23 November 2010

Kaunselor Di Hari Pertama

SMK Ayer lanas, Jeli Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan semua... harap sihat kendaknyaa.. masih belum sempat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Korban... Sudah lama saya tidak menulis blog rasanya.. Hari ni adalah hari pertama saya melaporkan diri di SMK Ayer lanas. Saya sangat berbangga kerana dapat memulakan tugas sebagai seorang Kaunselor pelajar di sekolah yang hebat kerana mempunyai guru-guru dan pengetua yang hebat. Namun, untuk sampai ke sekolah tu 2 kali juga saya sesat.. maklumlah guna jalan shot cut last-last, jadi long cut sebab sesat huhuhuhu . Bila sampai kat pintu pagar sekolah.. wahhh besarnya sekolah ini.... dengan bangga saya melangkah ke masuk ke sekolah walaupun lewat sampai..huhuhu... control ayu beb.... Tempat pertama yang saya cari ialah pejabat sekolah, alhamdulillah sampai juga aku di pejabat pentadbiran sekolah ini.. Guru besar menyambut kedatanganku dengan ucapan tahniah kerana dapat ditempatkan di sekolah kesayangan Dato Mustafa Mohammad ini... Setelah melaporkan diri, saya terus jumpa kerani dan berkenalan dengan staf pantadiran sekolah ini.. ermm thanks kepada semua staf yang menyambut kedatangan kami dengan senyuman dan layanan yang baik sekali.

Selepas isi borang, saya mencari bilik yang akan menjadi ofisku nanti iaitu Bilik Bimbingan dan Kaunseling SMK Ayer Lanas... Ermmm kedatanganku dialu-alukan oleh Kaunselor pelajar sekolah ini dengan baik, iaitu Cikgu Fathir... ermmm mula-mula masuk tu rasa segan juga.. saya gagahkan diri untuk beramah mesra dengan guru-guru yang ada di bilik kaunseling... Ermm sesi perkenalan ini hanya diisi dengan bertanya tentang budaya dan cara kerja guru kaunseling sekolah ini yang sangat rajin... Apa pun tahniah kepada Cikgu fathir kerana baru mendapat baby keduanya... Selebihnya saya dan kaunselor bertanyakan tentang urusan pentadbiran dan perkhidmatan BNK di sekolah ini.. Selepas itu.. rehat dan balik .

Ermm sebelum mengundur diri saya ingin menzahirkan ucapan syukur dan terima kasih saya kepada keluarga , rakan-rakan, guru dan pensyarah kerana telah memberi dorongan yang padu dan iringan doa kalian telah membantu saya menjadi guru sekaran ni.... jadi saya ingin berkongsi sedikit hikmah apabila menjadi seorang pendidik kepada anak bangsa... moga anda semua terhibur dan menilai makna secara mendalam ok....

Zaid bin Aslam telah melaporkan daripada bapanya dan daripada beberapa sahabat Rasulullah SAW, katanya:
Golongan hamba Allah yang paling dicintai oleh Allah selepas para Nabi dan para Syuhada ialah para guru, dan tiada suatu tempat di dunia ini yang paling dicintai oleh Allah selepas masjid yang di dalamnya dibacakan Al-Quran.

Daripada Ibrahim An-Nakhie, katanya:
Guru yang mengajar kanak-kanak dimohon keampunan oleh para malaikat di langit, haiwan di bumi, burung-burung di udara dan ikan-ikan di laut.

Dan dikatakan bahawa jika seseorang kanak-kanak diajarkan Al-Quran dan belajar membaca Bismillahir Rahmanir Rahim, Allah akan mengampunkan tiga orang iaitu bapanya, ibunya dan gurunya.

Abu Said Al-Khudri telah berkata:
Sesiapa yang mengajarkan Al-Quran kepada anak lelaki atau anak perempuannya, setiap dirham yang diberikan kepada gurunya itu diumpamakan seberat bukit Uhud.

Apabila seorang kanak-kanak keluar dari rumahnya untuk belajar Al-Quran, maka bertambahlah kebaikan dalam rumah ibubapanya itu dan berkuranglah keburukan dalamnya serta syaitan akan lari dari rumahnya.

Hasan Al-Basri telah berkata:
Sesiapa yang mengajarkan anaknya Al-Quran, maka Allah akan memakaikan kepadanya pada hari Kiamat kelak dengan tiga jenis pakaian dari syurga yang lebih baik dari dunia dan segala isinya di mana manusia lain (pada ketika itu) berada dalam keadaan telanjang serta Allah akan menambahkan kedudukannya bagi setiap huruf Al-Quran yang diajarkannya.

Abu Abdul Rahman As-Sulami telah melaporkan daripada Uthman bin Affan RA, katanya: bahawasanya Rasulullah SAW telah berkata:
Sebaik-baik kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.

Berkata Abu Badul Rahman: Dengan sebab hadis ini aku duduk dalam majlis ini bagi mengajar orang lain. Beliau juga menjadi guru kepada Hasan dan Husin (cucu Nabi SAW, semoga mereka dirahmati Allah).

Ad-Dahak telah melaporkan daripada Ibnu Abbas daripada Nabi SAW bahawasanya baginda telah berkata semasa Haji Wida’:
Ya Allah, ampunilah para guru dan panjangkanlah umur mereka dan berkatilah usaha dan kehidupan mereka.

Anas bin Malik telah melaporkan dalam hadis yang lain bahawasanya Nabi SAW telah berkata:
Ya Allah, berilah kekayaan kepada para ulama dan fakirkanlah para guru.

Al-Faqih berkata: Yang dimaksudkan dengan kata baginda “fakirkanlah para guru” ialah janganlah engkau perbanyakkan harta mereka kerana dengan sebab banyaknya harta, mereka akan meninggalkan tugas mengajar mereka.
Ok lah sekiaan dulu.. salam.

No comments:

Post a Comment