03 December 2010

Bestnya jadi Guru Bimbingan dan Kaunseling




Salam Ukhwah.... ermmm rindu pada kawan-kawan bloger semua.. apa khbar yer... agaknya apa yang anda semua buat time cuti-cuti sekolah ni yer..... ermmmm saya sebagai guru baru di SMK Ayer Lanas dikhendaki mengikuti Orintasi selama 3 bulan... ermmm seronoknyaaaa..hohoho... tak de laaa bosan sangat sebab saya bertemankan cikgu Nik Hafizah, Cikgu Izyan N Cikgu Amira... ermmm kami semua memang satu kepala dan agak sesuai lee masuk sekolah niee.. Saya plak mengambil masa 40 minit drive dari rumah ke sekolah.. Apapun syukur kerana perjalanan lancar buat masa cuti nie sebab tak ramai sangat kereta pagi2 buta...huhuhu

Ermmm saya tak habis2 memanjatan kesyukuran kerana ditempatkan di sekolah ini, dan berharap mendapat tunjuk ajar daripada semua guru di sekolah ini kelak..Bertugas sebagai guru.. memang best! nikmat.. susah nak digambarkan dengan kata-kata.. saya suka jadi cikgu... Kalo ada cikgu2 yang rasa bosan bertugas sebagai guru tu... tak tau la nak cakap apa... baik tukar profession segera.. tak baik paksa diri.. :)

Pada waktu ini, saya sepatutnya sibuk menghias bilik kaunseling saya.. Sama seperti rakan-rakan seperjuangan yang lain.. Mengemaskini fail pengurusan kaunseling, mengecat bilik... mencantikkan bilik untuk pertandingan bilik kaunseling .. namun ianya baru dalam plan... tunggu ajeee masuk tahun baru nanti, harap-harap bajet pun laju...uhuhuhuhu


Kenapa seronok jadi kaunselor???

Sebab... kaunseling ni sesuatu yang unik... Kaunselor adalah orang yang dipercayai oleh orang lain... Kaunselor banyak simpan rahsia!!! Betapa pentingnya peranan kaunselor dalam kehidupan kita... Kaunselor menjadi bahu dan telinga bagi klien-klien yang memerlukan moral support.. dan pemberi semangat kepada mereka yang hilang semangat! Kaunselor memberi jalan terbaik kepada setiap masalah...Kaunselor tidak menyelesaikan masalah. Masalah diselesaikan oleh klien sendiri. Kaunselor hanya membimbing dan memberi cadangan jalan yang terbaik... Harap-harap student disini pun dapat menerima kaunselor dengan tanpa syarat..huhuhu












4 comments:

  1. aslmkm ckg, mcm mana saya na jadi ckgu kaunseling

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cikgu,saya berkelulusan ijazah psikologi industri dan organisasi berminat untuk menjadi guru kaunseling. Soalan saya bagaimana saya nak realisakan impian saya ini?. Apa arah tuju yang perlu saya lalui?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum cikgu, saya hendak bertanya bagaimana hendak menjadi seorang guru kaunseling sekolah menengah kebangsaan jika saya lepasan ijazah sarjana muda bukan pendidikan? Apakah laluan saya untuk menjadi guru kaunseling?

    ReplyDelete
  4. hi cikgu saya nak tanya macam mana nk jadi cikgu kaunseling? kena pegi maktab perguruan atau ambil dip dlaam course kaunseling ?

    ReplyDelete