01 November 2009

Pentingnya Ilmu


Jika sekirangya ada orang yang mengerjakan ibadah seperti beribadahnya malaikat tapi tampa ilmu orang itu termasuk golongan orang yang rugi, kerana hasilnya hanya lelah dan payah sedangkan pahalanya hampa belaka. Oleh kerananya, bersungguh-sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan, kerana jika tidak demikian, engkau akan berada dalam bahaya kesesatan.(imam Ghazali).

Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada dunia. Barangsiapa yang tahu dengan hal ini, ia tidak akan melepaskan yang lebih utama kerana untuk mengambil yang nista. (Imam Ghazali).

Tuntutlah ilmu, tapi tidak melupakan ibadah, dan kerjakanlah ibadah tetapi tidak boleh melupakan ilmu.(Hasan Basri).

Menuntut ilmu itu adalah suatu kewajipan bagi orang muslim lelaki dan perempuan.(Hadis).

Tuntutlah ilmu dari buaian hingga kepintu kubur.(Hadis).

Tuntutlah ilmu walau ke negeri Cina. (Hadis).

Tahukah anda hidup yang berguna ialah hidup yang ketika petang ada menyediakan lampu kerana malam hari akan tiba. (Hukamak).

Tiga cara untuk menduduki kerusi pergaulan;

a. Dengan ilmu pengetahuan,

b. Dengan tabiat dan budi pekerti yang baik

c. Kesihatan yang selalu terjaga.(Fuqahak).

Ada orang yang hidup tetapi mati dan ada orang yang mati tetapi hidup.(Hamka).

Orang yang berilmu itu menyedari bahawa:

a: Timbulnya keinsafan

b: Timbulnya kemahuan dari keinginan.

c. Timbulnya keyakinan dari kepercayaan.

d. Timbulnya kemajuan dari perubahan.

e. Timbulnya kepandaian dari kerajinan.

f. Timbulnya kesihatan dari kebersihan.

g. Timbulnya cinta dari mata.

h. Timbulnya dengki dari iri hati.

i. Timbulnya kekuatan dari persatuan.

j. Timbulnya bencana dari kebodohan.

k. Timbulnya kesusahan dari kemiskinan.(Cendikiawan).

Orang yang berbudi dan berilmu itu ialah:

a. Jernih mukanya

b. Lapang dadanya.

c. Suci hatinya

d. Lemah lembut perkataannya

e. Baik segala perbuatannya.(Hukamak).

Barangsiapa yang tidak hendak maju dalam mencari ilmu, maka jiwanya seumpama lampu yang kehabisan minyak, makin lama makin malap dan kemudian menjadi gelap.(Hukamak).

Orang yang berilmu itu selalu menjaga kesihatan jiwa dengan cara:

a. Bergaul dengan orang yang mempunyai pengetahuan agama.

b. Difikir dan ditimbang terlebih dahulu sebelum mengerjakan sesuatu

c. Menahan syahwat dan marah

d. Memeriksa cela diri sendiri

e. Membiasakan pekerjaan yang berhubungan dengan fikiran.

f. Sabar dalam menghadapi sesuatu.(Cendikiawan).

Bila disaat orang lain dalam kegelapan, terpesona atau cemas melihat sesuatu kejadian, bagi orang yang bijaksana hanya diterima dengan senyuman, sebab dengan ilmunya ia mengetahui bahawasanya hal yang begitu mulanya, pasti begini akhirnya.(Hukamak).

Sesungguhnya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang mempunyai ilmu pengetahuan beberapa tingkat.(Al-Quran).

Orang yang berilmu itu mencontohi sifat seperti padi, makin tunduk, makin berisi.(Cendikiawan).

Ada empat tanda-tanda orang yang berakal: cinta pada ilmu, tidak berubah mukanya waktu menerima umpat dan puji, bagus jawapan dan banyak benarnya.(Cendikiawan).

Empat tanda kesempurnaan: Ilmu dengan menafaat, agama dengan takwa, amal dengan niat, kemuliaan dengan kelebihan.(Zahid).

Harta itu baru akan memberi manfaat kalau dipegang oleh orang yang berilmu. Wang sama dengan pasir, kalau telah dibelanjakan kepada yang berfaedah, baru ada harganya.(Abul Islami).

Hidup tiada berilmu ibarat sampan tidak berkemudi. Orang yang tidak menambah ilmunya, bererti kalah dalam perjuangan hidup.(Hukamah).

Hati sama dengan pisau, pengetahuan sama dengan batu. Apabila pisau tidak diasah tentu pisau akan tumpul dan berkarat. Orang yang tidak mahu menjadi murid dia tidak akan menjadi guru.(Cendikiawan).

