28 December 2010

Esok Mesyuarat kedua Guru-guru SMKAL

Salam 2all
Moga rakan blogger sihat hendak-NYA.. Alhamdulillah kesihatan saya pun agak baik cuma rasa sakit tekak ajee...hohoho... semalam dah start meeting pertama dengan semua guru SMKAL. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar la.. tapi ada jugak kes guru yang x mau terima tugas kerana mendapat 2 3 tugas atasan sekaligus.. memang tak adil laa baginyaaa... kesiannn kan... tapi saya pula pelik sebab tak disebutpun tugas apa , dalam unit kaunseling pun memang tenggelam terus... maybe saya kena mangajar kot... tengok esok laa macam mana... nak kata mengajar pun jadual kelas tak diedar plak pada saya.... memang pelik bin hairan pun ada.. apa pn saya x mahu le cepat melatah... mungkin ada masalah atau terlepas pandang kot.... apapun tugasan tetap ada kerna kerja di sekolah memang sewajarnya banyak dan bertimbun-timbun lerrrr..... Dalam buku pengurusan nama saya hanya ada sebagai guru pembimbing kelab rukun negara apa ntah... dan pasukan rumah kuning ajeee.... tugas rasmi sbg guru plakkk masih kabur... wahaii puan pentadbir... lupakah kau dengan kehadiranku huhuhuhu waaaa....

Apapun semua kaunselor perlu mengikuti mesyuarat esok... so esoknya saya akan pergi juaa..huhuhu.... ermmm tahun baru tak lama ajee lagi... apa pun dalam penulisan kali ini saya akan berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang....Ok baca yekkk....

Topik : WAKTU TIADA PENGHUJUNGNYA...
Betapa hebatnya waktu mengatur kita, ketika jamloceng berdering setipa hari tanpa diperintah segera kita berkemas. Menyimpan kertas dalam laci, lalu meninggalkannya sejauh-jauhnya seolah-olah semua persoalan telah musnah pada hari itu. padahal masalah tetap terjaga walapupun kita memejamkan mata. Namun, esok harinya ketika loceng jam kerja mula berdering semua masalah kita bercampur adukkan?, seolah-olah terlampau banyak tidur semalam. Perselisihan pula bolehlah dilanjutkan kembali.. Ahhhh betapa hebatnya waktu menghiburkan kita. Betapa ghairahnya waktu membangunkan kita. Ketika kita mengatur waktu, sesungguhnya kita mengatur fikiran kita, mengatur emosi, mengatur perasaan kita juga. Hal ini kerana waktu adalah lingkaran di mana kehidupan kita berjalan, kita atur waktu untuk mengatur kehidupan . kita rayakan sesuatu kerana kita berjaya ciptakan hari besar. kita heningkan diri kerana kita tegakkan kesyahduan dan semua itu kita rangkai dalam jalinan waktu. Maka hanya mereka yang tak kenal akan waktulah yang terjerat dalam persoalan tiada penghujungnya. Waktu tiada penghujungnya hingga hari pembalasan, namun selepas itu jua waktu masih belum tahu penghujungnya. Kredibiliti adalah sesuatu yang sangat berharga. Sekali kredibiliti telah hilang, akan sangat sukar untuk diperolehi kembali. Tanpa kredibiliti adalah mustahil untuk memelihara dan mencapai kejayaan. Perhati dalam lingkungan yang penuh ketidakpercayaan dan prasangka, hanya sedikit hanya sedikit yang dapat dicapai seseorang, janji dan komitmen bukan sekadar alat. Jauh yang lebih penting adalah apa yang kita membangun atau menghacurkan kredibiliti. Oleh itu kita harus memelihar komitmen apa yang mampu kita berikan dan apa yang kita tepati. sebuah kredibiliti yang kuat dan nyata boleh membawa anda maju. Oleh itu berhati-hatilah terhadap kredibiliti. Jangan korbankan itu demo keperntigan seketika. Barkatalah jujur dan hormatilah komitmen anda akan mampu meraih apa yang sekarang anda miliki atau tidak mampu ada impikan. Menjadi cerdas tidak bererti megetahui segala jawapan. Jawapan yang paling cerdas yang anda dapat katakan ialah "Saya Tidak tahu" . Diperlukan rasa percaya diri dan kecerdasan tambahan untuk mengakui tanpa pengetahuan anda. Dan saat adan melakukannya, anda sedang dalam proses mempelajari jawapan yang sebenar. Seringkali kerana alasan kebanggaan dan mencegah rasa tidak selesa, tidak mengetahui, padahal kita tidak tahu.

Dengan cara ini, kita telah mensia-siakan kesempatan untuk belajar lebih lanjut. Percayalan tidak ada salahnya adan tidak mengetahui sesuatu hal. Hagaian penting dari kebijaksanaan adalah mengetahui batasa pengetahuan anda. Orang yang benar-benar cerdas adalah orang yang tahu mengerti bahawa tak semua pertanyaan dapat jawapan. Orang yang benar-benar cerdas adalah orang yang mahu bertanya, mahu belajar mahu meningkatkan diri. Gunakan pengetahuan yang anda miliki dan miliki pengetahuan yang anda perlukan. itu adalah jalan terbaik yang dapat anda tempuh.

No comments:

Post a Comment