26 July 2009

Kenali Dadah

APA ITU DADAH?
Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang meng-gunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.Apabila mendengar saja perkataan dadah,kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.
DADAH DAN ANDA...
Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sbg "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti initidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu,masyarakat dan negara.Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang. Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini. Jenis dadah seperti seperti kokainb, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadahdadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna".
DADAH DAN CIRINYADadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri sepertiberikut :
  • Mempunyai kesan paling ketara ke atassistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
  • Digunakan bukan untuk tujuan perubatandan penggunaannya adalah dilarang
  • Diperoleh secara haram
  • Membawa kepada pergantungan fizikal danpsikologikal dan meningkatkan daya tahanterhadap dadah
  • Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatandan fungsi sosial seseorang.
JENIS -JENIS DADAH
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis sepertiberikut :· Opiat dan Opiat sintetik· Stimulan· Ganja· Halusinogen· Depresen· Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalahgunaSample dadah
APA ITU OPIAT??
Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.
JENIS-JENIS OPIAT
1. CanduCandu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.
2. MorfinMorfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfinhidroklorik. Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : "M", "White Powder", "Monkey", "Morpho"
Morfin Mentah·
Bentuk blok/serbuk· Bertanda "999"·
Megandungi 70% - 90% morfin· Juga dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin· Seperti serbuk
kopi halus· Megandungi 60% - 70% morfin
Pil-pil Morfin·
Megandungi morfin sulfat/morfin hidroklorid·
Pil kecil berwarna putih/coklat pucat
3. Heroin
Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin. Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap Nama Jalanan : "Fit", "Fun", tepung, cik putih, barang, "Penang pink"
4. Kodein
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi didalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik ;
Nama Jalanan : Ubat batuk
5. Opiat Sentetik.
Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti "methadone","pethidine","dipipanone"dan "dextropropoxyphene".Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini "methadone" digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.
Cara Mengunakan : Menelan, MenyuntikNama Jalanan : "Fizzies", "Dollies"
Estacy
APA ITU STIMULAN???
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau "Amphetamine-type-stimulants (ATS)" dan kokain.
Jenis-jenis Stimulan
1. AmfetaminAmfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang menganduni amfetamin yang didaftarkan dengan Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar. Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan. Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan "hippies" pada tahun 1960-70. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negaranegarabarat.
2. Methamphetamine
"Methaphetamine hydrochloride" merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh "methaphetamine hydrochloride" yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu dan yaba. syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.Cara Mengunakan : Menghisap, menyedut ("chasing the dragon") Nama Jalanan : "Ice"
Metamatamin
3. Kokain
Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan. Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah. Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap Nama Jalanan : "Coke", "Crack", "Snow", "Flake" Kokain "Freebase" adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain "Crack" adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk "granusles". "Crack" mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.
4. MDMA
"Methylenedioxy-methamphetamine" (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin. ia dipanggil "feel good drug" dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda. Cara Menggunakan : Menelan Nama Jalanan : "Ecstasy", "XTC"
APA ITU GANJA / KINABIS
Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok "cannabis sativa". Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana "tetrahydrocannabinol" (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama. Jenis-jenis Ganja/Kanabis
1. Kanabis Herba
Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok "genus kanabis" yang dikeringkan dalam bentuk ketulan atau sate. ia Menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan. Kandunan THC : 0.25% - 8%Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersamamakanan/minuman)Nama Jalanan : "Ganja"
2. Hashish
Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin. Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau,coklat tua atau hitam. Kandungan THC : 4% - 12%Cara Menggunakan : Menghisap
3. Minyak Hashish
Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.Kandungan THC : Sehingga 60%Cara Menggunakan : Menghisap
APA ITU HALUSINOGEN
Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar. Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan. Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan "hippies"pada tahun 1960-70. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negaranegara barat.
Depresen
1. Ubat "Depresen"Ubat "depresen" termasuk juga ubat-ubat "sedative" dan "tranquilizer". Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh. Contoh ubat "sedative" ialah "barbiturates" manakala contoh "tranquilizer" ialah "erimin-5", "rohypnol" dan "valium". "Erimin-5" sejenis "sedative" yang kerap disalahgunakan oleh mereka yan menyalahguna "club drugs" untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin. Penagih heroin juga menganggap "erimin-5" sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi. "Rohypnol" sejenis "sedative" yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja sebagai "club drugs", bahkan juga sebagai "rape drugs" oleh perogol. "Rohypnol" boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.
2. Alkohol
Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. alkohol juge bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankanfungsi dan reaksinya. Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan perlbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri. Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.Cara Menggunakan : MinumNama Jalanan : Pelbagai jenis "Bir", "wine" dan minuman keras lain.
3. GHB
"Gamma-hydroxybutyrate" (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB atau "gammahydroxybutyric acid" tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian. GHB juga kerap disalahgunakan sebagai "rape drugs" kerana boleh mempitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.Cara Menggunakan : Menelan Nama Jalanan : "G", "Grieviuos bodily Harm", "Liquid Ecstasy"
4. Ketamin
Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat. Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara "smoked" atau "snorted" untuk mendatangkan khayalan seperti bius.
Ubat-ubatan dan Bahan Yang disalahguna
1. SteriodSteriod sejens ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steriod digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lainlain. Steriod kerap disalahguna oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steriod tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan fizikal. Penyalahgunaan steriod mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk sepertiboleh menyebabkan kanser hati.
