12 January 2012

Rahsia Solat



Salam 2 all...

Ermmmm kali ini cikgu chah nak kongsi ngan rakan-rakan tentang rahsia solat.... Solat merupakan amalan pertama yang akan disoal apabila kita mati nantii... jika solat kita semua tidak lengkap maka ke nerakalah jawabnyaa... aduuhhhh ngerinyaa.... sebagai manusia kita merupakan makhluk yang sempurna Allah jadikan di dunia ini... mempunyai akal dan fikiran , dapat mentadbir dan dapat kelebihan berbanding makluk-makhluk allah yang lain... Setaat-taat para malaikat pun, jarak cahaya diatara para malaikat dengan Allah sebanyak 76 lapis... manusia hanya 70-72 lapis cahaya sahaja... lagi dekat kita sebenarnya kawan-kawan... namun tidak semua orang mencari peluang dan ruang untuk mengetahui rahsia-rahsia Allah... kenapa ? kerana hati mereka tidak selalu mengingati Allah... Jadi, Allah tidak memasukkan hidayahnya kepada mereka-mereka itu.
Bantulah diri.. mohonlah petunjuk..melalui doa.. solat hajat... agar dimasukkan iman yang teguh dalam diri.. diberi hidayah dan petunjuk yang benar.. Ini semua bekal untuk kita lebih khusyuk dalam menunaikan ibadah dalam kehidupan terutamanya solat...

Ok... jom kita tengok dulu rahsia solat...



  • Niat Sembahyang = Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat
  • Berdiri Betul= Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur
  • Takbiratul Ihram= Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur
  • Fatihah = Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur
  • Rukuk =Sebagai tikar kita didalam kubur
  • Iktidal =Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur
  • Sujud= Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotul mustaqim
  • Duduk Antara Dua Sujud= Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
  • Duduk Antara Dua Sujud (akhir)= Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar
  • Tahiyat Akhir =Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir didalam kubur
  • Selawat Nabi=Sebagai pendinding api neraka didalam kubur
  • Salam= Memelihara kita didalam kubur
  • Tertib= Akan pertemuan kita dengan Allah

No comments:

Post a Comment