04 February 2011

Hendaklah kamu beramar ma'ruf dan bernahi munkar

Hukum asal percampuran /pergaulan antara perempuan dgn lelaki adalah HARAM. Maka kita boleh bayangkan sendiri betapa ketat islam menggariskan hukum bila melibatkan kedua-dua kelompok ini.Tetapi dengan kewujudan sebab musabab yg mendesak, maka islam membenarkan percampuran/ pergaulan yg melibatkan mereka tetapi tidaklah bermakna islam senasakhkan/membatalkan hukum asal iaitu haram…cuma islam memberi kelonggaran/rukhsah/ pengecualian memandangkan kepada urusan penting yg patut dibereskan utk tujuan kemaslahatan.

Pun begitu, kelonggaran yg diberi oleh islam ini adalah beserta dengan etika-etika yg ketat yg perlu dipatuhi kerana dengan berlangsungnya pergaulan telah membuka lebih banyak ruang utk berlakunya fitnah dan penyelewengan. Antara etika-etika yg digariskan termasuklah etika berpakaian, menjaga pandangan, tidak melembut-lembutkan suara, bercakap sekadar perlu, berteman tidak hanya berdua-duaan, dll yg kita boleh rujuk drp mana-mana buku berkaitan adabpergaulan antara muslimin dan muslimat. Berlonggar-longgar dengan etika yg telah digariskan ini akan mengundang ujian dan fitnah yg kelak akan memburukkan nama baik dan maruah diri, dan selalunya wanitalah yg sering mendapat title yg buruk. Sebab itu, dalam bab ini, islam menganjurkan kaedah: Prevention is better than cure.

Buktinya, Allah mengariskan di dalam Al-Quran yg suci:” Dan janganlah kamu mendekati zina…” that’s mean… kaedah islam adalah menutup terlebih dahulu jalan-jalan yang menjurus kepada berlakunya zina. Bercakap mengenai cinta, benda cinta ni benda yg tak boleh dibuat-buat….tapi kalau disogok saban hari, ia boleh tumbuh juga, tapi tak naturallah. Cinta adalah anugerah tuhan kepada hambanya dan islam sebenarnya mengiktiraf cinta.islam agama fitrah…dia akan bagi apa-apa yg match dgn fitrah manusia, cumanya dia menggariskan cara.

Cinta adalah suatu perasaan yg sangat berat….Sebab tu kemuncak hubungan antara seorang hamba dgn tuhannya adalah cinta dan harap…. Bukannya melakukan sesuatu atas tolakan rasa tanggungjawab semata-mata bahkan beribadat sebab cinta…dan payah nak capai tahap ni… Jangan bercinta selagi tidak bersedia utk berkahwin.Sebaik-baiknya bercinta selepas kahwin…tu yg sebaik-baiknya, tapi kalau dah jatuh cinta dahulu…. Kena banyak berhati-hati kalau mahu selamat sebab dalam bab ni…. Ramai yg kecundang. Orang yg warak pun belum tentu lulus.

Sebab tu, bab bercinta ni kena betul-betul serius.Jangan fikir utk keseronokan semata-mata. Sedikit kepincangan dalam hubungan ini akan membuahkan kesan yang signifikan kpd generasi yg bakal dilahirkan. Sebab tu, dinasihatkan….Bagi yg bercinta sebelum kahwin….Seboleh-bolehnya, wajibkan diri utk solat taubat setiap malam waktu qiamullail…itupun belum jamin dapat jaga betul-betul perhubungan yg berlangsung mengikut guideline yg telah ditetapkan. Dalam apa jua bentuk hubungan antara wanita dan lelaki, hatta dalam perkara kebaikan sekalipun, kalau rasa seronok…there’s something wrong.Yang tu kena taubat sebab walaupun dalam hal kebaikan, bila dah rasa seronok and lepas tu tak taubat…dibimbangi akan berlaku penyelewengan niat dan seterusnya penyelewengan yg lain-lain lagi.

