21 June 2014

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM ISLAM NEGERI KELANTAN

Salam ukhwah...



BIL
AGENDA
LAPORAN

1
TAJUK
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM ISLAM NEGERI KELANTAN
2
TARIKH/ MASA
23 MEI 2013/ 9.00 AM HINGGA 2.00 PTG

3
SASARAN
PELAJAR TING 4 SAINS DAN 4 ANGGERIK

4
ANJURAN
PANITIA PENDIDIKAN SIVIK & KENEGARAAN DENGAN KERJASAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMKKD TAHUN 2013

5
PENGENALAN
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan telah mengadakan pameran khazanah pantai timur  yang bertemakan “Khazanah Kegemilangan Masa Silam”. Dengan itu, Panitia Pendidikan Sivik dan Kenegaraan menyambut baik dengan program seumpama ini dan telah mengadakan lawatan sambil belajar disana dan mengambil peluang untuk mempelajari  ilmu yang tidak formal di luar bilik darjah.  Pelajar juga perlu mengenali kekayaan tamadun negeri dan menghargai dalam konteks hidup kini.

6
OBJEKTIF
·  Pelajar mendapat pengetahuan mengenai sejarah, kebudayaan, adat resam dan kekayaan semulajadi negeri Kelantan.
·   Mengetahui fungsi Muzium sebagai penyelamat dan penyimpan warisan sejarah dan kebudayaan bagi tetapan generasi akan datang.
·    Memberi idea untuk pelajar membuat kajian lapangan berkenaan topik ini.

7
TEMA
“Menghargai Khazanah Kegemilangan Masa Silam”

8
TENTATIF
7.35 pagi/Makan Pagi
Semua pelajar berkumpul di kantin sekolah untuk makan pagi yang disediakan oleh pihak sekolah.


8.00pagi/Taklimat sebelum lawatan/ Pendaftaran
Kaunselor mengambil peluang untuk menyampaikan beberapa peraturan lawatan seperti melantik Ketua Pelajar dan Penolong Ketua dalam lawatan ini. Selain itu, kaunselor membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil agar mereka sentiasa berjalan dengan rakan dalam kelompok sepanjang lawatan nanti. Guru pengiring juga diperkenalkan. Akhir sekali, kaunselor membaca beberapa pantang larang sepanjang lawatan untuk tindakan keselamatan murid

8.30 pagi/Bertolak Ke Muzium Negeri Kelantan
Pelajar lelaki diasingkan semasa berada dalam bas. Iaitu satu bas untuk pelajar lelaki dan satu bas lagi untuk pelajar perempuan.

9.30 pagi/Melawat
Selepas terun daripada bas, pelajar berhimpun mengikur kumpulan dan menuju ke Muzium Batu iaitu Muzium Diraja.  Seterusnya mereka bergerak ke Muzium Islam Negeri Kelantan,

11.30 pagi/Bertolak balik ke sekolah
Melawat Pantai Cahaya Bulan sekejap

12.30pagi/Sampai di sekolah
Pelajar naik bas seperti asal, iaitu pelajar lelaki naik bas lelaki dan pelajar perempuan naik bas perempuan.
Seterusnya sampai, semua pelajar berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat khas untuk penyediaan laporan @ kerja kursus untuk laporan panitia pendidikan sivik dan kenegaraan.

9
RUMUSAN
Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang berlangsungnya lawatan sambil belajar ke Muzium Islam Negeri Kelantan Tahun 2013. Semoga program seumpama ini mendapat sambutan daripada pelajar SMKKD  dan memberi motivasi kepada mereka untuk terus cemerlang dalam akademik dan sahsiah.



Disediakan oleh:                                                          Disemak oleh:  
                               
________________                                                     ________________
(SITI AISYAH BINTI ALI)                                       (EN LUTFI BIN OMAR)
Kaunselor                                                                    Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Kampung Dangar                                              SMK Kampung Dangar
17000 Pasir Mas                                                         17000 Pasir Mas
Kelantan                                                                      Kelantan

No comments:

Post a Comment