ADAKAH ANDA TAHU KERJAYA ANDA??
A
AD
ADAKAH ANDA SUDAH MEMBUAT HALATUJU HIDUP??
JOM KETAHUINYA BERSAMA GURU KAUNSELING ANDA....
PENGGUNAAN TEKNIK PSIKOMETRIK DALAM PEMILIHAN
KERJAYA
Ujian Minat Kerjaya
Satu alat pengukuran untuk menentukan minat
individu tentang sesuatu aktiviti dalam pekerjaan-pekerjaan yang khusus
berdasarkan persekitaran kerja(Nowak 1986). Contoh ujian minat ialah
Vocational Preference Inventory(VPI), Self Directed Search(SDS), Strong
–Campbell Interest
Inventory(
SC11), Inventori Minat Kerjaya Sidek(IMKS), Borang Minat Rothwell-Miller(BMRM)
dan Kuder Preference Records-Vocational(KPRV).
Ujian minat kerjaya secara umumnya boleh mengenal
pasti potensi individu daripada sudut minat. Alat ukuran Vocational Preference
Inventory(VPI) dan Self- Directed Search(SDS) misalnya boleh digunakan untuk
mengenalpasti minat individu sama ada dalam bidang Realistik(R), Investigatif
(I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) atau Conventional(C).
Ujian Personaliti
Alat ukuran untuk menentukan sejauh mana seseorang
itu mempunyai tret-tret atau cirri lain-lain dengan mengukur persamaannya gerak
balas yang diberi dengan kumpulan-kumpulan rujukan yang mempunyai tret-tret
atau cirri-ciri berkenaan(Shertzer & Linden, 1979). Contoh ujian
personality Minnesota Multiphasic Personality Inventory(TSCS), Junior Eysenck
Personality Inventory(JEPI), Inventori Personaliti Warna(IPW) DAN Inventori
Personaliti Sidek(IPS).
Digunakan oleh kaunselor kerjaya untuk
mengenalpasti tret-tret personality yang wujud dalam diri individu. Ianya
berkaitan dengan personality Agresif, Analitikal, Autonomi, Bersandar,
Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik-Diri,
Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur, Pencapaian dan Kejujuran(Sidek Mohd
Noah, 1999)
UJIAN NILAI PEKERJAAN
Satu alat ukuran yang digunakan untuk mengukur
pelbagai nilai pekerjaan secara positif, negative atau neutral berdasarkan
keutamaan masing-masing(Nowak, 1986). Contoh ujian nilai pekerjaan ialah
Super’s Work Values Inventory(WVI), Minnesota Importance Questionnare(MIQ) dan
Inventori Nilai Pekerjaan Sidek(INPS).
Nilai-nilai tersebut ialah kategori kontrak
(manusia, data, benda), kategori hubungan (pembantu, alturisme, pemimpin,
autonomi), kategori fungsi (intelektual, kreatif, kejayaan, organisasi) ,
kategori ganjaran ( keuntungan, promosi, masa lapang, pengiktirafan, sokongan,
keselamatan, kategori cita rasa (kebudayaan , agama), kategori monotori
(kepelbagaian aktiviti).
UJIAN PENCAPAIAN
Satu alat yang digunakan untuk mengukur pencapaian
individu dalam mata pelajaran tertentu(Nowak, 1986). Contoh ujian pencapaian
ialah ujian yang dikendalikan oleh guru di sekolah sama ada ujian bulanan,
penggal atau semester yang meliputi ujian pencapaian Matematik, Kimia, Biologi,
Fizik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Geografi. Ujian Pencapaian
selalu dilaksanakan di sekolah dengan guru yang mengajar mata pelajaran itu
sendiri menyediakan soalan-soalan ujian.
No comments:
Post a Comment