03 December 2010

Bestnya jadi Guru Bimbingan dan Kaunseling




Salam Ukhwah.... ermmm rindu pada kawan-kawan bloger semua.. apa khbar yer... agaknya apa yang anda semua buat time cuti-cuti sekolah ni yer..... ermmmm saya sebagai guru baru di SMK Ayer Lanas dikhendaki mengikuti Orintasi selama 3 bulan... ermmm seronoknyaaaa..hohoho... tak de laaa bosan sangat sebab saya bertemankan cikgu Nik Hafizah, Cikgu Izyan N Cikgu Amira... ermmm kami semua memang satu kepala dan agak sesuai lee masuk sekolah niee.. Saya plak mengambil masa 40 minit drive dari rumah ke sekolah.. Apapun syukur kerana perjalanan lancar buat masa cuti nie sebab tak ramai sangat kereta pagi2 buta...huhuhu

Ermmm saya tak habis2 memanjatan kesyukuran kerana ditempatkan di sekolah ini, dan berharap mendapat tunjuk ajar daripada semua guru di sekolah ini kelak..Bertugas sebagai guru.. memang best! nikmat.. susah nak digambarkan dengan kata-kata.. saya suka jadi cikgu... Kalo ada cikgu2 yang rasa bosan bertugas sebagai guru tu... tak tau la nak cakap apa... baik tukar profession segera.. tak baik paksa diri.. :)

Pada waktu ini, saya sepatutnya sibuk menghias bilik kaunseling saya.. Sama seperti rakan-rakan seperjuangan yang lain.. Mengemaskini fail pengurusan kaunseling, mengecat bilik... mencantikkan bilik untuk pertandingan bilik kaunseling .. namun ianya baru dalam plan... tunggu ajeee masuk tahun baru nanti, harap-harap bajet pun laju...uhuhuhuhu


Kenapa seronok jadi kaunselor???

Sebab... kaunseling ni sesuatu yang unik... Kaunselor adalah orang yang dipercayai oleh orang lain... Kaunselor banyak simpan rahsia!!! Betapa pentingnya peranan kaunselor dalam kehidupan kita... Kaunselor menjadi bahu dan telinga bagi klien-klien yang memerlukan moral support.. dan pemberi semangat kepada mereka yang hilang semangat! Kaunselor memberi jalan terbaik kepada setiap masalah...Kaunselor tidak menyelesaikan masalah. Masalah diselesaikan oleh klien sendiri. Kaunselor hanya membimbing dan memberi cadangan jalan yang terbaik... Harap-harap student disini pun dapat menerima kaunselor dengan tanpa syarat..huhuhu












2 comments:

  1. aslmkm ckg, mcm mana saya na jadi ckgu kaunseling

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cikgu. Saya merupakan pelajar lepasan PT3. Saya telah ditawarkan ke SMTKL dan telah melapor diri pd 26/1/15. Semasa balik kampung utk bercuti, saya check laman web KPM mengenai SBP dan telah ditawarkan ASIS. Saya buat permohonan utk dua2 sekolah ini kerana minat dan tanpa paksaan. Saya meminati bidang kejuruteraan awam. Saya juga sudah biasa bersekolah di sekolah semua pelajarnya lelaki. Dua2 sekolah saya minat dan ada kelebihan masing2. Ibu bapa saya tidak kisah saya mahu ke sekolah mana. Masalahnya, sekolah mana yg sesuai utk saya? Mohon mencerahan. Terima kasih.

    ReplyDelete