09 May 2011

Selamat Hari Ibu








Salam 2all



Buat Rakan-rakan seperjuangan , student cikgu chah, dan semua pelawat blogku yang tersayang... Tahniah kerana wujudnya anda hingga ke hari ini adalah kerana seorang ibu... Ibu adalah seorang wanita yang telah mengandungkan kita semua selama 9 bulan 10 hari dan mengasuh.. mendidik serta membimbing kita semua hingga menjadi manusia yang berguna.. Terima kasih diucapkan kepada Puan Nazmah Bt Mohd Zain kerana melahirkan Cikgu Chah di dunia ini.... Selama Menyambut Hari Ibu sedunia kepada ma yang tersayang dan kepada ibu-ibu di seluruh dunia... Tanpa Ibu siapalah aku.. Tanya soalan ini pada diri masing-masing wahai pembaca sekalian...... Bgai kita Ummat islam...setiap hari adalah hari yang membahagiakan buat ibu, namun dengan adanya tarikh sambutan seperti ini... suasana sambutan makin meriah dengan ucapan dan pernghargaan daripada anak-anak tersayang dan suami tercinta... tak gitu ibu2 semua...huhu.... Walaupun dengan pemberian hadiah.. penghargaan.. doa.. balas jasa dan taat setia anak-anak tidak cukup tandingannya untuk membalas jasa2 ibu... namun... ianya bukan satu halangan untuk anak-anak tidak menghargaan jasa ibu.... Moga setiap pertuturan. kelakuan dan tindakan kami semua mendapat berkat daripada ibu dan kerehdaan Pencipta yang maha agoung agar kita semua mendapat syurga kerana menjadi anak kepada wanita solehah dan anak kepada ibu yang penyayang..... Apa pun cikgu chah pun tak lupa nak ucapkan pada diri sendiri dan terima kasih kepada semua insan tersayang yang telah mengucapkan ucapan keramat sempena Hari Ibu semalam.... MUUUUUUAHHHH...huhu






kisah Ibu




asihnya ibu..membawa ke syurga



dan kasih saudara masa berada



berkorban raga rela binasaberkorban nyawa



anda kasihnya









kasihnya ayahsanggupkah berpisah



dan kasih anaknyaberkorban raga



biarpun jiwa akan tersiksa



ikhlas dan rela asalkan bahgia





Kisah Ibu.. Dan Kita




Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.
Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa apabila dipanggil.
Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.
Ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensil warna. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.
Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru. Kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.
Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit; Tak Nak! Tak Nak!
Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkap jiran.
Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim. Kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.
Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas.
Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemani kita kemana sahaja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.
Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.
Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih dengan menyatakan pakaian itu ketinggalan zaman.
Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut membayar wang asrama, kita ucapkan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk suratpun.
Berusia 15 tahun, ibu pulang dari kerja dan rindu pelukan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.
Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira bila kita diterima masuk IPTA.Kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria dengan kawan-kawan.
Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah bayar yuran pengajian, hantar ke kampus dan heret beg ke asrama. Kita ucap selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.
Berusia 20 tahun, ibu tanya kita ada teman istimewa, kita kata, “itu bukan urusan ibu.”
Setelah berusia 21 tahun,ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata, “saya tak mahu jadi seperti ibu.”
apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita, kita kata, pilihan ibu tak cantik, tak berkenan di hati kita.
Menjelang usia 24, ibu bertemu bakal menantu dan bertanya mengenai rancangan masa depan. Kita menjeling dan merungut, “ibu, tolonglah...!”
Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan kita. Kita ucapkan terima kasih dengan berpindah jauh.
Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita megah berkata, itu dulu sekarang zaman moden.
Ketika berusia 40 tahun, ibu mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung, kita kata sibuk, tak ada masa nak datang.
Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan minta kita menjaganya, kita bercerita tentang kesibukan dan kisah ibu bapa yang menjadi beban.
Dan kemudian, kita mendapat berita kematian ibu. Khabar itu bagai petir. Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.





Kisah ini sebagai renungan sajeee.....tiada ditujukan pada sesiapa pun yerr




Renung-renungkan.....






