13 September 2011

Merdeka !!!! Merdeka !!! Merdeka


Salam... Alhamdulillah sudah 54 tahun negara Malaysia telah berada dalam keadaan aman dan makmur serta merdeka. Jika di teliti sejarah sebelum terubuhnya negara kita, masyarakat dulu-dulu hidup dalam keadaan tersiksa apabila semua pihak ingin merebut tanah melayu untuk menjadikan negeri jajahan, taklukan dan naungan mereka. Alhamdulillah.. syukur saya dilahirkan dalam keadaan negara aman dan damai. Celik mata sudah ada internet dan teknologi. Namun, jika tidak ada semangat patriotik dalam diri rakyat malasyia, mungkin negara kita akan hancur satu masa nanti,, minta dijauhkan benda begini kan.. Terima kasih keatas pejuang-pejuang kemerdekaan dan pejuang tanah melayu dalam mempertahankan tanah air hingga titisan terakhir. Smoga Allah melindungi roh mereka kerana sanggup berkorban untuk negara demi kesenangan anak-anak cucu serta generasi sekarang.

Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menyatakan hasrat mereka betapa bersyukurnya mereka berapa dalam negara yang merdeka. Golongan artis dengan lagu-lagu dan cerita kemerdekaannya, pendidikan di sekolah dengan sambutan dan pertandingan melukis poster kemerdekaan, dan semua pihak akan mengadakan sambutan hari kemerdekaan untuk mengingati..

sambung nti yerr... salam

Memupuk Semangat Patriotik




“Anak umpama biji benih,
Lontar ke laut menjadi pulau,
Lontar ke udara menjadi kejora,
Lontar ke darat menggunung sasa.”

Sebahagian gurindam di atas menunjukkan peri pentingnya watak remaja bagi sesebuah negara. remaja merupakan tulang belakang sesebuah negara yang bakal menjadi umaak pada masa depan persis kata melayu “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Presiden Parti Indonesia pernah mengatakan bahawa “berikan saya seratus remaja nescaya akan menggoncang dunia”. Pada era pascamerdeka ini, negara kita telah mencapai tahap berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara moden yang lain. Namun begitu, remaja kini perlu disemaikan semangat patriotisme yang mendalam untuk mengekalkan pembangunan negara. Janganlah dilupakan pesanan ahli filsuf Tao yang mengatakan bahawa jika kita ingin hidup setahun, tanamlah gandum, jika kita ingin hidup sepuluh tahun, tanamlah pokok, jika kita ingin hidup selam-lamanya, tanamlah jiwa remaja.

Kepentingan semangat patriotism disemaikan dalam diri remaja ialah meningkatkan mutu
negara. Remaja yang cinta akan tanah air tidak akan melakukan gejala jenayah atau terjerumus dalam kegiatan negatif seperti merokok, menghisap dadah, merogol, merompak dan sebagainya. Sebaliknya, mereka akan mempunyai jati diri yang kukuh dan dapat menunjukkan potensi kecemerlangan diri demi negara tercinta. Mereka akan menguruskan masa mereka dengan melakukan perkara yang berfaedah seperti mengikut aktiviti kokrikulum. Tamsilnya, Nicole Ann David merupakan pemain skuasy antarabangsa yang telah melambungkan nama Malaysia di persada dunia.

Di samping itu, semangat patriotism amat penting untuk menjamin perpaduan kaum dan keharmonian negara. Remaja yang mempunyai semangat patriotism akan saling bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain. Sepertimana yang kita tahu, Malaysia merupakan negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya. “Jiran sepakat membawa berkat”. Secara eksplisit, dengan semangat patriotism yang mendalam, keharmonian negara akan terjamin. Bak kata pepatah, bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu, pelbagai langkah proaktif dan drastik perlu diimplementasikan. Hadis Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa, “anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Nasrani atau Mujabi”. Ibu bapa boleh mendidik agama kepada anak-anak. Hal ini kerana akhlak yang mulia secara langsungnya menunjukkan semangat patriotisme yang kental. Mereka akan mencintai diri sendiri dengan tidak mewujudkan persengketaan antara kaum. Albert Einstein mengatakan bahawa “agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh”. Aristotle juga pernah mengatakan bahawa “adab dan sopan lebih penting daripada makan dan minum”. Dalam pada itu, ibu bapa harus menyemai semangat patriotism dan akhlak yang mulia dalam kalangan remaja. Bertitik tolak daripada itu, kerancakan penduduk jagat raya telah menunjukkan betapa pentingnya kerajaan merupakan jantung negara. Oleh hal yang demikian, remaja diumpamakan umur setahun jagung, darah setampuk pinang, mereka mudah tergelincir daripada landasan keimanan.