Firman Allah swt: “Barangsiapa yg berpaling drp pengajaran tuhan yang Maha Pemurah (al_Quran), Kami adakan baginya syaitan (yg menyesatkan) maka syaitan itulah yg menjadi teman yg selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan-syaita itu benar-benar menghalangi mereka dr jalan yg benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk.” Az-Zukhruf:36&37

Kalau sekadar suka sebab ada daya tarikan sesuatu pada diri seseorang tu,baik fikir masak-masak. Sebab sekali terjerumus, payah kita nak undur balik. .hanya kerana cinta… sebuah gerakan mampu ranap…walaupun gerakan tersebut tegak di atas dasar mahu menegakkan hak-hak Allah di kampus. Begitulah besarnya implikasi bercinta kalau tak kena gaya.Apatah lagi…kalau orang yg bercinta tanpa mengambilkira guideline yg telah ditetapkan macam yg banyak berlaku di kampus-kampus sekarang. So, kesimpulannya…hukum asal pergaulan antara lelaki perempuan adalah HARAM tetapi dengan wujudnya desakan –desakan urusan yg penting, islam memberi pengecualian tetapi bukan pengecualian total bahkan, disertakan etika-etika yg ketat. Mengenai kita yg berdepan dgn kelakuan kawan-kawan yg dating, atau budaya belangkas ni… di situ ada tanggungjawab yg jatuh di atas pundak kita.Rasulullah saw bersabda: “ Barangsiapa melihat suatu kemungkaran hendaklah merubah dgn tangannya.Apabila tidak mampu, hendaklah dengan lidahnya (ucapan), dan apabila tidak mampu juga hendaklah dgn hatinya danitulah selemah-lemah iman.” (HR Muslim)

Penjelasan: Dgn hati ertinya tindakan aktif dan bukan pasif. Dalam konteks ni, apa yg tertaklif atas seseorang muslim adalah : AMAR MA’RUF NAHI MUNKAR. Dan benda ni tak boleh buat sorang-sorang….perlu berjamaah.Islam tak tegak atas dasar individu tetapi atas dasar jamaah. Islam yg nabi bawa ni pun bukan atas usaha nabi sorang, tapi bersama umat muslimin seluruhnya. Dalam bab ni, kena tahu banyak sirah nabi… sebab kita nak ikut jalan nabi….so, kenalah hadam apa yg nabi lalui baik dari segi tindakan, usaha, peringkat-peringkat yg nabi lalui,pengajaran, ,mehnah dan kesusahan yg nabi rasa, bila pertolongan Allah tiba dll.

Tidak ada seorang muslim pun terlepas drp tanggungjawab ini walau di mana dia berada, title apa dia miliki, di bawah akta apa…. Apa-apalah….kena cegah jugak kemungkaran ,tapi tak semestinya satu cara. Mungkin pendekatan di suatu-suatu tempat berbeza dgn tempat lain….tengok kesesuaianlah… sebab tu islam tekankan: “ Maka serukanlah mrk kpd jalan tuhanmu dengan hikmah…” Hikmah maknanya BIJAK….Bukan terhad kepada lemah-lembut shj sptmana yg ramai orang faham… itu bukan faham tuu…. Itu salah faham…Rasulullah saw pernah bersabda:

a)“ Jihad yg paling afdhal ialah menyampaikan perkataan yang adil di hadapan pemerintah yg zalim ..” (HR Ath Thusi dan Ashhabus Sunan)

b) “Hendaklah kamu beramar ma’ruf dan bernahi munkar.Kalau tidak, maka Allah akan menguasakan atasmu orang-orang yg paling jahat di antara kamu, kemudian orang-orang yg baik-baik di antara kamu berdoa dan tidak dikabulkan doa mereka)”(HR Al Bazzar)

c) “Akan tetap ada dr segolongan umatku yg menegakkan perintah Allah.Tidak menghambat dan tidak mengecewakan mrk orang-orang yg menentangnya sampai tiba keputusan Allah. Mereka masih tetap teguh (mantap) baik dalam sikap mahupun pendiriannya.” (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Masih banyak hadith-hadith yg sebut pasal benda ni, cuba kita rujuk buku-buku berkaitan utk lebih kefahaman…dan bilangan hadith berkaitan yg banyak secara tidak langsung menunjukkan peripentingnya konsep ini dalam Islam. Sekian..


No comments:

Post a Comment