18 October 2009

Kerjaya : Pembangunan Usahawan DIBAWAH MARA

KLICK AJEEE...


Latar Belakang Aktiviti Latihan Keusahawanan menyediakan pakej untuk Bumiputera memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing.Pakej latihan berfokus pada:
Program Pewujudan Usahawan
Program Peningkatan Usahawan sedia ada
Program Sokongan untuk kumpulan-kumpulan dalam sektor atau jenis perniagaan tertentu
Melaksanakan Latihan Keusahawanan secara bersepadu dengan agensi - agensi kerajaan atau swasta.
Pendekatan Latihan: Pendekatan latihan ditumpukan ke atas perkembangan teknologi maklumat masa kini supaya usahawan yang dilatih dapat bersaing dan menghadapi cabaran alaf baru dengan kekuatan ilmu pengetahuan dan kemahiran pengurusan yang lebih mantap.Pendekatan latihan juga menumpukan terhadap kewujudan rangkai niaga antara usahawan supaya dapat mewujudkan budaya keusahawanan yang berterusan dan akhirnya dapat mencapai matlamat merealisasikan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).


Objektif & Strategi Program Objektif:


Dapat mengenalpasti bakat dan potensi peserta untuk menjadi usahawan berjaya
Peserta mampu melahirkan perniagaan / perusahaan yang berdaya maju dengan berpandukan proses pewujudan projek / perniagaan / perusahaan
Peserta dapat mengemukakan rancangan tindakan untuk memulakan projek / perniagaan / perusahaan
Menerapkan etika perniagaan yang progresif serta sikap positif bagi membolehkan usahawan mengamalkannya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan masing - masing.
Memberikan pengetahuan pengurusan moden supaya para usahawan dapat mengamalkanya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 dan boleh mengikuti perkembangan teknologi moden dan mampu bersaing di pasaran terbuka.


Strategi:
Mengadakan kursus-kursus pra pewujudan usahawan untuk bakal-bakal usahawan
Menganjurkan kursus - kursus pewujudan usahawan bagi membolehkan Bumiputera memulakan perusahaan / perdagangan / perniagaan
Menyediakan kursus - kursus peningkatan untuk usahawan sedia ada bagi membolehkan mereka menimba ilmu perniagaan supaya dapat memajukan perusahaan / perdagangan yang dijalankan
Meningkatkan kemahiran para usahawan melalui pendedahan kepada perusahaan / perdagangan


Komponen Program Jenis -jenis aktiviti latihan yang dikendalikan di bahagikan kepada empat :
Program Pewujudan
Program Peningkatan
Program Sokongan
Program Sampingan


Program Pewujudan MARA telah melaksanakan kursus untuk pewujudan usahawan semenjak 1976 lagi.Ramai pegawai pembimbing usahawan MARA telah dihantar berkursus (Training of Trainers) supaya dapat mengendalikan sendiri kursus usahawannya iaitu Kursus Persediaan Perniagaan dan Perdagangan (KPPP). Antara usaha yang dijalankan untuk meningkatkan kualiti program latihan keusahawanan ialah dengan memperkenalkan latihan pembentukan usahawan (LPEJ) pada tahun 1992 bagi melahirkan usahawan yang produktif, bermotivasi, kreatif, inovatif, berkualiti dan berdaya maju. Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) bertujuan untuk melahirkan usahawan yang mempunyai WAWASAN diri, KUALITI sebagai usahawan serta mampu mengumpul sumber-sumber untuk memulakan dan membesarkan projek supaya mampu mencari, menilai dan memilih peluang perniagaan yang berdaya maju.


Objektif
Melahirkan usahawan baru yang bermotivasi, kreatif, inovatif dan proaktif serta berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju dalam menggerakkan industri / perdagangan / perniagaan ke arah kecemerlangan.
Memupuk semangat berdikari dan kental diri.
Memberi kesedaran kepada peserta tentang peluang-peluang perniagaan.
Memberi pengetahuan asas pengurusan perniagaan supaya perniagaan diuruskan dengan cara yang terbaik.


