinta dan harap…. Bukannya melakukan sesuatu atas tolakan rasa tanggungjawab semata-mata bahkan beribadat sebab cinta…dan payah nak capai tahap ni… Jangan bercinta selagi tidak bersedia utk berkahwin.Sebaik-baiknya bercinta selepas kahwin…tu yg sebaik-baiknya, tapi kalau dah jatuh cinta dahulu…. Kena banyak berhati-hati kalau mahu selamat sebab dalam bab ni…. Ramai yg kecundang. Orang yg warak pun belum tentu lulus.

Sebab tu, bab bercinta ni kena betul-betul serius.Jangan fikir utk keseronokan semata-mata. Sedikit kepincangan dalam hubungan ini akan membuahkan kesan yang signifikan kpd generasi yg bakal dilahirkan. Sebab tu, dinasihatkan….Bagi yg bercinta sebelum kahwin….Seboleh-bolehnya, wajibkan diri utk solat taubat setiap malam waktu qiamullail…itupun belum jamin dapat jaga betul-betul perhubungan yg berlangsung mengikut guideline yg telah ditetapkan. Dalam apa jua bentuk hubungan antara wanita dan lelaki, hatta dalam perkara kebaikan sekalipun, kalau rasa seronok…there’s something wrong.Yang tu kena taubat sebab walaupun dalam hal kebaikan, bila dah rasa seronok and lepas tu tak taubat…dibimbangi akan berlaku penyelewengan niat dan seterusnya penyelewengan yg lain-lain lagi.

Firman Allah swt: “Barangsiapa yg berpaling drp pengajaran tuhan yang Maha Pemurah (al_Quran), Kami adakan baginya syaitan (yg menyesatkan) maka syaitan itulah yg menjadi teman yg selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan-syaita itu benar-benar menghalangi mereka dr jalan yg benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk.” Az-Zukhruf:36&37

Kalau sekadar suka sebab ada daya tarikan sesuatu pada diri seseorang tu,baik fikir masak-masak. Sebab sekali terjerumus, payah kita nak undur balik. .hanya kerana cinta… sebuah gerakan mampu ranap…walaupun gerakan tersebut tegak di atas dasar mahu menegakkan hak-hak Allah di kampus. Begitulah besarnya implikasi bercinta kalau tak kena gaya.Apatah lagi…kalau orang yg bercinta tanpa mengambilkira guideline yg telah ditetapkan macam yg banyak berlaku di kampus-kampus sekarang. So, kesimpulannya…hukum asal pergaulan antara lelaki perempuan adalah HARAM tetapi dengan wujudnya desakan –desakan urusan yg penting, islam memberi pengecualian tetapi bukan pengecualian total bahkan, disertakan etika-etika yg ketat. Mengenai kita yg berdepan dgn kelakuan kawan-kawan yg dating, atau budaya belangkas ni… di situ ada tanggungjawab yg jatuh di atas pundak kita.Rasulullah saw bersabda: “ Barangsiapa melihat suatu kemungkaran hendaklah merubah dgn tangannya.Apabila tidak mampu, hendaklah dengan lidahnya (ucapan), dan apabila tidak mampu juga hendaklah dgn hatinya danitulah selemah-lemah iman.” (HR Muslim)

Penjelasan: Dgn hati ertinya tindakan aktif dan bukan pasif. Dalam konteks ni, apa yg tertaklif atas seseorang muslim adalah : AMAR MA’RUF NAHI MUNKAR. Dan benda ni tak boleh buat sorang-sorang….perlu berjamaah.Islam tak tegak atas dasar individu tetapi atas dasar jamaah. Islam yg nabi bawa ni pun bukan atas usaha nabi sorang, tapi bersama umat muslimin seluruhnya. Dalam bab ni, kena tahu banyak sirah nabi… sebab kita nak ikut jalan nabi….so, kenalah hadam apa yg nabi lalui baik dari segi tindakan, usaha, peringkat-peringkat yg nabi lalui,pengajaran, ,mehnah dan kesusahan yg nabi rasa, bila pertolongan Allah tiba dll.

Tidak ada seorang muslim pun terlepas drp tanggungjawab ini walau di mana dia berada, title apa dia miliki, di bawah akta apa…. Apa-apalah….kena cegah jugak kemungkaran ,tapi tak semestinya satu cara. Mungkin pendekatan di suatu-suatu tempat berbeza dgn tempat lain….tengok kesesuaianlah… sebab tu islam tekankan: “ Maka serukanlah mrk kpd jalan tuhanmu dengan hikmah…” Hikmah maknanya BIJAK….Bukan terhad kepada lemah-lembut shj sptmana yg ramai orang faham… itu bukan faham tuu…. Itu salah faham…Rasulullah saw pernah bersabda:

a)“ Jihad yg paling afdhal ialah menyampaikan perkataan yang adil di hadapan pemerintah yg zalim ..” (HR Ath Thusi dan Ashhabus Sunan)

b) “Hendaklah kamu beramar ma’ruf dan bernahi munkar.Kalau tidak, maka Allah akan menguasakan atasmu orang-orang yg paling jahat di antara kamu, kemudian orang-orang yg baik-baik di antara kamu berdoa dan tidak dikabulkan doa mereka)”(HR Al Bazzar)

c) “Akan tetap ada dr segolongan umatku yg menegakkan perintah Allah.Tidak menghambat dan tidak mengecewakan mrk orang-orang yg menentangnya sampai tiba keputusan Allah. Mereka masih tetap teguh (mantap) baik dalam sikap mahupun pendiriannya.” (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Masih banyak hadith-hadith yg sebut pasal benda ni, cuba kita rujuk buku-buku berkaitan utk lebih kefahaman…dan bilangan hadith berkaitan yg banyak secara tidak langsung menunjukkan peripentingnya konsep ini dalam Islam. Sekian..


KEKASIHKU Ku Sayang KAMU....

Kisah kekasih
Nak share tentang KEKASIH aku?? Aku type huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA !! penyayang sifatnya. Betul ni. Tak tipu punya!! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah minta tolong sajalh pada DIA. Sure akan dating bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA….direct!! yang bestnya tue, bila aku dah mengadu kat DIA, terasa peace jer…..for surelah…..KEKASIH kan??
Ish beruntung betul dapat KEKASIH macam ni….tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tue, sebab memang betul-betuk rasa DIA tu dekat kat hati nie!!! Ye la cinta punya pasal kan??
DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat…contact je DIA. Sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah material ke….spiritual ke….emmm…memang kekasih sejatilah tu!!
Bila aku rindu kata DIA, baca surat-surat yang DIA bagi tu…macam² nasihat dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham.
Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu…ye la, cinta bagai nak rak tiba² clash gitu jer. Tapi KEKASIH aku yang ni lain. DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi….DIA takde jeles pun….Cuma aku je yang jeles ngan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dengan DIA. So, aku kenalah usaha betul²…kata orang putih…”what you give, you get back”. So, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la kan?? KEKASIH aku nie baik sangat². Perfect! Tu yang kadang² aku tengah² malam ….area pukul 3-4 pagi tu pun…kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindulah!! Sebenarnya , KEKASIH aku ni kaya…millionaire….billionaire…dan ntah apa² naire lagi….tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support….caya tak?? Free of charge…tapi aku tak sedap hatila….mesti kena hargai apa yang DIA bagi tu kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, ambik je la…pastu pandai² membalas budi..tue yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja…chewahh!!
DIA suruh aku belajar sungguh². Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab KEKASIH aku nie memang bijak + cerdik +genius etc…DIA kata tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kalau aku rajin belajar.
Malu la sebenarnya nak cakap nie….emmm sebenarnya aku belum pernah jumpa DIA. Lagi pun belum bersedia la. Tapi KEKASIH aku ni dah janji…satu hari nanti mesti jumpa. Sekarang nie menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak!! Takut!! Aku mesti prepare awal². Daripada surat-surat DIA yang ada tue…aku tahu apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. So that, DIA tambah² sayang la kat aku, kan?? Takpela, berkorban sekarang, sebab DIA dah janji. Sape² yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!!! Ish rindu sangat dah nie!!!