Tanggungjawab anak terhadap Ibu Bapa
Siapakah yang lebih WAJIB memberi wang belanja kepada ibubapa, adakah :a) Anak lelakib) Anak perempuan (yang telah berkahwin dan belum berkahwin)c) Kedua-duanya iaitu anak lelaki dan perempuan.
Soalan saya di sini ialah yang WAJIB kerana setahu saya anak perempuan yang telah berkahwin kalau nak bagi atau tidak itu ikut kemampuan masing-masing dengan kata lain hanya untuk membantu tetapi anak lelaki adalah WAJIB memberi wang kepada ibubapa.
ADA banyak feedback untuk soalan ini dan jawapannya berbeza-beza. Dapat saya simpulkan, masih ramai yang TIDAK JELAS apakah kewajipan anak-anak terhadap ibu bapa, maka tidak hairanlah makin hari makin banyak kes anak derhaka dilaporkan di akhbar-akhbar. Saya masih ingat kisah seorang ayah yang ditinggalkan anak di pusat dialisis dan tidak lama kemudian muncul kisah seorang ayah ditinggalkan di perhentian bas di Putrajaya.
Penderhakaan kepada ibu bapa adalah sebahagian gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat. Terdapat masyarakat Islam yang menganggap memelihara dan menjaga kebajikan kedua ibu bapa bukan satu tanggungjawab penting. Fenomena ini berlaku kerana masyarakat beranggapan menjaga rumahtangga sendiri dan anak-anak lebih penting daripada mengambil berat ke atas ibu bapa. Paling malang lagi terdapat anak-anak yang menghantar kedua ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua dengan alasan sibuk bekerja ataupun sukar mencari penjaga. Ini adalah berita buruk dan amat menyedihkan ibu bapa.
Mari kita sama-sama refresh perkara yang paling BASIC dalam kehidupan kita sehari-hari.
Melakukan kebaikan kepada ibu bapa merupakan suatu perintah dari Allah SWT kepada setiap muslimin dan muslimat. Sebagai seorang anak kita diingatkan agar melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa. Di samping itu, kita hendaklah tahu menghargai budi dan jasa yang dicurahkan mereka siang dan malam demi melihat anak-anak dalam keadaan baik dan berjaya dalam hidup tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Di dalam al-Quran, Allah SWT dengan tegas menjelaskan peranan dan tanggungjawab anak terhadap kedua ibu bapa, di mana Allah SWT menyuruh agar anak-anak sentiasa taat dan patuh kepada ibu bapa dengan sentiasa berbuat baik kepada keduanya dan apabila berbicara dengan mereka hendaklah dengan menggunakan bahasa yang lembut, seperti firman-Nya yang bermaksud, “…dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun ).” (Surah al- Isra’ ayat 23)
Firman Allah SWT lagi yang bermaksud, “…dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya.” (Surah al-Ahqaf, ayat 15)
Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab : “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan : “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” (Sahih Imam al-Bukhari)
Menghormati ibu bapa, bererti kita sentiasa menjaga hati dan perasaan mereka supaya tidak tersinggung ataupun disakiti. Dengan kata lain, segala suruhan dan larangan ibu bapa mestilah dipatuhi selagi suruhan dan larangan mereka tidak menyalahi syariat yang telah ditetapkan. Bagi sesiapa yang tidak menghormati ibu bapanya ataupun mengkhianati (mengingkari) tunjuk yang baik, maka dia (anak tersebut) dianggap telah menderhaka terhadap ibu bapanya. Bagi mereka yang derhaka kepada ibu bapanya pasti menghadapi pelbagai kesulitan hidup sewaktu di dunia dan juga di akhirat. Selain itu, menderhaka kedua ibu bapa bererti telah menderhaka kepada Allah SWT. Dari Abdullah ban Amru r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Islam memberi amaran keras terhadap mereka yang gagal melaksanakan hak-hak ibu bapa, menderhaka atau membiarkan ibu bapa yang sudah lanjut usianya menjalani kehidupan yang sukar dan menyedihkan.
Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah SAW, “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?” Rasulullah SAW menjawab : “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan orang yang ketagihan minuman keras.” (Sunan al-Nasai')
Apa yang nyata, berbakti kepada kedua ibu bapa, bersikap mulia serta menunaikan hak-hak terhadap mereka adalah di antara tugas yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam al-Quran, firman Allah SWT yang bermaksud, “…Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)
Hakikatnya tanggungjawab anak-anak dalam melaksanakan hak-hak ibu bapa adalah hak yang paling penting sesudah menunaikan hak Allah SWT dan hak Rasul-Nya. Lantaran itu, hendaklah kita berbakti dan berbuat baik kepada mereka, mentaati mereka, berakhlak mulia sepanjang masa kepada mereka, mengutamakan mereka dalam segala kebajikan dan kebaikan lebih daripada diri kita sendiri, anak-anak dan juga isteri.
