21 June 2014

SAMBUTAN HARI GURU SMK KAMP DANGAR PASIR MAS TAHUN 2013

Salam ukhwah rakan-rakan semua... lama sudah saya tidak post sesuatu disini kerana blog saya di ceroboh...  namun.. rindu untuk menulis sentiasa ada dihati ini.. Tahun ini adalah tahun kedua saya berada di SMK Kampung Dangar Pasir Mas. Banyak pengalaman yang saya belajar sepanjang berada disini. Tambahan pula Majlis Guru Kaunseling Daerah Pasir Mas sangat Aktif dalam membantu pelajar-pelajar di peringkat daerah. Alhamdulillah...

Oklah... cerita pasal hari guru tahun ini.. Kelab warga dipertanggungjawabkan untuk mengurus sambutan hari guru tahun ini. Semasa taklimat sambutan dan agihan AJK, cikgu chah ditugaskan menjadi pengacara sepanjang sambutan majlis.. ermmm ok lahhh tuu... Paling menarik PK HEM menyatakan semua guru perempuan mesti memakai baju tema "OREN" hahahahaha...... tergelak tergolek juga cikgu chah... Namun kami semua menyambut baik semua aspek sempena sambutan hari guru ini...  Antara aktiviti yang ada  pada 16 mei 2013 adalah

  • Perarakak/ selawat/ perarakan oleh pengawas
  • Ucapan Pengetua
  • Tayangan Video Bacaan Watikah Sambutan Hari Guru
  • Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia
  • Majlis Potong Pulut Kuning
  • aktiviti teamwork
  • sukaneka
  • persembahan pentas (guru/pelajar)
Tema tahun ini adalah: 1













No comments:

Post a Comment