KEKASIHKU….aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ni…walau nyawa digalang gantikan, menggadaikan cinta teragung ini…tidak sama sekali…walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagian bersamamu. Itulah kekasihku ALLAH swt…cinta teragungku!!!

Kisah Puteri Kesayangan Rasulullah Fatimah RA


Kisah Fatimah R.Ha Mengisar Gandum
Suatu hari Rasulullah SAW datang melawat anaknya Faimah r.ha dan didapatinya sedang menangis. Maka bertanyalah Rasulullah SAW: "Apakah yang membuat engkau menangis, wahai Fatimah?"Fatimah menjawab, "Wahai ayahku, aku menangis disebabkan oleh keletihan yang tidak terkira ketika mengisar tepung dan menyediakan keperluan rumah.Sekiranya ayah menyuruh Imam Ali membeli seorang wanita suruhan, itu akan menjadi pemberian yang besar bagiku." Terdengar kata-kata itu hati Rasulullah terguris hingga berlinang air mata baginda. Lalu baginda pun duduk berhampiran alat pengisar kemudian mengambil segenggam gandum dan melafazkan: BismillahirRahmanirRahimKetika Rasulullah memasukkan gandum tersebut ke dalam alat pengisar maka bergeraklah alat itu dengan sendirinya sambil alat itu memuji akan Allah dalam bahasa yang amat indah dan suara yang amat merdu sehingga semuanyadikisar. Lalu baginda pun berkata, "Berhentilah kamu wahai alat pengisar." Ketika itu Allah telah menjadikan alat itu dapat berkatakata. "Demi Allah yang menghantarmu dengan kebenaran sebagai seorang Rasul dan dengan berita sebagai orang yang diamanahkan. Aku tidak akan berhenti selagi kau tidak memberi jaminan daripada Allah untuk menempatkan aku di dalam syurga dan menjauhkan aku dari api neraka." Berkata Rasulullah SAW: "Kau adalahbatu, namun kau takut pada api neraka. Alat pengisar menjawab:"Wahai Rasulullah, aku telah terdengar kata-kata ini dari Al Ouran: Wahai orang yang beriman jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang pembakarnya terdiri dari manusia dan batu-batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras tidak menderhakai terhadap apa yang diperintahkan Allah kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." Maka Rasulullah pun mendoakan untuk keselamatan batu itu. Selesai berdoa turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata: "Wahai Muhammad, Tuhan yang untuknya segala pujian dan yang MahaTinggi, mengirim salam dan penghormatan dan berpesan kepada engkau: Beritahu batu itu berita gembira bahawa Allah telah menganugerahhan pada batu itu keselamatan dari api neraka dan meletakkannya di antara batu-batu syurga di dalam mahligai Fatimah di mana ia akan bercahaya bagaikan matahari di alam ini. Lalu disampaikan berita itu. Baginda memandang kepada Fatimah lalu bersabda:"Wahai Faitmah, sekiranya bergitulah kehendak Allah, pengisar itu akan berkerja setiap hari tetapi Allah ingin mencatatkan untukmu perbuatan baik dan meninggikan darajatmu kerana tanggung jawab yang berat itu." "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit dl antara dirinya dengan api nereka jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi." "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang Allah akan mencatatkan unuknya perbuaan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat." Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat." "Wahai Fatimah, bagi settap wanita yang memintal akan benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka AIIah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian." "Wahai Fatimah bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya menyikatnya mencuci pakaian-pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak Itu pula pekerjaan yang jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhati."(Riwayat Abu Hurairah)

03 February 2011

Santai Minda pada tahun Baru Cina

Salam 2 all...
harap rakan-rakan semua sihat dan dirahmati Allah swt. Macam mana dengan cuti sambutan tahun baru cina niee.... kemana anda semua... jalan-jalan ke?? plan apaaa yerr.... Ermm kepada students ku tang tersayang.... macam mana dengan kerja rumah yang cikgu bagi? sudah siap ke belummm???huhuhuh...