Komponen Latihan Pewujudan (LPU)
Modul I (Latihan Motivasi Keusahawanan)
Modul II (Pemilihan Projek Perniagaan)
Modul III (Latihan industri & PerancanganPerniagaan)

Sistem Latihan Pembentukan Usahawan
MODUL
TAHAP
TAJUK
HARI
JUMLAH HARI
Modul 1

MOTIVASI KEUSAHAWANAN
6
6
Modul 2

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5



PEMILIHAN PROJEK PERNIAGAANAnalisis Pelakon Analisis Situasi Analisis StrategiKompetensi (Pemasaran) Kompetensi (Pengeluaran) Kompetensi (Pengurusan) Kompetensi (Kewangan)Penyesuaian Usahawan & Projek (Kumpulan)Kerja Luar Penyesuaian Usahawan & Projek (Individu)
½ 2 ½ 2 2 1 4 2 7 4
25

Modul 3
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3
RANCANGAN PERNIAGAANPengumpulan Maklumat / Kerja Luar / MentorPenyediaan Rancangan Perniagaan Pembentangan & Penilaian Projek
14 4 2
20

JUMLAH BESAR : 51 hari



Susulan Susulan kepada kemajuan usahawan / projek akan mengambil masa selama 3 tahun. Seminar susulan peserta LPU akan diadakan mengikut keperluan semasa.Sasaran Peserta Semua yang berminat dan berkemampuan untuk menjadi usahawan dan terdiri dari kalangan bekas anggota kerajaan/swasta, lepasan SPM, STPM, Diploma, Ijazah dan belia lepasan sekolah / institusi teknikal.Program PeningkatanObjektif
Meningkatkan pengetahuan pengurusan moden kepada usahawan
Membolehkan usahawan menambah pengetahuan / kemahiran baru supaya mereka mampu berdaya saing di pasaran terbuka.
Memberi pengetahuan dan kemahiran tambahan untuk usahawan sedia ada seperti latihan peningkatan melalui sistem modular

Komponen Latihan
Pengurusan Pemasaran
Pengurusan Pengeluaran & Operasi
Pengurusan Kewangan / Akaun
Pengurusan Organisasi & Sumber Manusia



Sasaran Peserta Usahawan Bumiputera yang ingin mendalami bidang tertentu dalam perniagaan dalam usaha untuk meningkat perniagaan yang dijalankan. Keutamaan diberi kepada bekas peserta LPU.Program SokonganObjektif
Memberi maklumat terkini tentang peluang-peluang perusahaan dan perniagaan untuk memperkembangkan lagi perniagaan mereka bagi merebut peluang yang ada serta lebih berkeyakinan melaksanakannya.
Memberi pengetahuan dan kemahiran tambahan kepada usahawan dalam sektor perniagaan tertentu.
Peringkat LatihanProgram ini lebih tertumpu kepada pendedahan ilmu dan kemahiran dalam bentuk seminar,dialog, bengkel dan latihan untuk mendalami lagi pengetahuan usahawan dalam jenis atau sektor perniagaan yang tertentu.



Komponen Latihan Sokongan
Seminar Keusahawanan
Seminar Susulan
Kursus Usahawan Progresif
Kursus Kontraktor Binaan
Kursus Pengurusan Restoran
Kursus Pengurusan Peruncitan
Kursus Pelancongan
Lain - lain (mengikut jenis perniagaan)



Sasaran Peserta Usahawan / pengurus mengikut sektor atau jenis perniagaan / industri. Mereka yang mahu menceburkan diri dalam perniagaan seperti bekas anggota kerajaan atau swasta, belia lepasan SPM, STPM, Diploma atau Ijazah, belia lepasan sekolah / Pusat GIAT atau IKM.


Program SampinganObjektif Menambah pengetahuan dan kemahiran melalui rangkaian usahawan dan kerjasama dengan badan atau agensi luar untuk menghasilkan usahawan yang lebih bermaklumat, berpengetahuan, berkemahiran dan berfikiran luas untuk menyahut cabaran dan melaksanakannya mengikut bidang-bidang perniagaan yang diceburi.


Peringkat LatihanProgram ini dilaksanakan mengikut keperluan badan atau agensi luar yang dipersetujui bersama.Contohnya program yang dilaksanakan bersama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan tertumpu kepada Kursus Asas Perniagaan untuk kakitangan kerajaan untuk jangka pendek (5 hari) atau jangka panjang (4 bulan).Berdasarkan keperluan badan atau agensi luar, untuk para peniaga atau peserta yang baru mahu memulakan perniagaan atau sekadar pendedahan kepada para belia, pelajar sekolah, maktab atau pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi atau kakitangan kerajaan yang ingin bersara pilihan atau bersara wajib.



PenutupLatihan dan bimbingan yang disediakan ini merupakan sebuah program pembangunan usahawan dengan harapan ianya memberi manfaat yang baik untuk masyarakat Bumiputera juga negara umumnya. MARA mempunyai tenaga pembimbing / pemudahcara (trainers) yang terlatih untuk melaksanakan Program Pewujudan Usahawan. Dengan Modul yang tersendiri dan pakej bantuan yang komprehensif, Program Latihan Keusahawanan ini dapat mewujudkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang berdaya maju, berdaya saing dan seterusnya mencapai objektif program ini.

No comments:

Post a Comment