31 December 2010

Selamat Datang Tahun 2011


Salam 2all
Moga kedatanagn tahun baru ini membawa lembaran baru dalam hidup rakan-rakan sekalian. Sebelum itu saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Kepada Ibunda di Kampung, kakak2 n abang2 serta sanak saudara walaupun di mana mereka berada. Moga tahun baru ini membawa cahaya n keberkatan kepada kita sekeluarga. Bagitu juga kepada rakan-rakan sekolah dulu, rakan Universiti , UPSI/ UTM Skudai dan rakan sejawatan di sekolah. Paling penting, ialah kepada student dan ex-student di Sungai Soi Kuantan. Cikgu Aisyah selalu mendoakan kalian supaya sihat dan ceria selalu. Tahniah di atas kejayaan anda masing2..

Tahun 2010 Masihi berlalu pergi membawa seribu satu kisah kenangan suka dan suka, pahit dan manis yang menghiasi diari kehidupan kita. Yang pentingnya, kita sebagai umat Islam tidak lupa untuk berdoa dengan penuh pengharapan kepada Allah agar segala amalan kebajikan sepanjang tahun lalu diterima Allah dan ia termasuk dalam koleksi amalan soleh di hari akhirat nanti. Pada 2011 sudah pasti disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan kendaknya. Mudah-mudahan, perjalanan hidup kita di tahun baru ini dan yang bakal mendatang disuluhi sinaran taufik dan hidayah-Nya dalam melaksanakan segala titah dan perintah Ilahi dan menjauhi segala larangan-Nya.

Namun, perlu diinsafi di sini bahawa dengan bersilih gantinya tahun bermakna umur kita pun sudah semakin lanjut dan ajal maut pula pun semakin dekat. Oleh itu, setiap Muslim sewajarnya merebut kesempatan yang agak terbatas ini untuk mengisi tempoh kehidupan yang serba singkat ini dengan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah. Janganlah pula sekali-kali, dia terus terpedaya dengan pesona kehidupan dunia yang mengasyikkan dan terus terjebak dalam kancah kederhakaan kepada Allah.


No comments:

Post a Comment