Ermmm pada awalnyaa saya merancang ingin ke KL, tapi keadaan tidak mengizinkan saya berjalan pada cuti kali ini... Jadi lepas-lepak di Kota Bharu ajeee laaa.... Sebelum itu, sy mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa-mangsa kekecohan di Mesir... Banyak pengajaran yang daoat dipetik daripada kisah pemerintahan kuku besi Husni Mubarak.... Semoga ada hikmah dengan apa yang berlaku.... Ermmm berbalik kepada pelajar-pelajar saya tadi.... Di waktu senggang begini alangkah baiknya jika anda semua mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah dan memberi kebaikan kepada diri sendiri.... Jadi topik perbincangan saya pada kali ini ialah Aktiviti pada masa lapang.... Sekarang ni.... saya berada di cafe Hayaki 1 kota bharu kelantan.... Ermmm sambil membaca blog, intai-intai fb dan menulis blog, cikgu terfikir untuk berkongsi aktiviti yang boleh anda semua lakukan pada pasa lapang dan aktiviti di masa Senggang di rumah atau di mana saja

Aktiviti Masa Senggang

Pelajar yang bijak dalam menguruskan masa, akan menggunakan seluruh masa yang ada dalam sehari dengan aktiviti yang manfaat. Ramai orang yang suka membiarkan masa senggang dengan tidak melakukan aktiviti berguna. Apakah itu masa senggang? Masa senggang ialah masa yang biasanya kurang daripada 1/2 jam dan sering belalu begitu sahaja tanpa digunakan oleh pelajar. Contohnya:
  1. semasa pelajar menunggu bas untuk pergi dan balik dari sekolah
  2. semasa pelajar di dalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah
  3. sebelum guru masuk kelas
  4. waktu di antara kuliah untuk pelajar universiti
  5. semasa menunggu kelas amali atau tutorial dijalankan
  6. semasa lepas makan di waktu rehat

Sumber:

Dr. Hanafi Ismail (2005). Pengurusan Masa Pelajar. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.



Cara-cara Remaja untuk Mengisi Masa Lapang

Berdasarkan kata Orison Swett, setiap hari masa mengunjungi kita seperti sahabat yang datang membawa hadiah-hadiah yang berharga. Apabila hadiah itu tidak kita terima, maka ia akan pergi dan tidak akan kembali lagi. Oleh itu, remaja perlu melakukan aktiviti yang bermanfaat untuk mengisi masa lapang.
Contoh aktiviti yang bermanfaat ialah gotong-royong di sekolah bersama-sama dengan guru-guru dan rakan sekolah atau di kawasan perumahan dengan jiran yang berdekatan. Melalui aktiviti tersebut, ia akan merapatkan hubungan antara satu sama lain dan dapat mengindahkan alam sekitar.
Menyertai aktiviti kokurikulum seperti kawat kaki boleh memupuk sikap yang berdisiplin sifat kepimpinan. Ia juga boleh menambah markah kokurikulum yang membantu kita meneruskan pelajaran ke universiti kelak.
Selain itu, membuat senaman atau senam robik dengan beramai-ramai rakan atau jiran. Kita juga boleh mengenal kawan yang baru kerana selalu berjumpa dengan satu sama lain. Tidak peduli bersenam di mana ataupun membuat apa aktiviti senaman, terpentingnya kita ada membuat senaman.
Perbincangan serta berkumpulan dengan kawan-kawan baik akan mengecepatkan proses belajar dan meningkatkan hasil dalam belajar. Jika menghadapi sebarang pertanyaan dalam kerja rumah, kita boleh membincang bersama-sama kumpulan dan cari jawapan soalan itu. Tidak perlu berasa segan untuk bertanya kawan atau garu kerana ‘Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut’.
Pendek kata, aktiviti beriadah mempunyai banyak manfaatnya dan patut dijadikan amalan. Oleh itu, remaja boleh mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah untuk mengelakkan diri daripada aktiviti jenayah.

Jadi, saya akan sambung lagi dengan pelabagai aktiviti yang menarik untuk diisi bagi seorang remaja dan pelajar sekolah supaya masa dapat terisi dengan baik yerrr.... Masa itu emas, jadi cikgu menasihat anda semua supaya dapat memanfaatkan masa yang ada kini untuk kebaikan pada masa hadapan inysaallah..
k wassalam..