Ilmu yang paling baik ialah yang paling banyak memberikan manfaat kepada sesama manusia taqwa kepada Allah adalah hasil akhir dari ilmu pengetahuan.(Hukamak).

Ilmu itu kekuasaan pertama dan benda itu kekuasaan kedua. Kerana emas semua kemas, ada wang semua orang sayang dan ada padi semua menjadi.(Cendikiawan).

Orang yang berilmu itu selalu menang dalam pergaulan kerana ia membiasakan:

a: Caci disambut dengan senyuman

b: Kemarahan dibalas dengan diam

c: Penghinaan ditangkis denga lemah lembut

d. Kejahatan dibalas dengan kebaikan.(Zahid).

Kita merasa hairan setiap hari manusia menyikat rambutnya tidak ada menyikat otaknya. Memberi makan dan membersihkan badannya, tetapi tidak ada membersihkan jiwa dan membersihkan batinnya.(Hukamak).

Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara:

a. Ilmu yang bermanfaat

b. Anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.

c. Sedekah jariah (hartayang diwakafkan).(Hadis).

Orang yang berilmu itu akan tahu dengan lima macam kesempurnaan pendidikan;

a. Niat ibu dan bapa sewaktu hendak berkahwin

b. Fikiran pada waktu bergaul

c. Perangai ibu pada waktu mengandung.

d. Menyambut anak pada waktu lahir.

e. Pendidikan terhadap anak menjelang baligh.(Hukamak).

Kebaikan mengajarkan ilmu itu ialah para malaikat beserta ahli langit dan bumi, termasuk ikan di laut dan burung didarat turut serta mendoakan kepada Allah terhadap orang yang mengajarkan ilmu dan satu kebaikan yang telah diajarkan.(Hadis).

Kerugian berpisah dengan ilmu ialah; jiwa akan sakit dan hati akan berkarat. Kalau hal ini sampai 40 hari maka hatinya akan mati.(Zahid).

Semakin banyak anda mengetahui, maka anda semakin pandai. Semakin banyak pengetahuan anda, akan semakin banyak yang anda hasilkan.(Cendikiawan).

Manusia terbahagi kepada empat golongan:

a. Orang pandai yang mengaku pandai.

b. Orang pandai yang mengaku bodoh.

c. Orang bodoh yang mengaku bodoh.

d. Orang bodoh mengaku pandai.(Cendikiawan).

Ilmu adalah untuk meningkatkan diri sendiri . Jadi tidak guna bermegah-megah dan mencanagkan kepada orang yang kita mempunyai banyak ilmu.Tetapi jangan kedekut untuk diturunkan kepada orang lain.(karadino).

Orang yang berilmu itu akan menyediakan waktunya:

a. Untuk membaca, keran membaca itu sumber hikmah.

b. Untuk ketawa, kerana ketawa itu muziknya jiwa.

c. Untuk berfikir, keran berfikir itu pokoknya kemajuaan.

d. Untuk beramal, kerana beramal itu pangkal kejayaan.

e. Untuk bermain, kerana bermain itu membuatkan kita selalu muda.

f. Untuk beribadat kepada Tuhan, keran beribadat itu adalah ibu dari segala ketenteraman jiwa.(Hukamak).

Seluruh manusia itu mati, kecuali orang yang berilmu pengetahuan, semua orang berpengetahuan itu tidur, kecuali orang yang beralam, semua orang yang beramal itu terpedaya kecuali orang yang ikhlas.(Cendikiawan

Tidak ada faedahnya yang kita punyai kalau tidak digunakan untuk menolong orang lain dari lima macam orang yang beramal:

a. Harta benda dari orang kaya.

b. Jerih payah dari orang yang bertenaga.

c. Ilmunya orang yang mempunyai pengetahuan.

d. Buah fikiran dari orang yang berakal.

e. Jasa kebaikan dari orang yang berbudi.

Tidak bererti pengetahuan anda kalau orang tidak tahu apa yang anda tahu. Rohani merasa beruntung kalau dapat memberi dan menolong orang, sedangkan jasmani merasa beruntung kalau menerima.(Abul Islami).

Tidak ada laut yang luas, lurah yang dalam, bukit yang tinggi, dan jalan yang susah bagi orang yang mahu. Hanya orang yang malas dan putus asa juga yang selalu tinggal dibelakang.(Cendikiawan).

Cita-cita mengkehendaki perjuangan, perjuangan mengkehendaki pengorbanan dan pengorbanan mengkehendaki ketabahan hati.(Zahid).