Berbalik kepada soalan yang begitu specific, jawapan saya, ‘C’.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan, wang bukanlah satu-satunya medium untuk membalas atau mengenang jasa ibu bapa. Jangan tersilap konsep. Ramai menganggap dengan memberi wang kepada ibu bapa, maka dia beranggapan 'sedang' membalas jasa ibu bapa. Sedangkan membalas jasa ibu bapa lebih luas daripada itu.
Banyak kisah di zaman Rasulullah yang boleh kita ambil iktibar. Kisah pemuda yang menggandar ibu tua dalam cuaca yang panas terik sehingga dia keletihan (untuk mengerjakan haji), usahanya itu tidak sedikitpun dapat membalas jasa ibunya. Ada juga kisah sahabat yang tidak mampu mengucap ketika penghujung hayat, semata-mata kerana membuat ibunya tersinggung. Ada juga kisah seorang perempuan yang tidak menziarahi ayahnya yang sakit sehingga si ayah meninggal dunia pun dia tak ziarah kerana suami tiada di rumah untuk meminta izin keluar rumah. Ayahnya masuk syurga kerana anaknya taat kepada suami... dan macam-macam kisah lagi yang boleh dijadikan teladan.
Secara basic, kesemua adik-beradik bertanggungjawab menjaga ibu dan ayah tidak kira sama ada anak yang sudah berkahwin mahupun yang masih bujang. Walau bagaimanapun, dalam bab menyara (saya kira dari segi wang ringgit), adalah menurut kemampuan masing-masing. Menyara ibu bapa memang tanggungjawab anak (apatah lagi jika bapa sudah uzur dan tidak mampu menyara ibu), tetapi saraan itu adalah sekadar memenuhi KEPERLUAN ibu bapa dan bukan untuk memenuhi KEHENDAK ibu bapa. Kita kena bezakan keperluan dan kehendak. Lainlah jika anak mampu, bolehlah penuhi kehendak ibu bapa, tapi kena lihat juga, jika kehendak mereka bertentangan dengan syarak, tak boleh juga kita turuti. Saraan ini pula hendaklah tidak mengurangkan hak-hak orang-orang di bawah tanggungjawab kita sendiri pula.
Saya tidak nafikan, ada sesetengah ibu bapa (selalunya ibulah) yang berkeras menuntut anak-anak mesti beri sekian-sekian jumlah wang kepadanya (this happened to my friend). Padahal, bapa masih mampu bekerja untuk menyara ibu (isterinya). Tiap-tiap tahun tukar perabot, langsir untuk sambut raya. Pakaian tiap-tiap bulan berganti. Handbag, kasut dan tudung pula ‘wajib’ sedondon dengan baju... (sekadar beberapa contoh, sebagai TELADAN). Bila si anak ter ‘miss’ (tak beri) sebulan dua, sudah merungut-rungut dan beritahu “kalau tak nak bagi, tak payah bagi duit lagi sampai aku mati...” dan membuatkan si anak menjadi serba tidak keruan. Memanglah anak mesti balas jasa ibu bapa, tapi tak bolehlah hingga buat mereka rasa terpaksa dan tak ikhlas pula.
Perkahwinan seorang anak perempuan dengan seorang lelaki pula tidak memutuskan hubungannya dengan ibu bapa dan tidak pula menghilangkan tanggungjawab anak kepada ibu bapa. Perkahwinan adalah penambahan kepada tanggungjawab yang sedia ada bagi lelaki dan perempuan, dan bukan pengurangan. Yang kekal ialah prinsip menunaikan tanggungjawab ikut kemampuan kita. Islam tidak menuntut kita lakukan sesuatu lebih dari kemampuan. Bagi lelaki yang telah berkahwin, kebajikan ibu bapa mertua juga menjadi tanggungjawabnya sebab status ibu bapa mertua adalah sama dengan ibu bapa sendiri. Rujuk Tangungjawab terhadap ibu bapa untuk lebih info lebih detail.
Hukum faraid sebenarnya ada berkaitan dengan tanggungjawab anak lelaki dan anak perempuan terhadap ibu bapa masing-masing. Maknanya berat menjaga dan menyara ibu bapa adalah lebih kepada anak lelaki. [NB: Amboi... bab mahukan harta lebih, laju saja ya.. tapi bab tanggungjawab yang turun BERSERTA dengan harta itu, purak-purak tak tahu pula ya...] Jangan nafikan kenyataan ini, jika benar tidak tahu, sila ambil tahu dan isi dada dengan ilmu!
Saya tidak nafikan, ada ibu bapa yang lebih selesa tinggal bersama anak perempuan, tapi itu bukan tiket untuk adik-beradik lain (terutamanya adik-beradik lelaki) boleh lepas tangan daripada bertanggungjawab kepada ibu bapa. Perbelanjaan makan minum serta ubat-ubatan yang diperlukan oleh ibu bapa harus dikongsi bersama adik-beradik yang lain.
Jika ada permasalahan dengan adik-beradik, bawa-bawalah berbincang. Carilah kata sepakat. Umur ibu bapa bukannya panjang pun. Selagi mereka masih ada inilah kita patut berebut berbakti kerana besar ganjarannya di sana nanti, insya Allah.


Dipetik dari blog fatamorgana..








2 comments: