Untuk bersemangat, Anda perlu rasai kegembiraan dan kegirangan. Dalam perkataan Inggeris, ini dipanggil happiness and joy. Apabila kegembiraan hadir di hati, ada cara untuk kekalkannya.Anda perlu tahu bahawa kegembiraan dan kegirangan yang ada di dalam hati akan menarik lebih banyak lagi kegembiraan dan kegirangan.

Happiness attracts more happiness,joy attracts more joy!

Untuk kekalkan kegembiraan yang Anda rasa, ucapakan syukur selalu. Inilah cara untuk kekal bersemangat. Kekal termotivasi.Ucapkan terima kasih pada setiap orang di sekeliling Anda, ucap walau peranan mereka pada Anda kecil saja, misalnya, ucap terima kasih pada cleaner yang membersihkan pejabat Anda, ucap terima kasih pada budak pencuci kereta yang mencuci kereta Anda. Andai kata kena saman, ucap terima kasih pada Encik Polis sebab menyaman kesalahan Anda, membuat Anda sedar kesalahan yang Anda lakukan.

Jika seorang suami, ucap terima kasih pada isteri Anda kerana mengambil berat diri Anda, ucap terima kasih pada dia kerana sanggp bersusah payah berbakti untuk Anda sebagai ketua keluarga.

Jika Anda seorang isteri, ucapkan terima kasih pada suami kerana dia ada untuk Anda bergantung hidup padanya. Kegembiraan yang lahir dari rasa berterima kasih membuat Anda menghargai pasangan Anda, bukan sekali dua, tapi setiap hari.

Tiap kali Anda dilanda kegusaran berdepan dugaan atau permasalahan, alihkan seketika fikikiran Anda pada benda-benda yang Anda ada dan hargai orang-orang di sekeliling Anda. Ini menjadikan Anda bersemangat dalam usaha menyelesaikan masalah.Dulu, kita bersemangat sebab kita nak capai sesuatu. Sekarang, gunakan kesyukuran untuk membuat diri Anda bersemangat selalu.Kegembiraan yang terbit dari kesykuran lebih bertahan lama. Ia membuat Anda jadi energetik. Anda akan komited pada apa saja yang Anda lakukan.



MENETAPKAN MATLAMAT SESUAI DENGAN AJARAN ISLAM


untuk meletak matlamat sesuai dengan ajaran Islam – ist iqamah.

Dalam bahasa Inggeris, istiqamah boleh diamakan dengan persistence atau consistency. Maksudnya, kita usaha, usaha, usaha dengan penuh kerajinan dan penuh konsisten.Bila kita dah set matlamat, pastikan kita menyediakan diri sendiri untuk istiqamah mencapainya.

Jangan ubah matlamat tu selagi ia belum berjaya dicapai.Jangan pernah terfikir untuk merubah matlamat ke matlamat lain yang baru selagi matlamat lama masih belum berjaya direalisasikan, tak kiralah berapa lama masa yang perlu untuk mencapainya.Ada orang amik masa 3 bulan untuk capai matlamat yang diset olehnya. Ada orang amik masa 3 tahun untuk mencapai matlamat.

Jangan terlalu bandingkan matlamat diri Anda dengan matlamat orang lain kerana perbuatan camtu akan merendahkan tahap motivasi Anda. Setiap seorang daripada kita berbeza, punya background berbeza, memiliki kemahuan berbeza.

Bila Anda membanding-bandingkan matlamat diri Anda dengan matlamat orang lain, itu petanda bahawa Anda tak tahu apa yang Anda nak capai ataupun Anda tak teguh pendirian sehingga termanggu-manggu ketika meletak matlamat. Kesannya, Anda akan hilang semangat untuk terus berusaha mencapai matlamat, target, azam yang Anda dah letak.

Maka dari situlah kita kena teguh pendirian, kena istiqamah mengejar kejayaan, bukan asyik merubah fikiran hingga terpaksa merubah matlamat. Orang yang asyik merubah matlamat ibarat merubah destinani perjalanan.

Akhirnya, dia takkan tahu ke mana arah yang dia nak tuju sebenarnya.Dalam jangka masa panjang, dia akan menjadi seseorang yang tidak mencapai apa-apa tahap kejayaan.