13 February 2011

Karnival Jom Masuk U di Kota Bharu Centre

Cikgu Chah and student tersayang..

Salam u all,
mcm mana kawan-kawan dan pelajarku sekalian..harap sihat dan sejahtara selalu.. Semalam cikgu hantar pelajar cikgu seramai 42 orang ke karnival Jom Masuk U yang diadakanm di KBC sebelah stadium Mohammad ke-4 KB... Ermm ramai yang datang melawat Karnival Jom Masuk U padakali ini.. Sampiakan laluan keluar masuk pun sesak dengan pelajar, guru-guru dan pengunjung lain. Keadaan ini menunjukkan komitmen dan kesungguhan Jabatan dan Kementerian Pelajaran untuk memastikan anak-anak watan kita mendapat pendadahan awal dalam hala tuju masing-masing. Daripada pihak Universiti pula, mereka juga memberikan kerjasama yang baik dengan menyediakan bahan-bahan yang sesuai untuk pengetahuan Am pelajar dan pelawat seperti ibu bapa dan guru...

Errmmm saya memang la suka datang ke tempat macam ni .. namun kelemahan yang jelas saya dapat lihat ialah, karnival yang gempak macam ni tidak muat untuk menampung pelawat yang ramai... Oleh kerana promosinya hebat maka pengunjung datang berduyung-duyung laaa mak cikkk kiahhh oii.... Alkisahnyaaa... ruangan nyaaa tak muat laaa, sampaikan ada yang bertolak-tolak macam naik bas pula... Ermm tak sanggup pula saya nak berebut dengan pelajar... apa pun saya sempat sampai beberapa gerai sahaja.. Itu pun dah 4 5 bag dapat maklumat.

Ehemmm saya pun tak melepaskan peluang untuk membawa pelajar saya dengan karnival yang berguna seumpama ini.. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Mohd Fathir dan Isteri, Cikgu Nik Norhafizah dan suami kerana mengorbankan masa untuk membawa pelajar ke Kota Bharu demi menyahur seruan Tugas. Oleh kerana kami semua adalah kaunselor yang berjasa dan terajin huhuh dalam kurungan terlebih rajin, maka kami sahut seruan ini..huhu...

Taklimat Kerjaya olah pegawai PTPL

Ermm Cikgu Fathir memang kaunselor yang memahami kehendak pelajar, jadi dalam lawatan ini, dia dah faham yang pelajarnya akan membuat muka tak malu dengan meminta nak g sana laa... nak g sini la... Jadi, Cikgu fathir pun dengan berat hati dan dalam hati bimbang jugak nak melepaskan anak murid kesayangan mereka ke KB MALL selepas lawatan kerjaya ke kolej PTPL Kota Baru. Paling terharu ialah, Puan Irham iaitu pegawai yang incharge lawatan ini menyambut kedatangan pelajar SMK AYer Lanas dan gurunya dengan seuyuman manis dan ada jamuan makan lagii... ewahhh gitu... lain kali boleh datang lagi ni... Bisik cikgu Fathir pada kawan-kawan seangkatan dengannya (saya dan fizah leee hehe)Selepas makan, pegawai memberikan taklimat kerjaya yang berkaitan kepada pelajar tingkatan 6 yang datang ke kolej mereka pada hari ini... Seterusnya, mereka semua dibawa melawat tempat-tempat menarik di Kolej seperti perpustakaan, bilik kuliah, student centre dan lain-lain la... Promosi besar-besarannn laa katakan untuk pelajar kita... mana lah tau kot-kot ada yang tersangkat dengan Kolej tu lepas Tingkatan 5 dan 6 nanti...

Oklah... u all layan gambar dulu k... insyaallah ada masa cikgu akan catat apa yang perlu lagi k.. bye wassalam..

No comments:

Post a Comment