2. Gam, Petrol dan Inhalan LainGam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan. Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan. Kini Kerajaan Malaysia sedan dalam proses menggubal akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.
3. Daun KetumSelain daripada itu, daun ketum atau "species mytragynine" yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia.
4. Ubat-ubatanSelain daripada ubat bius dan "depresen", lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit ("pain killer") dan sebagainya. Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.
DADAH DARU SUDUT AGAMA..
Dadah Menurut Pandangan Islam
Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman ini berdasarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hokum yang sama iaitu memabukkan atau terdapat keburukankeburukan dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat. Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam suruh Al-Baqarah ayat 195 yang
bermaksud:“..Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..” Surah Al-baqarah : 195
Dadah juga menghancurkan rumah tangga, Keluarga yang dinaugi oleh ketua yang mengguna atau menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah. Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, islam menitikberatkan mengenai kehidupan anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang
bermaksud: “..peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka...”Surah At-Tahrim : 06Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :“Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang di bawahnya.” Riwayat Ahmad dan Abu Daud Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al- Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, “Fatwa Al – Syari’iyah”
(muka surat 184) bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh Al Islam Ibnu Taimiyah, tokoh Ulama Hambali.
Pendapat Ulama.
Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis ini jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah hukumnua haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan yang berkaitan dengannya seperti yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah s.a.w pernah melaknat tentang khamar. “Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar, sepuluh golongan,
(1)pembuatnya,
(2) pengedarnya,
(3) peminumnya,
(4) pembawanya,
(5)pengirimnya,
(6) penuangnya,
(7) penjualnya,
(8) pemakan wang hasilnya,
(9) pembelinya,
(10) pemesannya.”
Oleh yang demikian bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan yang berkaitan dengan dadah adalah haram hukumnya seperti: · Menanam sebarang bahan untuk menghasilkan dadah · Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah · Menjual beli dadah. · Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan sebagainya yang berkaitan
Pandangan Agama Hindu
Di antara falsafah dan kitab Tamil (Kural) ada menyebut bahawa: “Dipisahkan daripada deria adalah mereka yang memabukkan diri (pengguna dadah), tidak ada bezanya mereka daripada yang tidur mahupun yang telah mati”. Manusia adalah makhluk yang berfikir, diharap dapat mengawal dan membendung segala tindak tanduknya dengan kuasa pemikirannya dan tidak sekali-kali membiarkan pemikirannya menyeleweng daripada sebab memasukkan dadah ke dalam badan, yang bukan sahaja memusnahkan pemikiran tetapi juga tubuh fizikal. Dhama Hindu menyatakan bahawa setiap tindakan seseorang adalah dikawal oleh Dharma atau sifat yang terpuji. Setiap perbuatan atau tingkah laku yang salah, merbahaya atau mencederakan diri mereka atau orang lain dikira “adharmic” yang mana pembalasannya adalah penderitaan. Oleh kerana itu, penggunaan dadah juga dianggap “adharmic”. Tubuh badan manusia dianggap sebagai makhluk tertinggi oleh penganut agama Hindu, tetapi kesucian ini telah dikaburi oleh kebodohan dan keangkuhan dengan mengambil dadah. Daripada hujah dan pandangan di atas, maka jelaslah bahawa penganut agama Hindu dilarang menggunakan dadah.
Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada Dadah????
Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu tertentu. Dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunaakna secara kerap dan berterusan ialah:
Pergantungan secara fizikal
Pergantungan secara fizikal ialah satu keadan di mana badan penagih memerlukan dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan. Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkah laku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah sakit perut, muntahmuntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya.
Pergantungan secara psikologikal
Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan dimana penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa
Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesankesan dadah)Daya tahan atau “tolerance” kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah yang biasanya diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan. Dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahapp kepuasan dan kelegaan yang sama. Apabila pergantungan ini telah terbina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya dengan serta-merta.
Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :-
Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi keperluan-
keperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman.· Daya tahan meningkat.· Mengalamigejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah · Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba mengurang atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.· Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan untuk beberapa waktu.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :
a) Jenis dadahPerbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia merosakkannya (contohnya heroin) atau merangsangkan(contohnya amfetamin dan kokain) atau merosak dan merangsangkan(contohnya ganja).
b) Jumlah digunakanKesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut.
c) Cara penggunaannyaKesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (sama ada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap atau diguna bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan mengguna.
d) Keadaan individuKesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman penggunaan dadah aktiviti penagih.
f) Situasi ketika menggunakan dadahKeadaan atau tempat menggunakan dadah sama ada ketika ada orang atau tiada orang lain hadir bersama.
Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah
Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun. Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat- pusat pengajian tinggi. Di antara factor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakandadah adalah kerana :-
· Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya
sendiri· Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.· Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu
kumpulan yang sebaya dengannya.· Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan
. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.· Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.
· Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat dan berfaedah.· Masalah dan tekanan rumah tangga
· Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
· Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olenya dengan cara menjadi pengedar.
· Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedarpengedar untuk mempengaruhinya pengguna baru

