03 February 2011

Santai Minda pada tahun Baru Cina

Salam 2 all...
harap rakan-rakan semua sihat dan dirahmati Allah swt. Macam mana dengan cuti sambutan tahun baru cina niee.... kemana anda semua... jalan-jalan ke?? plan apaaa yerr.... Ermm kepada students ku tang tersayang.... macam mana dengan kerja rumah yang cikgu bagi? sudah siap ke belummm???huhuhuh...

Ermmm pada awalnyaa saya merancang ingin ke KL, tapi keadaan tidak mengizinkan saya berjalan pada cuti kali ini... Jadi lepas-lepak di Kota Bharu ajeee laaa.... Sebelum itu, sy mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa-mangsa kekecohan di Mesir... Banyak pengajaran yang daoat dipetik daripada kisah pemerintahan kuku besi Husni Mubarak.... Semoga ada hikmah dengan apa yang berlaku.... Ermmm berbalik kepada pelajar-pelajar saya tadi.... Di waktu senggang begini alangkah baiknya jika anda semua mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah dan memberi kebaikan kepada diri sendiri.... Jadi topik perbincangan saya pada kali ini ialah Aktiviti pada masa lapang.... Sekarang ni.... saya berada di cafe Hayaki 1 kota bharu kelantan.... Ermmm sambil membaca blog, intai-intai fb dan menulis blog, cikgu terfikir untuk berkongsi aktiviti yang boleh anda semua lakukan pada pasa lapang dan aktiviti di masa Senggang di rumah atau di mana saja

Aktiviti Masa Senggang

Pelajar yang bijak dalam menguruskan masa, akan menggunakan seluruh masa yang ada dalam sehari dengan aktiviti yang manfaat. Ramai orang yang suka membiarkan masa senggang dengan tidak melakukan aktiviti berguna. Apakah itu masa senggang? Masa senggang ialah masa yang biasanya kurang daripada 1/2 jam dan sering belalu begitu sahaja tanpa digunakan oleh pelajar. Contohnya:
  1. semasa pelajar menunggu bas untuk pergi dan balik dari sekolah
  2. semasa pelajar di dalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah
  3. sebelum guru masuk kelas
  4. waktu di antara kuliah untuk pelajar universiti
  5. semasa menunggu kelas amali atau tutorial dijalankan
  6. semasa lepas makan di waktu rehat

Sumber:

Dr. Hanafi Ismail (2005). Pengurusan Masa Pelajar. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.



Cara-cara Remaja untuk Mengisi Masa Lapang

Berdasarkan kata Orison Swett, setiap hari masa mengunjungi kita seperti sahabat yang datang membawa hadiah-hadiah yang berharga. Apabila hadiah itu tidak kita terima, maka ia akan pergi dan tidak akan kembali lagi. Oleh itu, remaja perlu melakukan aktiviti yang bermanfaat untuk mengisi masa lapang.
Contoh aktiviti yang bermanfaat ialah gotong-royong di sekolah bersama-sama dengan guru-guru dan rakan sekolah atau di kawasan perumahan dengan jiran yang berdekatan. Melalui aktiviti tersebut, ia akan merapatkan hubungan antara satu sama lain dan dapat mengindahkan alam sekitar.
Menyertai aktiviti kokurikulum seperti kawat kaki boleh memupuk sikap yang berdisiplin sifat kepimpinan. Ia juga boleh menambah markah kokurikulum yang membantu kita meneruskan pelajaran ke universiti kelak.
Selain itu, membuat senaman atau senam robik dengan beramai-ramai rakan atau jiran. Kita juga boleh mengenal kawan yang baru kerana selalu berjumpa dengan satu sama lain. Tidak peduli bersenam di mana ataupun membuat apa aktiviti senaman, terpentingnya kita ada membuat senaman.
Perbincangan serta berkumpulan dengan kawan-kawan baik akan mengecepatkan proses belajar dan meningkatkan hasil dalam belajar. Jika menghadapi sebarang pertanyaan dalam kerja rumah, kita boleh membincang bersama-sama kumpulan dan cari jawapan soalan itu. Tidak perlu berasa segan untuk bertanya kawan atau garu kerana ‘Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut’.
Pendek kata, aktiviti beriadah mempunyai banyak manfaatnya dan patut dijadikan amalan. Oleh itu, remaja boleh mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah untuk mengelakkan diri daripada aktiviti jenayah.

Jadi, saya akan sambung lagi dengan pelabagai aktiviti yang menarik untuk diisi bagi seorang remaja dan pelajar sekolah supaya masa dapat terisi dengan baik yerrr.... Masa itu emas, jadi cikgu menasihat anda semua supaya dapat memanfaatkan masa yang ada kini untuk kebaikan pada masa hadapan inysaallah..
k wassalam..

No comments:

Post a Comment