25 September 2014

MASTER SAINS KAUNSELING UUM

Assalamualaikum kawan-kawan.... apa khabar??? Harapan saya kalian semua sihat... alhamdulillah... hari ini cikgu ada masa untuk menghantar post tentang Master Sains Kaunseling UUM.. Untuk pengetahuan pelajar saya, pembaca dan rakan rakan yang disayangi... Cikgu Aisyah sekarang sudah menjadi student Universiti balik dahhh.... masuk kuliah untuk sambung pengajian dalam bidang kaunseling... Ermm Tujuan Utama saya sambung master nie kenapa yer.. ermmm mestilah mahu Meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang kaunseling.. kenapa nak tambah lagi ?? hal ini kerana Kepakaran seseorang kaunselor merupakan elemen penting dalam keberkesanan sesi kaunseling ( Witson & Coker, 2000). Selama 4 tahun saya telah berjuang dan berhijrah ke Tanjong Malim untuk menuntut ilmu dalam bidang pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Bermacam ilmu yang saya perolehi, bukan setakat ilmu dan kemahiran kaunseling malah ilmu pengurusan diri, psikologi perkembangan, personaliti manusia,  ilmu komunikasi, (soft-skill) dan ilmu bermusafir huhuhu.... Sekarang saya masih lagi bertugas sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah. Jadi, ilmu yang cikgu belajar dulu sudah pun cikgu terapkan di sekolah malah diterapkan juga dalam kehidupan... Alhamdulillah... sekarang cikgu merasakan untuk menjadi Guru Kaunseling yang baik.. malah insan yang terbaik terutamanya untuk anak-anak didik, cikgu perlu mempunyai 3 perkara penting dalam hidup..iaituuu  ILMU PENGETAHUAN, KEMAHIRAN  DAN KREATIVITI ( Treasury Board Of Canada ,2000).  Secara Umum kecemerlangan seseorang individu amat bergantung kepada 3 perkara diatas. Tambah-tambah lagi untuk cikgu aisyah berhadapan dengan dunia yang moden tanpa sempadan, anak-anak murid yang hidup dalam era globalisasi kini.. Jadi, pendekatan kaunseling dan kemahiran mestilah up dan mengikut arus kemodenan gituuuu kikiki...

Ermmm satu lagi. selain ilmu pengetahuan, kemahiran dan kreativiti... kesepaduan antara ketiga3 ciri ini dengan aspek personaliti turut menjadi aspek penting bagi seseorang kaunselor itu kompeten kerana menurut Boyatzis (1982), aspek- aspek seperti kebolehan, keupayaan, tret personaliti, dan sikap juga merupakan faktor- faktor yang menentukan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas.

Dengan itu, cikgu berharap usaha murni cikgu ini berjaya dengan baik dan dipermudahkan Allah dalam segala urusan pembelajaran... Doakan cikgu yer anak-anak... 


Satu lagi hasrat dan impian cikgu sambung master adalah kerana ingin memberikan sumber inspirasi kepada anak cikgu Nur Alya Maisara yang kini berumur 2 tahun 6 bulan... Semoga anak kecil ini juga akan menghargai ilmu dalam kehidupannya.. Insyaallah 2016 sekali lagi saya ingin memakai pakaian rasmi Majlis Konvokesyen sekali lagi dalam hidup.. Bersama keluarga pula tuu...hahaha...
k Jumpa lain post..wassalamm

1 comment:

  1. Sumber inspirasi! Nti bleh la kita share2 knowledge, sy juga sdg menyambung plajaran dlm bidang yg sama ;-)

    ReplyDelete