16 June 2010

Sebab-sebab Yang Memasukkan wanita Ke Syurga

Dari Abu Hurairah Radiyaaallhu'anhu dia berkata: Rasullullah saw berkata ' Apabila wanita mendirikan solatnya yang 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan , memelihara kemaluannya dan mentaati suami, maka dia masuk syurga dari pintu-pintu syurga manapun yang dikhendakinya'.


ketahui wahai saudari Muslimahku sesungguhnya Allah mewajibkan kepadamu agar engkau bersuci, mengadap kiblat, dan lalu solat. solat merupakan tiang agama , siapa yang menegakkannya bererti dia menegakkan agama dan siapa yang meninggalkannay bererti dia telah merobohkan agama. Allah telah memperingatkan kita agar tidak menyia-nyiakan solat sebagaimana Firman: Ibnu Abbas: "Makna menyia-nyiakan disini bukan meninggalkan secara total , tetapi mengahkhirkannya waktu".
Kalau ancaman ini dutujukan kepada orang yang mengakhirkan solat, lalu bagaimana pendapatmu dengan orang yang meninggalkan solat sama sekali kepada Allah, bolah jadi sampai tua? Lalu bagaimana dia harus menghadapi Tuhannya? Bagaimana mungkin dia boleh selamat dari siksaan yang pedih??
Allah juga memperingatkan kamu agar tidak menyibukkan diri dalam penggalian harta atau disibukkan oleh anak hinggakan engkau meninggalkan solat sebagaiaman Firmran surah AL-Munafiqun "Zikrullah yang disebut dalam ayat ialah solat 5 waktu , bererti engkau tidak boleh meninggalkan solat kerana urusan jual beli, harata benda mahupun anak."

Perhatikan Firman Allah dalam surah Al- Muddaththir 42-48 tentang Neraka Sakar dan siksaannya yang pedih, kerana orang-orang yang masuk kedalamnya adalah orang yang mengabaikan hak Allah berupa Solat, memberi makanan, tenggelam dalam kebatilan , pendustaan mereka di hari pembalasan. Maka engkau harus perhatikan syarat-syarat yang diperintahkan Allah dan rasul agar solatmu menjadi SAH. Diantaranya ialah:1. Menutup Aurat
2. Mengadap Kiblat
3. Sucikan badan , pakaian dan tempat dari segalam najis
Solat memerlukan rukun-rukun yang merupakan kewajiban , yang tidak sah kecuali dengannya, dan ada pula hal-hal sunat sebagai penguat. Rukun solat adalah:-
1. Niat
2.Takbirratul-Ihram
3.Membaca Al-Fatihah
4.Rukuk
5.Iktidal
6.Sujud
7.bangun dari Sujud
8.Salam

Sedangkan sunat Muakkad ialah :-
1. Membaca surah-sura atau ayat-ayat Al-quran yang dianggap mudah sesudah surah al-fatihah dalam dua rakaat pertama
2.bacaan tasbih dalam rukuk dan sujud
3Bacaan tasmik dan tahmid sesudah bangun dari rukuk
4. Tasyahud
5Selawat keatas nabi.

Kini kita bicarakan sebab kedua yang memasukkan wanita ke dalam syurga. iaitu Puasan Ramadhan. Ketahuilah wanita saudari Mulimahku, bahawa ALlah telah mewajibkan kamu agar melaksanakan puasa Ramadhan sebulan penuh secara sempurna. Puasa ini merupakan salah satu sendi Islam yang lima.

Rukun-Rukun puasa adalah:-
1. Niat sebelum fajar
2 Menahan diri daripada makan dan minum serta bersetubuh pada siang hari


sebab ketiga yang memasukkan wanita ke syurga ialah memelihara kehormatan diri, memiliki rasa malu, dan memperhatikan hijab. dan sebab yang terakhir ialah mentaati suami. Taat kepada suami termasuk akhlak yang baik, yang menjadi sendi atau dasar kehidupanmu dan inti kebahagiaan, dunia dan akhirat.

Selagi engkau berpegang kepada sebab-sebab yang sudah kami hiraukan ini, nescaya engkau akan mendapat keredhaan Allah. Jika Allah reda kepadamu, bererti Dia mencintaimu, dan jika Dia mencintaimu tentulah dia akan memasukkanmu ke dalam syurga-Nya dan menjauhkanmu dari Neraka.

