Hai u all.... pada awal tahun macam nie... biasa la pihak sekolah terutama Unit HEM dan Kaunselor sibuk mengadakan program penyesuaian diri dikalangan pelajar tingkatan 1 dan 4. Tidak ketinggalan juga SMKKD juga telah mengadakan program orientasi selama 4 hari dan esok adalah hari yang ke3. Antara pengisiannya adalah talimat daripada pentadbir, taklimat kaunseling, taklimat PSS, koperasi, macam-macam lagi bagi membiasakan pelajar dengan persekitaran dan iklim yang baru di sekolah. Ermmm program kaunseling seperti LDK, inventori pun ada. dan yang paling pelajar suka adalah acara sukaneka.
Objektif khusus orientasi sekolah saya adalah :
· 9 Januari 2012 – 12 Januari 2012
· Dewan Terbuka SMK Kampung Dangar
· Jam 8. 00 pagi – 1.55 ptg
· Hari Isnin – Khamis
Objektif khusus orientasi sekolah saya adalah :
- Memberi peluang kepada pelajar yang datang dari latar belakang dan budaya berbeza bergaul mesra dan berkenalan antara satu sama lain di sekolah, terutamanya pelajar yang memasuki alam menengah.
- Menerapkan budaya, arah tuju dan corak pengurusan & pentadbiran SMK Kampung Dangar kepada pelajar.
- Memberi peluang kepada pelajar menjalankan program / aktiviti suai kenal
- Serta merapatkan hubungan setiakawan di antara pelajar menegah atas dan menengah bawah
- Memberikan kefahaman kepada pelajar perubahan alam persekolahan yang memerlukan mereka lebih matang dalam membuat keputusan
No comments:
Post a Comment