22 October 2009

8 cenderhati yang paling berharga


Cenderahati yang akan dinyatakan ini tidak boleh dijual dimana-mana kedai atau pasaraya. Anda tidak perlu membeli malah boleh menghadiahkannya pada setiap saat da hari. Namun begitu, kelapan- lapan cencerahati ini adalah yang paling indah dan tdak ternilai bagi orang-orang yang disayangi

Kehadiran

Kebadiran orang yang disayang adalag satu cenderahati yang tidak ternilai harganya. Selain itu. Anda boleh menggunakan cara seperti berutus surat, telefon, gambar atau faks. Sekurang-kurangnya anda sentiasa berada disisinya. Anda dan dia tidak dapat berkongsi perasaan, perhatian dan kasih sayang secara jujur dan utuh. Oleh yang demikian, kehadiran yang anda wujudkan adalah sangat penting. Jadikan kehadiran anda sebagai pembawa kehabgaiaan.

Mendengar

Tidak ramai yang mempu memberkan cederahati ini sebab lebih ramai orang yang suka didengari daripada mendengarnya. Sejak dari dulu lagi kita ketahui bahawa sikap saling mendengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesame manusia. Berikan cenderahati ini untuknya, dengan mendengar segala curahan hatinya terhadap anda. Secara langsung anda juga telah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik, pastikan anda berada dalam keadaan betul2 selesa dan boleh menangkap setiap apa yang akan disampaikan. Tataplah wajahnya, tida perlu mencela, mengkritik apalagi mengulasnya. Biarkan dia yang menjelakannya. Ini memudahkan anda member tanggapan yang tepat selepas tiu. Tidak perlu berbincang atau membuat penilaian. Sekadar ucapan terima kasih pun sudak cukup memadai untuknya.

Diam

Seperti kata2, di dalam diam juga ada kekuatan. Diam juga boleh digunakan sebagau hukuman, mengusir atau membingunkan org lain tetapi lebih drpd segalanya. Diam juga boleh menunjukkan perasaan cinta kita pada seseorang kerana member “ruang”. Keterlaluan jika sehari-hari kita sudah biasa menasihati, mengatur, mengkritik bahkan membebel.


Kebebasan

Mencintai seseorang bukan bermakna kita memberi hak sepenuhnya untuk memiliki atau mengatur kehidupan seseorang yang bersangkut paut dengan kita. Bolehkan kita mengaku kita mencintai seseorang jika kita selalu menyiyimpannya dalam dalam hati? Member kebebasan adalah sesuatu perkara yang mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah bermakna anda bebas sesuka hati lebih dalam daripada itu member kebebasan ialah memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk tanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan olehnya.


Keindahan

Siapa yang tak bahagia jika org yang disayangi tiba-tiba Nampak lebih kacak atau cantik? Penampilan segak dan rupawan juga merupakan salah satu cenderahati juga. Bahkan tidak salah jika anda meghadiahkan setiap hari kecantikan adalah lambing peribadi , anda pun boleh mengahdiahkannya dengan sesuatu yang cantik untuk Susana rumah. Misalnya vas, bunga segar cantik diruang tamu atau meja makan yang berhias indah.


Tanggapan positif

Tanpa sedar kita sering memberikan penilaian nagetif terhadap pemikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaran mutlak adalah kepada kita. Kali ini, cuba hadiahkan tanggapan positif , nyatak dengan jelas dan ikhlas . cubalah ingat berapa kalikah dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atasa segala tang dilakukannya demi anda. Cuba ingat semula pernahkan anda memujinya. Kedua-dua hal itu adalah hadiah cenderahti yang sering tidak dilupakan.

Sedia mengalah

Tidak semua masalah boleh menjadi bahan petengkaran. Apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah pertimbangkan apakah wajar sebuah hubungan cinta dikorbankan sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan persoalan itu. Apabila anda ada pemikiran sebegini maka anda telah siap sedia memberikan cenderahati kepadanya atas sebab sidia mengalah. Anda tentu akan merasa kesal atau marah jika sidia tidak menepati janji, tetapi jika kesalahan itu adalah kali pertama kenapa jadikan punca pertengkaran anda hingga berlarutan ? kesediaan untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan kita bahawa tiada satu pun manusia yang sempurna di dunia.

Senyum

Percaya atau tidak, senyuma mempunyai kekuatan yang luar biasa. Senyuman, kelebihan yang diberika tulus ikhlas, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika putus asa, menceriakan suasana yang suram juga menjadi ubat penenang jiwa ketika kersahan. Senyuman juga merupakan isyarat untuk membuka diri dengan dunia kita. Bilakah hari terakhir anda menghadiahkan senyuman manis??


Hadiahkanlah cenderahati ini kepda sesiapa sahaja yang anda ingin berikan..

Semoga hidup anda akan lebih bermakna dengan pemberian cenderahati ini..

1 comment:

  1. cayalah cikgu ni..tapi sifat2 yang cikgu beritahu tu semuanya takde dalam jiwa pemimpin pembangkang..iye tak?

    ReplyDelete