15 June 2010

Last Internship Kaunseling

Asaalamualaikum dan salam sejahtera kepada students saya semua....harap sihat selalu... Erm akhirnyaaa saya dapat menamatkan Internship kaunseling dengan lancar. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan untuk saya tamatkan Internship Kaunseling ini. Tidak lupa juga kepada Warga SMK Sungai Soi Puan Pengetuanyaa yang begitu memahami kehendak tugasan pelajar seperti saya. Tidak lupa juga kepada pelajar-pelajar saya yang telah mengadakan sesi dengan saya dan cikgu harapkan korang semua berjaya dalam pelajaran dan menjadi insan berguna.

Namun, di akhir Intership ini saya berasa terharu kerana guru-guru SMK Sungai Soi telah mengadakan jamuan ringkas sebagai majlis perpisahan kami semua. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang ikhlas menerima kami. Namun, saya akui ada juga guru yang kurang ikhlas... Kami dapat merasakan diorang kurang membimbing kami, ermmm dapat elaun free leee dia tuu..... biasa le manusia.... Apa pun, saya agak bersetuju dengan kata-kata pengetua sekolah itu yang berharap kami menjiwai dunia pendidikan agar dapat menjadi guru yang baik dan cemerlang suat hari nanti. Puan pengetua juga meminta kami mengambil ilmu yang baik sahaja dan tinggal-tinggalkan ilmu yang tidak baik di perolehi di sekolah itu aje.... Ermmmm betul juga tuu... saya pun tak berapa hennnginnn nak ambik ilmu yang tidak baik daripada kaunselor pembimbing yang tak berapa membimbing......

Bagi saya, pelajar SMK Sungai Soi adalah pelajar yang berpotensi untuk berkembang maju jika mendapat pendidikan dan ajaran yang baik daripada ibu bapa, guru dan persekitarannya. mereka ingin berkembang dan mahu memajukan diri masing-masing. Namun, ada juga kemahuan mereka tersekaJustify Fullt kerana kurang mendapat pendedahan daripada kaunselor dan guru-guru. Secara peribadi, saya berkecil hati dengan sesetengah guru yang menghalang pelajar mendapat bimbingan kerjaya kerana mengatakan bimbingan kerjaya tidak penting.. Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan pelajar tiada matlamat datang ke sekolah kerana tidak mempunyai matlamat dan hala tuju kerjaya yang jelas. Sekali fikir.,mahu saja saya buat sesi kaunseling dengan guru tersebut hehehe.... paling sedih, ada juga guru atau pengetua yang menghalang budak-budak praktikum menjalani sesi kaunseling pada waktu persekolahan.... Ermmmm kesiannn leee kepada pelajar-pelajar yang ingin mendapat bantuan kerana tidak dapat membantu diri sendiri dalam menyelesaikan masalah, tidak dapat mengembangkan potensi dan tidak dapat meningkatkan kemahiran daya tindak kerana banyak sangat kerenah orang-orang yang tak faham ilmu kaunseling niee..... Apa pun, saya mendoakan semua warga sekolah bahagia dan ceria selalu....


Freddy, Akili Firdaus, Aisyah, Husna, Wana, Syereeda

Cikgu-cikgu bergaya santai..

No comments:

Post a Comment