Oleh itu, kerajaan harus mengadakan kempen, ceramah dan aktiviti berlandaskan
semangat patriotism kepada remaja dan bukan mengganggapnya sebagai hangat-hangat tahi ayam sahaja. Sebagai contoh, Program Latihan Khidmat Negara atau lebih dikenali dengan PLKN telah membuktikan bahawa program ini berjaya meningkatkan semngat patriotisme dalam jiwa remaja. Melalui program sepanjang tiga bulan tersebut, remaja yang terdiri daripada pelbagai bangsa dapat belajar bertoleransi dan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara satu sama lain. Sehubungan itu, mantan bekas Perdana Menteri Tan Sri Dato Mahathir pernah mengatakan bahawa sekolah merupakan kilang memproses modal insane yang berkualiti untuk menghadapi cabaran pada abad modenisasi ini. Oleh itu, pihak sekolah harus mengambil pelbagai langkah pragmatic untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Sasterawan pernah mengatakan bahawa mencapai cita-cita yang mulia itu mulia. Justeru, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan melukis poster, menulis karangan, pertandingan berdebat dan pertandingan syarahan sempena Hari Kemerdekaan. Hal ini secara implisitnya menggalakkan remaja mencari maklumat tentang hari bersejarah ini. Ini juga akan meningkatkan semangat patriotism dalam kalangan remaja.

Sebagai intiha, untuk mencapai visi kudsi Wawasan 2020, rakyat dan semua pihak berkuasa harus berganding bahu untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Tiada ubat yang tiada penawarnya, langkah-langkah yang dinyatakan di atas pasti akan melahirkan remaja yang mempunyai semangat patriotisme yang mendalam. Ahmad Shauqi Bey pernah mengatakan bahawa sesungguhnya bangsa akan kekal kukuh selagi akhlaknya masih utuh, jika akhlaknya sudah runtuh maka mereka pun akan lenyap. Jadi, akhlak yang utuh juga dapat mewujudkan semangat patriotisme yang kukuh.

Sambutan Hari Raya SMKKD 2011

Salam ukhwah... hari nie cikgu nak share tentang sambutan hari raya peringkat sekolah.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Semua pelajar saya pakai baju raya cantik-cantik. Juadah yang disediakan pun pelbagai dan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang memberikan kerjasama dalam menjayakan sambutan hari raya aidil fitri tahun 2011 ini. Oleh kerana cikgu aisyah adalah guru baru dan guru paling muda di sekolah tuu.. semua orang nak ambik peluang nak bergambar. Memang sporting la students saya tu.. Yelah cikgu chah pun ada pedekatan tersendiri dalam melayan pelajar. Pelajar Tingkatan 1 2 dan 3 saya layan mcm anak dan pelajar menengah atas tingkatan 4 dan 5 tu cikgu chah lebih kepada berkawan. Ok berbalik kepada sambutan raya nie... boleh dikatakan budaya dan tradisi setiap sekolah menyambut hari raya di sekolah sekarang nie. Sekoleh-olah open house la... tapi di sekolah nie kita sambut dengan warga sekolah saja.. Tujuan utama adalah mengeratkan hubungan antara warga sekolah. menggalakkan budaya positif kepada semua pelajar dan merasai nikmat sambutan hari raya selepas sebulan berpuasa . ok jom kita tengok gambar nak...












08 September 2011

Roseku Kembang Mekar seperti Hatiku Jua..

Salam Ukhwah.... Selamat Hari Raya kepada Semua pelawat Blog saya... Thanks dengan sokongan anda semua.... Rasa terharu pula... So hari nie Cikgu Chah akan share dengan korang semua hasil tanaman dan hobi bari cikgu tuuu... Memang menakjubkan ... saya pun tak sangka pokok bunga saya tumbuh cantik dan sihat.... Alhamdulillah kepada anak-anak buah ku Mohd Addy Wildan dan Mohd Adam Amani...yang selalu menyiram pokok bunga ros mak su.....huhuhu...


Sebenarnya sebelum tanam ari tu saya ada buat kajian sedikit dengan kaedah penanaman, baja yang sesuai, tanah yang sesuai dan cara penjagaan... Dan bila diikut semua kaedahnya alhamdulillah... ianya memang subur seperti sesebur rasa cinta dalam diri manusia... Cheee wahhh lama tak jiwang karat nie... Alang2 cakap pasal bunga rose nie apa salahnya selitkan ayat-ayat jiwang kan... Yelah rose nie agak sinonim laa dengan cinta dan hati... Tak gituu kawan-kawannn...

Ok lana gambar duluu jom...