Tanda-Tanda Cinta Berahkir


Salam..... macam mana kawan-kawan dan student yang saya sayangi semua... hari ini cikgu chah ada banyak masa. So cikgu nak share ckit dengan anda semua.. ermmm sekadar mengisi masa-masa yang kosong sebelum mula kerja nanti. erm ada semua pernah bercinta??? Wahhhh indahnyaaaa.... semuanya indah bila bercinta kan... mula-mula tuuu kentut pun manis...hahahaha Tapi lumrah kehidupan le... setiap pertemuan akan adanya perpisahan. So hari ni cikgu chah nak share topik yang akan manarik pada kawan-kawan, terutamanya kepada student-studetn saya yang bercouple2 tu... Tajuknyaaa Tanda-tanda Cinta Berakhir... JOm kita layan.


Sekiranya kamu berasakan hubungan sudah ‘KRITIKAL, cuba lihat tanda-tandanya, supaya kamu tahu apakah hubungan itu masih mampu diteruskan atau tidak.

1. Bila nombor telefon rumah atau handphone si Dia berubah. Sudahlah begitu, kamu tidak diberitahu sama sekali. Di nombor lama, kamu cuma mendengar voice mail yang mengatakan bahwa nombornya sudah berubah.

2. Dia tidak lagi mencari kamu. Kalau dulu setiapkali ada waktu terluang, ia selalu mencari-cari waktu berduaan dengan kamu, sekarang si dia lebih suka menghabiskan waktu terluangnya dengan orang lain atau teman-temannya.

3. Dia pindah rumah … tanpa memberitahu kamu Alasannya, ‘lupa’. Hmmm, ini kamu harus tanya, “Lupa atau buat lupa ?” Ini tanda yang cukup berat, bererti si dia tak mahu berurusan lagi dengan kamu.

4. Bersikap Tidak Peduli Lagi. Tiba-tiba saja si dia tak peduli lagi, kalau kamu merajuk serta tak menaruh perhatian terhadap apa yang kamu (tidak) sukai, dan apa pun yang kamu lakukan. Pendeknya, kamu kamu mahu berontak pun, dia tetap tak peduli.

5. Foto kamu hilang.Foto kamu yang selalunya berada didompet, di meja belajar/kerja, atau dikamarnya sudah tiada lagi Ah, kalaubegini, foto kamu tidak bererti apa-apa lagi, selain nostalgia di dalam laci atau di kotak kasut.

6. Dia lebih senang keluar bersama teman-temannya. Ciri-ciri ini sudah sangat jelas , mana ada kekasih yang lebih suka menghabiskan waktu dengan teman-temannya sendiri berbanding dengan buah hatinya? Sedarlah, kamu bukan lagi Nombor Satu dalam hidupnya.

7. Dia ‘lupa’ hari jadi kamu. Dia tidak lagi ambil berat tentang hari-hari istimewamu. Malah hari jadi kamu yang dulunya disambut dengan penuh istimewa tidak lagi dia ingat. Itu tandanya dia sudah jemu atau bosan dengan kamu.

8. Dia banyak mendiamkan diri Si Dia yang periang dan lucu tiba-tiba menjadi pendiam dan membosankan ketika bersama kamu. Malah dia lebih suka menyendiri dan jarang berkomunikasi dengan kamu walau melalui telefon. Kamu yang penat menelefon dia tetapi dia tidak pernah mahu menelefon kamu lagi.

9. Dia sudah punya kekasih baru. Mahu ditunggu apa lagi? Adakah kamu mahu dimadu? Lupakan saja dia dan carilah orang lain yang lebih menghargai kamudan mencintai kamu .

10. Dia berterus-terang mengatakan segalanya sudah berakhir. Kalau hubungan ini secara jelas disebut SUDAH BERAKHIR oleh kekasih kamu, ertinya memang sudah berakhir. Si Dia terang-terangan menunjukkan minatnya terhadap kamu sudah tidak bererti apa-apa. Lebih baik BERUNDUR dari terus merayu agar hubungan itu diteruskan.




15 June 2010

Jom isi Masa Lapang......

Kelas MENGAYAM Dengan Cikgu Chah

Roses-Love
imikimi - sharing creativity

Kelas TUSYEN.... Dengan Cikgu Chah juga.....


