10 February 2011

Minta Dijauhkanlaaa.... Malaysia sudah aman damai.. syukur dengan apa yang ada...


Gerakan rakyat Mesir boleh merebak ke Malaysia- Anwar

Keadilan Daily KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat Malaysia boleh mengambil kaedah yang digunakan di Mesir sebagai pengajaran kepada sebuah rejim yang zalim. Walau bagaimanapun beliau menekankan setiap satu perubahan harus dilakukan dengan apa jua cara sekali pun tanpa campur tangan mana-mana kuasa luar.

">Beliau berkata demikian ketika diwawancara dalam rancangan News Stream yang disiar di saluran CNN International semalam.
“Krisis politik di Mesir membawa satu pemahaman baru bahawa rakyat mahukan perubahan kepada kebebasan dan demokrasi dalam erti kata yang sebenar di sesebuah negara" Kata Anuar


Beliau menambah, gerakan rakyat penting untuk memberi isyarat jelas kepada sesebuah rejim yang korup dan hipokrit. Anwar juga tidak menolak gerakan tersebut mungkin sampai ke negara-negara Islam yang lain kelak di atas faktor Mesir merupakan pusat ilmu terulung di kalangan negara Islam. Anwar juga percaya, peralihan daripada fasa revolusi kepada sebuah negara yang aman mampu berlaku jika perubahan di Mesir merebak ke negara Islam yang lain. Protes menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak untuk melepaskan jawatannya sudah masuk hari ke-16 hari ini. Mubarak dilapor mengerahkan tentera, polis serta pasukan keselamatan mengekang kebangkitan rakyat menuntut kebangkitan beliau. Sehingga ke hari ini, pasukan keselamatan menahan 119 orang secara sewenang-wenangnya dan hampir 300 orang dilaporkan terkorban dalam kebangkitan itu. (Berita penuh boleh didapati dalam Suara KEADILAN 3 yang akan berada di pasaran 15 Februari ini)


Pendapat saya yang cetek ilmu : Minta dijauhkan segala kekocohan, pemberontakan dan perpecahan... Kita masih negara islam tiada kaitan dengan Yahudi... Kenapa perlu mendoakan Malaysia supaya mengikuti jejak Tunisia dan Mesir... Rakyat di sini cukup makan pakai dan kerja pun ada gaji... bukan ditindass... Korupsi ada dimana-mana...PM kita pun manusia, ada buat silap tu biasa tapi dia bukan insan yang menindas rakyat hinggakan perlu wujud ayat '' Gerakan Rakyar Mesir Boleh Merebak Ke Malaysia.'' Kalau setakat ingin berkumpul dan mengadakan demostrasi secara aman menyokong tindakan Pengunduran Hosni Mibarak, saya x kisah... ok lah tu, ada jihad kecil dalam diri kira rakyat Malaysia....Saya bukan membiarkan dan menggalakkan korupsi, cuma kelemahan itu sama2 lah diatasi dari masa ke semuasa, insyaallah.. Mohon Malaysia dijauhkan segala penentangan dan pergaduhan seumpama itu kerana banyak kemudahan dan kelebihan yang kita ada kini akan musnah.. Bimbang keadaan yang lebih buruk sekiranya penentangan berlaku... Malaysia bukannya Negara terdesak dan rakyat Malaysia masih rasional pada pandangan peribadi saya. Bagi saya, keadaan, perjuangan dan kebangkitan di Mesir dan Malaysia, jauh berbeza.. Saya bukan pembangkang Kerajaan, saya bukan penyokong pembangkang tetapi saya adalah rakyat yang mah hidup dalam keadaa aman dan damai.... Aku yang bersyukur di Bumi Malaysia... Bayangkan kalau lee perang sana-sini bukan mudah nak bangkit balik dan jadi sepeti sedia kala... Jom semua doakan keamanan dunia, ummat islam sejagat, kemakmuran dalam Malaysia dan doakan kemakmuran dan kemurnian hati untuk diri sendiri... Bye.. Wassalam.

No comments:

Post a Comment