24 February 2011

Skim Lencana Anti Dadah SMK Ayer Lanas Tahun 2011

logo SLAD

Pengenalan
Skim Lencana Anti Dadah adalah satu usaha terancang untuk melibatkan ahli-ahli persatuan berpakaian seragam sekolah menengah dalam aktiviti anti dadah di sekolah dan akhirnya di masyarakat luar.


Visi
Sistem Pengurusan Skim Lencana Anti Dadah yang sistematik dan berkesan.

Misi
Membentuk dan melahirkan iansan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi,rohani, inteleks dan boleh menjadi diri dan rakan-rakan dari dadah berdasarkan falsafah Skim Lencana Anti Dadah.


Objektif
§ Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menyampaikan mesej anti dadah.
§ Dapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej anti dadah kepada rakan sebaya, ahli keluarga dan sahabat handai.
§ Menolong rakan sebaya yang mempunyai risiko tinggi, supaya berhubung dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling.
§ Memberi khimat sukalera dalam aktiviti anti dadah apabila tamat persekolahan.

Falsafah
“ JADILAH SEBAHAGIAN DARI PENYELESAI KEPADA MASALAH,BUKAN MENJADI MASALAH”

Matlamat
Skim Lencana ini adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar yang menyertai:
§ Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan mesej anti dadah
§ Dapat memainkan peranan sebagai orang berpengaruh (influeneers) dalam menyampaikan mesej anti dadah di kalangan rakan sebaya, ahli keluarga dan masyarakat.
§ Dapat menghayati aktiviti pencegahan dadah melalui amali anti dadah.
§ Menolong rakan-rakan sebaya yang mempunyai “ risiko tinggi ”supaya berhubung dengan guru bimbingan dan menjadi kaunselor rakan sebaya.
§ Berkhidmat secara sukarela dalam aktiviti anti dadah apabila tamat persekolahan/ pengajian.
§ Mata dan telinga.
SENARAI TUGAS GURU SLAD
1. Menyelaras, merancang , melaksana dan menilai aktiviti Skim Lencana Anti dadah (SLAD) di sekolah
2Memilih seramai 30-40 orang pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 daripada unit beruniform sebagai ahli SLAD
3Melaksanakan kurikulum SLAD dengan berpandukan buku log yang dibekalkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
3.1 Teori dan Amali
3.2 Perkhemahan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)
3.3 Aktiviti carnival Seni Pendidikan Pencegahan Dadah
4Mengedarkan buku-buku log SLAD kepada ahli dan menyelaraskan aktiviti SLAD untuk tempok satu hingga dua tahun.
5Menyemak serta menilai buku log dan buku skrap ahli SLAD
menyelaras dan menguirus ujian SLAD
5Mengurus penganugerahan sijil dan lencana kepada ahli SLAD yang layak
7Menebatu setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dalam melaksanakan aktiviti PPDa di peringkata sekolah
8Berkerjasama dengan semua unit di sekolah dalam melaksanakan program SLAD di sekolah
9penyertaan program/ aktiviti SLAD anjuran PPD, JPN dan KPM
10Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pengetua dari masa ke semasa.

KONSEP SLAD
Skim Lencana Anti Dadah adalah merupakan satu langkah jangka panjang untuk memupuk semangat dan sikap bencikan dadah di kalangan penuntut-penuntut sekolah. Skim ini adalah merupakan satu usaha pendidikan pencegahan awal untuk mencegah penularan masalah dadah di kalangan pelajar-pelajar. Walaupun adalah pelajar sekolah yang terlibat dalam perbuatan menyalahgunakan dadah, tetapi penglibatan mereka masih dapat dikawal dan kebanyakan hanya pada peringkat mencuba-cuba dadah sahaja. Oleh itu program ini adalah satu program yang cuba menyekat dan akhirnya menghapuskan perbuatan menyalahgunakan dadah di kalangan pelajar-pelajar. Segala penerangan yang diberikan kepada peserta skim ini adalah untuk menerangkan secara menyeluruh ancaman dan bahaya penggunaan dadah untuk mewujudkan persefahaman yang tinggi di kalangan penuntut-penuntut sekolah terhadap masalah dadah di Malaysia.Skim ini adalah menggunakan pengaruh teman sebaya (peer group influence) untuk menyampaikan mesej anti dadah dan melibatkan murid-murid yang menganggotai Pasukan Pakaian Seragam di sekolah masing-masing. Pengetahuan yang diperoleh menerusi penyertaan dalam skim ini akan membolehkan mereka untuk memainkan peranan yang lebih berkesan dalam mencegah penggunaan dadah di kalangan rakan-rakan sekolah, teman-teman sebaya, keluarga, sahabat-handai dan sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan mereka. Penuntut yang menyertai skim ini akan dapat berinteraksi secara berkesan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah, misalnya dapat memujuk atau meyakinkan pelajar yang bermasalah itu berjumpa dengan guru bimbingan atau sesiapa sahaja yang difikirkan dapat membantu menyelesaikan masalah pelajar berkenaan.Selain itu, anggota pasukan seragam yang telah menerima Lencana atau Sijil Anti Dadah ini boleh terus berkhidmat kepada masyarakat selepas tamat tempoh persekolahan; umpamanya sebagai ahli panel penceramah, kaunselor dalam program seliaan lanjutan bekas penagih atau sebagai sukarelawan dalam aspek tindakan anti dadah yang lain.Aktiviti dalam program Skim Lencana Anti Dadah ini adalah merupakan satu daripada pelbagai aktiviti pasukan pakaian seragam berkenaan. Untuk menimbulkan rasa penglibatan bersungguh-sungguh dalam Program Skim Lencana itu, anggota-anggota Pasukan Pakaian Seragam yang menyertai skim ini dikehendaki lulus dalam ujian-ujian dan melakukan kerja-kerja praktikal, barulah dianugerahkan Lencana Anti Dadah. Lencana Anti Dadah ini adalah merupakan penghargaan kepada penglibatan pelajar-pelajar itu dalam aktiviti anti dadah. Mereka boleh memakai lencana itu sebagai satu daripada lencana-lencana kemahiran.

No comments:

Post a Comment