Salam ukhwah dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pengikut dan pembaca blog saya. Erm agak lama saya tidak menghiraukan blog ini huhuhu... Bukan tidak ambik peduli tetapi tidak mempuanyai bahan untuk dikongsikan dengan anda semua buat masa ini. Maklumlah, otak bukannya kering tetapi sudah lama berehat daripada belajar. Namun, perjuangan dan kehidupan mesti diteruskan . Saya mengisi masa lapang yang ada dengan belajar kamahiran, mengadakan kelas tusyen kepada anak-anak jiran dan mengikuti kelas poco-poco ... Ermm nak kurangkan lemak katakan hehehehe... Dengan masa dan peluang yang ada inilah saya ingin berkongsi ilmu dengan anda diluar yang berminat untuk belajar hidup dan meneruskan kehidupan. Bukan nak kata saya ni hebat... xde lahhh.... tapi ilmu yang baik, tidak salah dikongsi bersama....... Jadi, saya nak buat le promosi sikit kepada mereka yang berminat.. boleh hubungi saya terus di Talian 019-9642343. ok jumpa lagi.........


Last Internship Kaunseling

Asaalamualaikum dan salam sejahtera kepada students saya semua....harap sihat selalu... Erm akhirnyaaa saya dapat menamatkan Internship kaunseling dengan lancar. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan untuk saya tamatkan Internship Kaunseling ini. Tidak lupa juga kepada Warga SMK Sungai Soi Puan Pengetuanyaa yang begitu memahami kehendak tugasan pelajar seperti saya. Tidak lupa juga kepada pelajar-pelajar saya yang telah mengadakan sesi dengan saya dan cikgu harapkan korang semua berjaya dalam pelajaran dan menjadi insan berguna.

Namun, di akhir Intership ini saya berasa terharu kerana guru-guru SMK Sungai Soi telah mengadakan jamuan ringkas sebagai majlis perpisahan kami semua. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang ikhlas menerima kami. Namun, saya akui ada juga guru yang kurang ikhlas... Kami dapat merasakan diorang kurang membimbing kami, ermmm dapat elaun free leee dia tuu..... biasa le manusia.... Apa pun, saya agak bersetuju dengan kata-kata pengetua sekolah itu yang berharap kami menjiwai dunia pendidikan agar dapat menjadi guru yang baik dan cemerlang suat hari nanti. Puan pengetua juga meminta kami mengambil ilmu yang baik sahaja dan tinggal-tinggalkan ilmu yang tidak baik di perolehi di sekolah itu aje.... Ermmmm betul juga tuu... saya pun tak berapa hennnginnn nak ambik ilmu yang tidak baik daripada kaunselor pembimbing yang tak berapa membimbing......

Bagi saya, pelajar SMK Sungai Soi adalah pelajar yang berpotensi untuk berkembang maju jika mendapat pendidikan dan ajaran yang baik daripada ibu bapa, guru dan persekitarannya. mereka ingin berkembang dan mahu memajukan diri masing-masing. Namun, ada juga kemahuan mereka tersekaJustify Fullt kerana kurang mendapat pendedahan daripada kaunselor dan guru-guru. Secara peribadi, saya berkecil hati dengan sesetengah guru yang menghalang pelajar mendapat bimbingan kerjaya kerana mengatakan bimbingan kerjaya tidak penting.. Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan pelajar tiada matlamat datang ke sekolah kerana tidak mempunyai matlamat dan hala tuju kerjaya yang jelas. Sekali fikir.,mahu saja saya buat sesi kaunseling dengan guru tersebut hehehe.... paling sedih, ada juga guru atau pengetua yang menghalang budak-budak praktikum menjalani sesi kaunseling pada waktu persekolahan.... Ermmmm kesiannn leee kepada pelajar-pelajar yang ingin mendapat bantuan kerana tidak dapat membantu diri sendiri dalam menyelesaikan masalah, tidak dapat mengembangkan potensi dan tidak dapat meningkatkan kemahiran daya tindak kerana banyak sangat kerenah orang-orang yang tak faham ilmu kaunseling niee..... Apa pun, saya mendoakan semua warga sekolah bahagia dan ceria selalu....


Freddy, Akili Firdaus, Aisyah, Husna, Wana, Syereeda

Cikgu-cikgu bergaya santai..