18 October 2009

Orang Salah Tak Semestinya Jahat!!!!!!


Tadi sewaktu berada di HKL, membawa anak untuk rawatan asma kelihatan seorang yang bergari bersama dengan dua orang anggota polis masuk ke bahagian pesakit asma.
Tiba-tiba kedengaran suara seorang kanak-kanak “Ibu, orang jahat.” “Orang yang bergari tak semestinya orang jahat. Tapi dia mungkin seorang yang bersalah.” Terang si ibu kepada anaknya.

Sayaa bersetuju dengan ibu tersebut. Orang bersalah tidak semestinya orang jahat.
Pelbagai sebab yang menyebabkan seseorang itu melakukan kesalahan. Terpaksa, dipaksa atau secara tidak sengaja. Setiap orang yang melakukan kesalahan mesti mempunyai alasan yang tersendiri. Jadi kita sebagai masyarakat perlu memberi peluang kepada orang yang melakukan kesalahan untuk kembali kelandasan yang sebenar setelah mereka menerima hukuman yang yang setimpal.

Sebagai guru, jika murid melakukan kesalahan, kita seharusnya menyelidiki dahulu sebelum menjatuhkan hukuman dan beri peluang murid tersebut untuk memberi penjelasan. Jika ia bersalah, pastikan hukuman yang dikenakan membawa kebaikan kepada murid tersebut. Bukannya, hukuman semata hukuman.

2 comments:

  1. Tapi setiap orang bersalah akan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling.So kalu boleh,orang sekeliling perlulah bersikap positif terhadap orang yang dipersalahkan.Sedangkan Nabi ampunkan umatNYA,inikan kita yang sederhana sifatnya..Takkan nak menghukum orang bersalah sampai mati..Betul kan?Setiap perilaku kita ada maksud disebalik kesalahan yang kita lakukan..

    ReplyDelete
  2. Salam.. Betul kata Alif tu... Org Ramai tidak sepatutnya menjadi hakim dgn cara menghukum sesorang... Mereka perlu muhasabah dan perbetulkan kesilapan setakat termampu.. jadi kene lah tahu punca kenapa seseorang itu buat salah.. Org putih ckp Don't Judge A Book By Its Cover... tq bg komen

    ReplyDelete