13 September 2011

Memupuk Semangat Patriotik




“Anak umpama biji benih,
Lontar ke laut menjadi pulau,
Lontar ke udara menjadi kejora,
Lontar ke darat menggunung sasa.”

Sebahagian gurindam di atas menunjukkan peri pentingnya watak remaja bagi sesebuah negara. remaja merupakan tulang belakang sesebuah negara yang bakal menjadi umaak pada masa depan persis kata melayu “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Presiden Parti Indonesia pernah mengatakan bahawa “berikan saya seratus remaja nescaya akan menggoncang dunia”. Pada era pascamerdeka ini, negara kita telah mencapai tahap berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara moden yang lain. Namun begitu, remaja kini perlu disemaikan semangat patriotisme yang mendalam untuk mengekalkan pembangunan negara. Janganlah dilupakan pesanan ahli filsuf Tao yang mengatakan bahawa jika kita ingin hidup setahun, tanamlah gandum, jika kita ingin hidup sepuluh tahun, tanamlah pokok, jika kita ingin hidup selam-lamanya, tanamlah jiwa remaja.

Kepentingan semangat patriotism disemaikan dalam diri remaja ialah meningkatkan mutu
negara. Remaja yang cinta akan tanah air tidak akan melakukan gejala jenayah atau terjerumus dalam kegiatan negatif seperti merokok, menghisap dadah, merogol, merompak dan sebagainya. Sebaliknya, mereka akan mempunyai jati diri yang kukuh dan dapat menunjukkan potensi kecemerlangan diri demi negara tercinta. Mereka akan menguruskan masa mereka dengan melakukan perkara yang berfaedah seperti mengikut aktiviti kokrikulum. Tamsilnya, Nicole Ann David merupakan pemain skuasy antarabangsa yang telah melambungkan nama Malaysia di persada dunia.

Di samping itu, semangat patriotism amat penting untuk menjamin perpaduan kaum dan keharmonian negara. Remaja yang mempunyai semangat patriotism akan saling bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain. Sepertimana yang kita tahu, Malaysia merupakan negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya. “Jiran sepakat membawa berkat”. Secara eksplisit, dengan semangat patriotism yang mendalam, keharmonian negara akan terjamin. Bak kata pepatah, bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu, pelbagai langkah proaktif dan drastik perlu diimplementasikan. Hadis Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa, “anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Nasrani atau Mujabi”. Ibu bapa boleh mendidik agama kepada anak-anak. Hal ini kerana akhlak yang mulia secara langsungnya menunjukkan semangat patriotisme yang kental. Mereka akan mencintai diri sendiri dengan tidak mewujudkan persengketaan antara kaum. Albert Einstein mengatakan bahawa “agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh”. Aristotle juga pernah mengatakan bahawa “adab dan sopan lebih penting daripada makan dan minum”. Dalam pada itu, ibu bapa harus menyemai semangat patriotism dan akhlak yang mulia dalam kalangan remaja. Bertitik tolak daripada itu, kerancakan penduduk jagat raya telah menunjukkan betapa pentingnya kerajaan merupakan jantung negara. Oleh hal yang demikian, remaja diumpamakan umur setahun jagung, darah setampuk pinang, mereka mudah tergelincir daripada landasan keimanan.

Oleh itu, kerajaan harus mengadakan kempen, ceramah dan aktiviti berlandaskan
semangat patriotism kepada remaja dan bukan mengganggapnya sebagai hangat-hangat tahi ayam sahaja. Sebagai contoh, Program Latihan Khidmat Negara atau lebih dikenali dengan PLKN telah membuktikan bahawa program ini berjaya meningkatkan semngat patriotisme dalam jiwa remaja. Melalui program sepanjang tiga bulan tersebut, remaja yang terdiri daripada pelbagai bangsa dapat belajar bertoleransi dan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara satu sama lain. Sehubungan itu, mantan bekas Perdana Menteri Tan Sri Dato Mahathir pernah mengatakan bahawa sekolah merupakan kilang memproses modal insane yang berkualiti untuk menghadapi cabaran pada abad modenisasi ini. Oleh itu, pihak sekolah harus mengambil pelbagai langkah pragmatic untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Sasterawan pernah mengatakan bahawa mencapai cita-cita yang mulia itu mulia. Justeru, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan melukis poster, menulis karangan, pertandingan berdebat dan pertandingan syarahan sempena Hari Kemerdekaan. Hal ini secara implisitnya menggalakkan remaja mencari maklumat tentang hari bersejarah ini. Ini juga akan meningkatkan semangat patriotism dalam kalangan remaja.

Sebagai intiha, untuk mencapai visi kudsi Wawasan 2020, rakyat dan semua pihak berkuasa harus berganding bahu untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Tiada ubat yang tiada penawarnya, langkah-langkah yang dinyatakan di atas pasti akan melahirkan remaja yang mempunyai semangat patriotisme yang mendalam. Ahmad Shauqi Bey pernah mengatakan bahawa sesungguhnya bangsa akan kekal kukuh selagi akhlaknya masih utuh, jika akhlaknya sudah runtuh maka mereka pun akan lenyap. Jadi, akhlak yang utuh juga dapat mewujudkan semangat patriotisme yang kukuh.

No comments:

Post a Comment