4 comments:

  1. Bagus.... banyak infonya...tkasih.

    ReplyDelete
  2. Mengapa dadah tidak pernah hilang dan luput dalam sejarah dunia? Biarpun peperangan membasminya dijalankan dengan penuh ketekunan dan semaksimunnya namun ia tetap berada di dalam mahupun di luar kehidupan kita?

    ReplyDelete
  3. Anonymous said...

    Mengapa dadah tidak pernah hilang dan luput dalam sejarah dunia? Biarpun peperangan membasminya dijalankan dengan penuh ketekunan dan semaksimunnya namun ia tetap berada di dalam mahupun di luar kehidupan kita?


    lumrah dunia.... maksiat,rokok,judi,bunuh,dadah,etc pasti xkn ilang di dunia..tp knp kami jwb begitu??
    arini kte dapat bunuh sume owg kafir d muke bumi, tp igt yang pstinye kafir ttap akan lahir membinasakan bumi.

    ReplyDelete
  4. As Salam....
    Ganja adalah sejinis herba yang baik untuk kesihatan..tidak salah saya katakan ganja halal untuk perubatan kerana tiada unsur2 mudarat pada tubuh kita....Islam melarang manusia memudaratkan tubuh badan yang dipinjamkan oleh Allah....maka tidak salah saya katakan makanan yang ada pada hari ini telah memudaratkan banyak manusia....hospital pun tak cukup katil dan tempat untuk merawat....jangan penjarakan minda kita dan anak2 kita.... Allah cipta pokok2 daun, buahnya semua ada manfaat....Allah beri ilham dan buah fikiran..maka fikirkan lah...insyaAllah...

    ReplyDelete