22 June 2011

Selamat Hari Guru..



Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..Amboiii panjang dan sarat dengan maksud tema hari guru pada tahun 2011 nie. Maklumlah tahun nie adalah tahun pertama saya pegang jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Guru) huhu... Adeeehhh terasa besar tangungjawab terpikul dibahuku... Namun dengan adanya sambutan hari guru seumpama ini.. segala luka yang tercalar, hati yang sedih dan gundah terubat juga... Inilah untungnya sambutan hari guru kerana pada hari guru, semua guru di Malaysia dirai oleh warga sekolah terutamanya pelajar- pelajar. Pada hari ini juga guru di beri peluang untuk mengembangkan bakat-bakat yang terpendam selama. setelah sekian lama bakat itu terkubur dek kesibukan menyampaikan ilmu dan pengetahuan kepada pelajanr tersayang.


Tema baju sambutan hari guru di SMK AYER LANAS JELI pada tahun ini adalah warna Purple.. jenuh cikgu lelaki nak mencari warna seakan-akan purple huhuhu... Tapi alhamdulillah perancangan dan persiapan sambutan oleh badan pengawas dan semua AJK sambutan dapat dipuji kerana mereka bekerja keras untuk itu. Ikhlas, saya memang suka dengan sambutan hari guru di sekolah saya.. pada awal pagi guru berarak beramai-ramai masuk ke dewan dan ken buat catwalk... adoiii apa lagii posing sakan le cikgu chahhh.... ermmm tepukan dan sorakan gemuruh le student ku tersayangg.... adoiii berdiri bulu roma plakkk....aura sambutan dapat dirasakannn... huhu macam nivel le pulakk...


Selepas ucapan dan perutusan semua-semua.. semua guru dan pelajar diberi rehat dan menjamu selera... Selepas itu tibalah acara sukaneka dan persembahan oleh guru dan pelajar.. Memang syok ler sebab cikgu SMK Ayer Lanas sporting dan bagi kerjasama dalam aktiviti...Paling lucu ialah ada juga guru yang sanggup jadi hantu pocong dalam slot teka-teki... gelak sakan cikgu chah... Apapun, thanks kepada semua guru-guru yang pernah mengajae cikgu chah dan menjadikan Aisyah seorang insan yang bergelar guru jua hari ini. jasa dan pengorbanan kalian dapatku rasa lerrr kini sebab dah jadi guru jugakkk waaaa... waaaaa besarnya jasa guru kepada keluarga masyarakat dan negara...


Apapun jom layannn gambo...


No comments:

Post a Comment