Tanda-tanda orang yang berilmu:

a. Benar kata-katanya.

b. Tidak suka berbuat kejahatan.

c. Rendah hatinya.

d. Merasa senang menambah pengetahuan.(Hukamak).

Orang yang berilmu itu ialah:

a. Selalu takut kepada tuhan pada waktu sendirian ataupun dimuka bumi.

b. Berlaku adil pada waktu sedang marah ataupun dalam keadaan tenang.

c. Cermat, dalam keadaan miskin mahupun kaya.

d. Selalu menyambung persaudaraan.

e. Memberi kepada orang yang tidak suka memberi.

f. Memberi maaf kepada orang yang telah menganiayainya.

g. Pada waktu diam dipergunakannya untuk berfikir.

h. Bicaranya berisi nasihat.

i. Apa yang dilihatnya selalu dijadikannya contoh dan pelajaran.

y. Selalu mengenangkan kebaikan orang dan melupakan kesalahan orang lain.(Hukamak).

Wahai anak kesayanganku, carilah ilmu, kerana apabila engkau menjadi orang fakir maka ilmu itulah hartamu, akan tetapi kalau engkau kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu.(Lukman Al-Hakim).

Barangsiapa yang mati dalam menuntut ilmu yang bertujuan untuk menghidupkan Islam, maka antara dia dan para Nabi adalah satu darjat di dalam syurga.(Hadis).

Menuntut ilmu sesaat adalah lebih baik daripada solat selama semalam, dan menuntut ilmu sehari lebih baik daripda puasa tiga bulan.(Hadis).

Orang yang menuntut ilmu adalah mencari rahmat menuntut ilmu adalah pelaksanaan dair rukun islam dan diberikan pahalanya bersama Nabi-nabi.(Hadis).

Mengahadiri majlis ilmu adalah lebih utama dari pada solat sunat seribu rakaat, melihat seribu orang skait dan menghantarkan kekuburan seibu orang mati, begitu juga membaca Al-Quran tidak akan memberi manfaat kalau tidak dengan ilmu.(Hadis).

Janganlah kamu duduk di samping orang yang berilmu, kecuali ia mengajak kamu menghilangkan lima perkara dan menanamkan lima perkara:

a. Menghilangkan ragu dna menanamkan yakin.

b. Menghilangkan riya, menanamkan ikhlas.

c. Menghilangkan cinta dunia, menanamkan zuhud.

d. Menghilangkan sifat sombong, menanamkan sifat rendah diri.

e. menghilangkan permusuhan, menanamkan persahabatan.(Abu Nu'man).

Dua golongan dari manusia, apabila mereka baik maka baiklah manusia, dan apabila mereka rosak maka rosaklah manusia, iaitu Ulama dan Umara.(Hadis).

Orang alim(Ulamak) itu merupakan dokong agama selama ilmunya tidak mengarah kepada dunia, sesungguhnya dia mengarahkan penyakit untuk dirinya, dan apabila dirinya terkena penyakit, maka bagaimana ia akan mengubati orang lain? (Sufyan Ats-Tsuri).

Perumpamaan orang alim(ulama) yang mengajarkan ilmunya kepada manusia akan kebaikan sedangkan dianya sendiri melalaikan akan kebaikan itu, maka seperti pelita yang memerangi manusia dan membakar dirinya sendiri. (Hadis).

Sejahat-jahat manusia adalah orang yang mengetahui tetapi tidak memanfaatkan ilmuNya.(Hukamak).

Barangsiapa yang menuntut ilmu, bererti ia mencari syurga. Dan barangsiapa yang berbuat dosa bererti ia mencari neraka.(Ali bin Abi Talib).

Pandai mengasihani orang setengah daripada akal. Pandai bertanya setengah daripada sumber rezeki. (Umar bin Khattab).

Barangsiapa tidak ada adab, bererti ia tidak ada ilmu. Barangsiapa tidak ada kesabaran, bererti ia tidak ada agama. Dan barangsiapa tidak ada sifat warak, bererti ia tidak dekat dengan Tuhannya.(Hasan Basri).

Yang paling bahagia adalah orang yang mempunyai hati yang alim, mempunyai kesabaran dalam diri dan mempunyai sifat yang sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang ada di tangan.(Hukamak).

Orang yang berilmu itu akan tahu dengan tiga perkara:

a. Berilah anugerah kepada siapa yang engkau mahu, maka engkau akan menjadi pemimpinnya.

b. Mintalah kepada siapa yang engkau mahu, maka engkau akan jadi tawanannya.

c. Jadikanlah dirimu tidak mengharapkan pemberian dari sesiapapun, maka kedudukanmu akan setaraf dengannya.(Ali bin Abi Talib).

1

No comments:

Post a Comment